Berikut saya paparkan beberapa kisah dimana kesulitan Nabi dalam menjalankan tugas berdakwah untuk mengembangkan Islam. Sejak dari mula-mula Nabi menjadi Rasul untuk seluruh alam sehingglah akan munculnya hari kiamat kelak, penghinaan terhadap Nabi masih dan tetap diteruskan oleh puak-puak Yahudi dan Nasrani. Tidak kiralah dari pandangan mata kasar ataupun secara halus. Lagi membimbangkan kita apabila umat atau masyarakat Islam itu sendiri yang menjadi dalang sebagai alat untuk mereka terus menerus menghina Islam salah satunya dengan menghina Nabi kesayangan seluruh umat Islam iaitu Nabi Muhammad SAW.
1- Abu Jahal ialah orang yang paling banyak menyakiti Rasulullah saw. Pada suatu hari dia berkata : "Wahai orang-orang Quraisy! Sesungguhnya Muhammad sebagaimana yang kamu ketahui telah mendatangkan perkara yang menghina agama kamu, mencela tuhan-tuhan kamu, memperbodohkan orang-orang yang cerdik dikalangan kamu dan memaki nenek kamu. Aku berjanji kepada Allah, esok aku akan menunggunya dengan batu besar yang amat berat. Ketika dia sujud, aku akan hempapkan batu tersebut keatas kepalanya. Terpulanglah kepada kamu selepas itu, aku tidak kisah dengan tindakkan yang akan diambil oleh bani Abdul Manaf"
Pada keesokan pagi, Abu Jahal mengambil batu sebagaimana yang disebutkannya. Kemudian dia menunggu kedatangan Rasulullah. Baginda datangsebagaimana kebiasaannya untuk mengerjakan solat. Ketika itu orang-orang Quraisy berada di kelab-kelab mereka untuk melihat apa yang bakal berlaku kepada Rasulullah dan yang akan dilakukan oleh Abu Jahal. Ketika rasulullah sedang sujud, Abu Jahal menuju kearah Baginda dengan membawa batu besar. Apabila dia hampir dengan Baginda, tiba-tiba dia berundur dengan wajahnya yang pucat lesi kerana ketakutan dan dia mencampakkan batu yang berada ditangannya. Para pembesar Quraisy mendapatkannya dan bertanya : "Apakah yang telah berlaku kepada kamu wahai Abu Jahal?", dia menjawab :"Aku pergi menuju ke arahnya untuk melakukan apa yang aku sebutkan kepada kamu. Apabila aku menghampirinya, tiba-tiba aku dihalang oleh unta jantan. Demi Allah! aku belum melihat unta jantan seperti itu. Aku merasakan unta tersebut akan memakan aku". Apabila perkara tersebut diceritakan kepada Rasulullah SAW, Baginda pun berkata :"Itulah Jibril AS. Sekiranya dia menghampiriku, Jibril akan menangkapnya".
2- Pada suatu hari, selepas melihat Rasulullah SAW mengerjakan solat dia pun berkata :"Tidakkah aku telah melarang kamu daripada melakukan perkara ini?" Maka Rasulullah SAW mengeraskan suaranya dan mengamcamnya. Abu Jahal menjawab :"Adakah kamu mengancam au, sedangkan aku adalah orang yang berpengaruh disini?" Selepas itu Allah SWT menurunkan firmanNya :-
"Ketahuilah sesungguhnya jika dia tidak berhenti (berbuat demikian), nescaya Kami tarik ubun-ubn orang yang mendustakan lagi derhaka. Maka biarlah dia memanggil golongan nya (untuk menolongnya), kelak Kami akan memanggil Malaikat Zabaniyah, sekali-kali jangan, janganlah kami patuh kepadanya dan sujudlah dan dekatkanlah (dirimu kepada Allah)" -(Surah Al-'Alaq : 15 - 19)
3-Diceritakan oleh Abdullah bin Mas'ud berdasarkan riwayat al-Bukhari katanya :"Kami berada bersama-sama Rasulullah di dalam Masjidil Haram. Ketika itu Baginda sedang melakukan solat. Abu Jahal datang kemudian berkata :"Tidakkah ada seorang yang ingin mengambil tahi unta bani polan, kemudian dia mencampoakkanya keatas Muhammad yang sedang sujud?". Maka Uqbah bin Mu'aith bin Abu Amru bin Umayyah bin Abdus Syams menyatakan kesanggupan dan pulang dengan membawa tahi unta tersebut. Selepas itu dia mencampakkan keatas Rasulullah SAW yang sedang sujud. Tidak ada seorangpun di kalangan Muslimin yang berada dalam masjid ketika itu mampu membersihkannya disebabkan mereka tidak mampu menghadapi musuh Rasulullah. Rasulullah SAW berterusan berada dalam keadaan sujud sehingga anaknya, Fatimah datang membersihkannya. Apabila Baginda bangkit daripada sujud, Baginda berdoa terhadap mereka yang melakukan perbuatan kotor itu dengan doa :"Ya Allah! Aku serahkan kepada Mu beberapa orang di kalangan Quraisy". Baginda menyebut nama beberapa orang. Ibnu Mas'ud berkata, "Aku mendapati mereka itu akhirnya mati dibunuh dalam peperangan Badar".
