Sunday, October 10, 2010

Elemen Sahabat dan Kekasih...




Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang....

Setiap yang sedang membaca blog saya ini, pasti mempunyai seorang sahabat dan seorang kekasih. Hampir setiap orang di dunia ini mesti mempunyai elemen sahabat dan kekasih. Elemen ini juga selalu diterapkan didalam pelbagai filem dan cerita-cerita yang kita selalu tengok kat TV. Samaada dalam novel mahupun pengalaman hidup sendiri. Elemen sahabat dan kekasih telah menjadi slot kewajipan dan keperluan dalam kehidupan. Sebagai contoh kita ambil dalam pengalaman hidup para pembaca blog ini. Apakah yang kita rasai apabila kita kehilangan sahabat atau kekasih?? Bagi saya, kedua-duanya amat penting seolah-olah mereka berdua adalah nyawa kepada kehidupan. Itu adalah pendapat saya. Mungkin diantara para pembaca blog ini mempunyai pendapat yang berbeza. "ELEMEN SAHABAT DAN KEKASIH ADALAH KEPERLUAN DALAM HIDUP"


Sudah menjadi lumrah dan fitrah kepada kehidupan kita sebagai manusia bahawa kehadiran sahabat dan kekasih ini sesuatu yang perlu dipenuhi dalam jadual hidup kita ini. Contoh yang paling agung saya cungkilkan disini ialah Nabi Muhammad SAW kita sendiri, bagaimana beliau menghomati dan menjaga pertalian persahabatan itu sehingga ketitisan nafas yang terakhir. Begitu juga kita lihat cinta agung Nabi dengan Siti Khadijah. Jikalau kita lihat semula sejarah ketika nabi mula-mula dilantik menjadi Rasullullah. Sewaktu nabi menyorokkan diri di gua hirak`, beliau ditemani oleh rakan karibnya Abu Bakar As-Sidiq. Abu Bakar senantiasa menemani dan menjaga Rasullulah ketika berada didalam gua tersebut. Dan setelah mendapat wahyu yang pertama, baginda pulang kerumah dalam keadaan yang takut dan menggigil. Siapakah yang menenangkan Rasulullah kalau bukan Siti Khadijah? Dengan kisah tersebut, sekiranya elemen sahabat dan kekasih tidak diterapkan dalam kisah hidup baginda, apa yang akan terjadi di gua hirak' tanpa bantuan dan teman Abu Bakar? apa yang akan terjadi sekiranya Rasulullah tidak ditenangkan oleh Siti Khadijah, isteri tersayang beliau. Mungkin Rasulullah merasakan kesepian. Disebabkan itulah Allah mengurniakan elemen sahabat dan kekasih dalam hidup Rasulullah

Saya cuba selitkan tajuk "elemen sahabat dan kekasih" ini dengan cerita perlantikan Nabi menjadi Rasulullah ini, kerana ingain menegtengahkan soal lumrah dalam kehidupan. Walaupun nabi itu adalah orang yang paling rapat dengan Allah dan sekalian makhluk ghaibnya, elemen sahabat dan kekasih tetap perlu dalam setiap kehidupan manusia. Adalah tidak normal bagi saya sekiranya seseorang itu tidak mempunyai sahabat atau kekasih.



Akan tetapi ada juga diantara kisah hidup yang selalu kita dengar bahawa sahabat dan kekasih kita saling berselisihan faham dan bergaduh. Ini yang merumitkan kita yang menjadi sebagai orang tengah. Ibarat "ditelan mati mak, diluak mati bapak". Sedangkan kita sayang akan kedua-dua pertalian ini. Apa yang perlu anda lakukan, adalah cuba memberi penerangan dan nasihat supaya jangan menyeksakan lagi keadaan. Sebagai seorang sahabat dan kekasih, mereka perlu faham akan perasaan anda ketika itu dan mungkin akan cuba mengalah dan beralah. Dan kepada sahabat dan kekasih yang tidak faham akan terus memberi tekanan dan ugutan kepada anda. Maka itu dah menunjukkan jawapan kepada pemilihan yang perlu anda lakukan. Percayalah sahabat dan kekasih yang baik adalah seseorang yang sangat faham keadaan dan keperluan anda dan senantiasa beralah demi tidak mahu melihat anda dalam keadaan susah dan tertekan mahupun kecewa.

Ingatlah, hargailah setiap perhubungan itu. Kerana setiap perhubungan yang halal lagi baik di sisi Allah adalah berkat dan senantiasa dilimpahkan rahmat Nya. Ikhlaslah dalam perhubungan dan jauhi dari pergaduhan mahupun pertelingkaran. Kerana setiap yang bertemu dan berpisah kerana Allah itu adalah sesuatu perhubungan yang kekal abadi selamanya dijaga oleh Allah hingga munculnya Hari Kiamat. Dan kita boleh menikmati syurga yang indah itu bersama-sama kawan-kawan kita dan juga isteri-isteri kita. Apa-apa perkara buruk yang telah berlaku atau di ganggu oleh anasir luar, anggaplah itu fitnah dari syaitan samaada berupa manusia ataupun hasutan. kerana Syaitan senantiasa merasakan dengki dengan setiap perhubungan yang baik dan ikhlas, lagi-lagi kalau perhubungan tersebut adalah perhubungan yang selalu mengingati Allah. Maka hasutannya adalah lebih hebat dan mantap. Janganlah mudah kau terpedaya.

Oleh itu, sekian dari saya sebagai pemilik blog ini yang hanya cuma merasa ingin berkongsi pendapat dan pengalaman sahaja. kerana setiap yang kurang itu tetap datang dari dalam diri saya sendiri yang perlu diperbaiki. saya harap anda semua terhibur dengan penulisan saya... ^_^


waseyyyy!! serius siot aku tulis blog nie... hahahah!! da macam nak masuk dalam surat khabar plak... huhuhu!! letih nak kene jaga titik, koman dan huruf besar... hahahahah! apa2 pon aku hanya mengkarya dari jiwa aku sendiri... ikhlas taw!! ^_^

No comments:

Post a Comment

kritikan yg membina