Tuesday, February 10, 2009

5 perkara yg aku buat kat kawan aku...

pertama : aku akan cuba untuk melindungi kawan aku, kerana aku adalah hiasan atau cermin dirinya dan jika dia kekurangan nafkah, aku akan cuba untuk mencukupi keperluannya.

kedua : apabila dia ada membuat atau memberi sesuatu kebaikkan atau perkara, aku akan terima dengan rasa terharu, dan jikalau aku melihat kebaikkan yg ada pada dirinya, aku suka untuk menghitung-hitungnya (mengungkit kebaikkannya).

ketiga : apabila dia ada membuat atau memberi sesuatu kebaikkan, aku akan terima seadanya dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika aku mengetahui keburukkan dia, aku akan menutupi aibnya (menjaga maruahnya).

keempat : sekiranya dia meminta sesuatu dari ku, aku akan cuba berusaha memberinya, jika aku melihat dia diam, aku akan bertanya dan menyapanya dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dia, aku akan membantu dan meringan serta cuba menghiburkan dia.

kelima : apabila dia berkatakan sesuatu kepada ku, aku suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya sahaja. Jikalau dia mengemukakkan sesuatu persoalan yang berat, aku suka untuk mencuba sebaiknya dan jika aku berselisih faham dengannya, aku akan mengalah untuk kepentingannya.

kawan/sahabat/member adalah anugerah dan nikmat dari Allah yang tak terhingga, bagi aku kawan baik atau kawan rapat adalah seorang sahaja dalam dunia nie , yang lain hanyalah bergelar kawan biasa sahaja, ini kerana, layanan seorang kawan kepada kawan baik atau kawan biasa adalah berbeza. ini kerana kawan baik adalah kawan yang ada bersama kita sewaktu susah sahaja, dan kawan biasa ada ketika waktu kita senang. ini bukan fakta tetapi cuma pengalaman...

bagi aku seorang kawan baik itu cukuplah dia menghormati aku, menghormati keputusan aku, menghormati pemikiran aku walaupun bertentangan, dia tetap memahami aku.

kawan adalah penting selepas cinta. susah nak cari kawan yang serasi dengan kita, kerana ini termasuk keserasian berfikir dan keserasian hati serta jiwa. tapi aku terima seadanya kawan baik aku. dan aku harap kawan baik aku pun sedia terima seadanya aku. kerana pemilihan kawan bukan leceh seperti pemilihan cinta.

ada juga kawan yang jenis tikam dari belakang. aku tidak boleh terima kawan yang seperti itu. dan sekiranya ada, ia tetap menjadi kawan aku, tetapi bukan kawan baik atau rapat aku, orang itu bergelar kawan biasa sahaja. kerana apa?.. hubungan silaturahim tetap kena pelihara.

2 hubungan kita kene jaga serentak, iaitu hubungan dengan Allah dan hubungan dengan manusia, kalau hubungan dengan Allah kita kurang tetapi hubungan dengan manusia kita beria-ia, tak boleh juga, dan sebaliknya...

aku sanggup habiskan segala-galanya untuk kawan baik aku. aku sanggup berkorban apa sahaja untuk kawan baik aku. aku sanggup lakukan apa sahaja demi kawan baik aku. asalkan dia sudi menjadi kawan baik aku dan terima apa yang seadanya dalam diri aku.asalkan dia memelihara dan menjaga aib dan maruah aku ketika dia berada atau bercerita dibelakang aku. itu pun dah cukup bagi aku untuk mengaku dia seorang kawan baik aku.

dengan itu, maksud kawan baik aku dalam konteks hidup dan prinsip aku.. adalah kawan baik dari dunia sampailah ke Syurga.. Tapi yang paling penting, hubungan aku dengan Allah dan keluarga aku lebih utama kan.. terima kasih