4-Abu Lahab bin Abdul Muthalib, bapa saudara Rasulullah SAW. Dia lebih banyak menyakiti Rasulullah daripada orang lain yang tidak mempunyai pertalian kekeluargaan dengan Baginda. Dia telah meletakkan najis di hadapan pintu rumah Rasulullah SAW kerana dia berjiran dengan Baginda. Baginda membuangnya sambil berkata :"Wahai bani Abdul Manaf!! Jiran jenis apakah ini?" Perbuatan jahat yang dilakukan terhadap Rasulullah SAW itu juga disertai oleh isterinya, Ummu Tamil binti Harb bin Ummayyah. Dia banyak mencaci dan mengumpat Baginda Khususnya selepas turunya ayat yang menyentuh dirinya dan diri suaminya iaitu firman Allah :
"Binasalah kedua belah tangan Abi Lahab dan dia telah binasa, Tiada bermanfaat baginya harta bendanya dan apa-apa yang diusahakannya (buat mempertahankan dirinya dari siksaan), Dia akan memasuki neraka yang bernyala-nyala, Dia perempuanya (isterinya) yang mengangkut kayu api, Dilehernya (diikat) tali yang dipilin (teguh)" -Surah Al-Lahab ayat 1 -5)
5-Antara perkara menyakiti yang dilakukan oleh golongan celaka itu terhadap Rasulullah SAW ialah apa yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dalam kitab Sahihnya, katanya :"Ketika Rasulullah SAW sedang mengerjakan solat di kawasan Hijr Ismail, Uqbah bin Abu Mu'aith mendekati Rasulullah lalu mencekik Baginda dengan sekuat-kuatnya menggunakan bajunya. Ketika itu Abu Bakar datang dan mencengkam dua bahunya serta menjauhkannya daripada Rasullulah". Abu Bakar berkata sebagaimana yang dinyatakan dalam firman Allah :
"Apakah kamu hendak membunuh seseorang kerana dia mengatakan :"Tuhan aku ialah Allah", sedang dia datang kepada kamu membawa keterangan-keterangan daripada Tuhan kamu?" -Surah al-Mukmin ayat 28
6- Ketika Nabi berhijrah ke Thaif untuk menyerbarkan agama Islam, hijarah rasulullah telah ditolak malah mereka menghantar orang-orang bodoh dan kanak-kanak untuk melontar batu disepanjang perjalanan Baginda sehingga berdarah tumit Rasulullah SAW. Zaid bin Harith pula bertindak sebagai perisai Rasulullah sehingga sampai ke serumpun pohon anggur dan mereka berlindung dibawah pohon tersebut. Sanggup mencederakan diri semata-mata untuk menyelamatkan Rasulullah kita.
Kesimpulan : Segala yang diceritakan diatas untuk keseluruhan kesimpulan cerita, dimana bagaimana tindakkan para sahabat seperti Abu Bakar dan Zaid bin Harith menjadi perisai dan senjata kepada Rasulullah dalam mempertahankan maruah Islam. Selain itu juga Allah SWT juga mengutuskan Jibril AS untuk mengancam kepada sesiapa sahaja yang cuba untuk menyakit Rasulullah. Dan Rasulullah juga berdoa, mengamcam dan berkeras suara untuk mempertahankan dengan setiap apa yang dilakukan Rasullullah yang telah di tentang oleh orang kafir ketika itu.
