Thursday, September 1, 2011

Kerinduan yg sangat.... SHAHIR ISMAIL



SHAHIR ISMAIL
(1993 - 2011)

Pemergian shahir ismail ini adalah sesuatu yang tersangat besar dalam sejarah hidup aku. tuan badannya kecil sahaja tapi memberi impak kepada seluruh kawan2 yang mengenalinya. walaupun aku tidak akrab dengannya, akan tetapi kehilangannya amat terasa sehingga aku terpanggil nak buat video kat atas tu. apa yg aku sangat teruja dengan Allahyarham Shahir Ismail ni, adalah kerana rasa hormat dan ikhlas dalam pergaulan beliau. secara jujurnya aku sangat teruja dengan panggilan 'abg iqman' yg senantiasa dilaungkan walau dimana waktu dan kawasan, sebab kawan2 yg lain tak de nak bwat cam tuh... aku tak kisah sangat laa apa jenis panggilan pun sebenarnya.... dia kering tetap nak panggil 'abg iqman'

Sebab tu adakalanya aku mengajak Allahyarham Shahir Ismail main futsal skali dgn aku, kerana sifat mudah bergaul beliau mudah aku bawak kehulu kehilir.. ye laa, kalau orang lain mungkin kene melayan karenah malu dan ego kan.. tapi Allahyarham Shahir Ismail nie lain... mudah bergaul dan mudah bertegur sapa... seronok lah duduk disamping Allahyarham Shahir Ismail... tak hairanlah ketiadaan beliau sangat dirindui. apa lagi yang menterujakan aku dengan Allahyarham Shahir Ismail nie adalah sifat ikhlas dalam melakukan apa sahaja kerja. tidak pernah merungut.

Sesungguhnya pemergian Allahyarham Shahir Ismail adalah penetapan takdir yg telah ditulis sejak Nabi Adam dijadikan. walaupun pada mulanya aku memang tidak boleh terima. akan tetapi ini adalah pengalaman pertama dalam hidup aku terasa kehilangan sahabat yg memberi impak sangat besar dalam hidup aku. walaupun aku telah kehilangan arwah ayah dan nenek aku. sifatnya tidak seperti ini. menampakkan bahawa sangat terasa kehilangan.

dengan tidak memberi apa2 kata perpisahan... atau senyuman terakhir....

apa yg paling aku terkilan adalah tidak dapat melihat wajah terakhir Allahyarham Shahir Ismail. sangat terkilan. setiap kali menatap kisah atau wajah Allahyarham Shahir Ismail, aku kadang kala menangis keseorangan. nak sangat jumpa sekejap... tapi apakan daya... sebagai orang Islam aku kene terima pemergian Allahyarham Shahir Ismail.

DIPADANG BOLA. beliau antara pemain yg paling bising, huru hara dan kecoh.. sudah pasti setiap kenangan itu akan terpahat senantiasa di ingatan aku.. bila tengok padang greenwood mesti teringat akan Allahyarham Shahir Ismail... aduhai..

untuk memujuk hati yg konon2nya menerima pemergian Allahyarham Shahir Ismail ini... aku cuba untuk tidak memikirkan apa2 tentang arwah.. tapi bila tengok kawan2 dia.. tengok ruang jalan hadapan rumah aku tu.. Jalan 3.. terus teringat kelibat Allahyarham Shahir Ismail....

"Ya Allah, Kau tempatkanlah Allahyarham Shahir Ismail kedalam tempat orang2 yang Kau redhai, kerana beliau adalah insan yang sangat disenangi diantara rakan2nya.. apatah lagi ibunya sendiri... Ya Allah.. Kau masukkan lah Allahyarham Shahir Ismail kedalam Syurga dengan berkat dan rahmat Mu bersama dengan redha Ibunya Ya Allah.. kerana aku yakin beliau adalah anak yang baik dan soleh.... permudahkanlah urusan alam kubur Allahyarham Shahir Ismail...."

AMIN
AL-FATIHAH