Dan pada zaman moden ini, dimana Nabi Muhammad telah meninggalkan kita setelah 1400 tahun dulu, masih ada lagi golongan yang mahu mengancam dan menghina Rasulullah. Tidak kiralah dari segi media cetak, elektronik, filem, syair, lagu dan yang terkini adalah fesyen.
Apakah tindakan yang perlu diambil?
Kita ambil contoh dimana Zaid bin Harith menjadi perisai kepada Rasulullah ketika dibaling batu sepanjang perjalanan untuk keluar dari bandar Thaif, beliau tidak takut akan rasa kesakitan dan rela menanggung sakit demi mempertahankan Rasulullah, Juga bagaimana cerita Abu Bakar memegang bahu dengan kuat orang yang telah mencekik Rasulullah sambil membaca ayat-ayat Allah. Apabila kita lihat cerita tersebut dan di gabungkan dengan cerita pada zaman moden ini. penghinaan Nabi dari pelbagai sudut adalah sama seperti zaman dulu, cuma zaman sekarang Nabi tidak ada depan mata. Adakah perlu Abu Bakar bersabar dan berdoa apabila melihat Nabi dicekik? adakah Zaid bin Harith perlu berdiam diri lalu berdoa kepada Allah semoga Allah meberi perlindungan kepada Rasulullah??
Bila Rasulullah dihina pada zaman ini. Ada pihak yang meletakkan..
"alaaaa... bersabar jelaaa dan berdoa.. itu yang nabi akan lakukan.."
"kita tak leh hina depa balik tapi kita leh berdoa supaya diaorang dapat hidayat ape.. kalau kita hina apa bezanya kita ngan diaorang"
"nabi sabar je.. kalau apa2 berlaku keatas nabi.."
Seolah-olah membiarkan apa yang mereka lakukan keatas Nabi Muhammad. Duduk diam, berdoa dan bersabar. Mengikut kisah yang telah terjadi, para sahabat telah melakukan sesuatu agar pihak kafir tidak lagi menjadi bahan ancaman untuk kerja dakwah Nabi.
Apa yang saya cuba simpulkan pada blog ini, adalah kita sebagai perisai Nabi, apakah yang akan dilakukan oleh kita apabila melihat suasana Nabi Muhammad kita dihina. Kita ambil contoh sekiranya kita berada ditempat Nabi Muhammd SAW. Tindakkan bersabar dan berdoa itu adalah senjata utama yang saya akan gunakan, walau nyawa bercerai badan. Tetapi sekiranya kita berada di tempat para sahabat apabila melihat Nabi Muhammad dicekik, dilemparkan batu dan di baling najis, apakah tindakkan kita?? Memang kita tak cekik mereka balik, kita tak baling najis semua dan balingkan batu. Tetapi apa reaksi kita?? adakah perlu terus menerus berdoa dan bersabar??
Untuk secara pendapat peribadi, berdoa dan bersabar itu mesti ada dalam pekej diri masing-masing, cuma apakah tindakkan selepas berdoa dan bersabar?? Dan juga kita perlulah tunjukkan sesuatu yang kita menentang dan benci sebencinya dengan apa yang mereka telah lakukan terhadap Nabi Muhammad kita. Tak kiralah mencaci mereka semua atau bagaimana, asalkan isi yang penting kita benci mereka buat semua itu kerana perbuatan itu telah menghina Nabi kesayangan kita semua. Jadi, bila ada pihak yang mengutuk golongan-golongan yang telah mencaci dan menghina nabi, cukup lah nasihat berdoa dan bersabar. Kerana niat mereka mencaci itu bukan kerana suka-suka. Tetapi menunjukkan rasa sayang mereka terhadap Nabi Muhammad SAW. Mungkin itu cara mereka secara peribadi. Kalau anda rasa cara anda sayangkan Rasulullah apabila dihina dan dicaci dengan cara berdoa dan bersabar, teruskanlah....