Wednesday, January 23, 2013

Kasih sayang Rasulullah kepada Umatnyaa


Salam Maulidaurrasul.. Moga kecintaan dan kerinduan kita pada Nabi Muhammad semakin bercambah dari hari ke sehari. Betapa Rasulullah mempunyai kasih sayang yang amat tinggi.

      Alangkah bertuahnya umat ini kerana dikurniakan seorang Rasul yang memiliki cinta agung yang tulus dan sejati terhadap umatnya. Baginda SAW mengungkapkan cintanya dengan ungkapan-ungkapan cinta yang paling murni dan sejati. Apa sahaja yang dilakukan dan difikirkan oleh Baginda semata-mata demi umatnya sehingga Baginda tidak redha seorang pun umatnya terjerumus ke neraka.

          Allah SWT menjelaskan kecintaan dan keprihatinan Baginda ini melalui firman-Nya dalam surah al-Taubah ayat 128. Malah Rasulullah pernah bersabda: Sesungguhnya perumpamaanku dengan umatku seperti seorang lelaki yang menyalakan api, lalu datang serangga dan kelkatu mengerumuni api itu. Maka aku berusaha menjauhkan kalian dari terkena api itu, sedangkan kalian sentiasa ingin mendekati api itu. (riwayat Bukhari dan Muslim).
       Seringkali kita mendengar kisah kasih sayang Rasulullah saw, kisah Rasulullah saw di saat akhir kematiannya masih bertanyakan kepada Jibrail tentang umatnya. Nabi tersenyum bila Jibrail berkata bahawa umat Muhammad saw akan dihisab terlebih dahulu daripada umat nabi-nabi yang lain dan kalimat akhir yang keluar dari mulut Nabi adalah " Umatku, Umatku, Umatku."
        Betapa Rasulullah begitu merindui umatnya, umat yang hidup selepas kewafatannya. Namun kita sering lupa, lupa pada hakikat rindu yang sebenarnya kerana kerasnya hati kita.
       Betapa Rasulullah menyayangi umatnya, umat akhir zaman yang mulia. Namun kita seringkali lupa kerana rindu kita pada manusia. Betapa Rasulullah begitu kasih akan umatnya, umat yang tidak pernah memandang dan melihat baginda. Namun sehingga ke ahkir hayatnya baginda tidak pernah lupa pada umatnya. Tangisan Rasulullah pada akhir hayatnya adalah tangisan kerinduan baginda kepada umatnya, di sisi Allah mereka mulia.
        Siapa yang dirindukan Baginda Nabi Muhammad? Siapa yang didoakan Baginda nabi Muhammad setiap waktu? Ia adalah kita tapi sudahkah kita mencintai baginda Rasulullah, adakah kita mengingati kasih baginda kepada kita?.
         Renungilah siapa yang menjadi ikon  kita selama ini? Siapa idola anak-anak muda sekarang? Siapa idola-saudara-saudara kita saat ini? Kita bangga dengan ikon artis-artis dan kita bangga dengan pemain-pemain bola sepak. Kita mula lupa pada ikon dan idola kita yang sepatutnya iaitu Nabi Muhammad s.a.w.
         Kita mengaku kita adalah umat Muhammad tapi kita tidak pernah mengikut sunnahnya, kita lupa untuk mencontohi akhlak baginda, kita tenggelam dengan nikmat dunia. Air mata yang sering kita tumpahkan bukan air mata rindu dan cinta kita pada Nabi kita tapi air mata kekecewaan dalam bercinta.
      Kita umat yang lalai dan leka, kita sering terlupa meletakkan cinta dan rindu kita pada baginda. Bersama-samalah kita hidupkan kembali kerinduan dan kecintaan kita kepada Nabi Muhammad s.a.w. Semoga di Padang mahsyar nanti kita akan bertemu dengan baginda Rasulullah. InsyaAllah.
Adakah kita sayangkan Rasulullah saw sepertimana
sayangnya Rasulullah saw kepada kita? Salam Maulidaurrasul.. Moga kecintaan dan kerinduan kita pada Nabi Muhammad semakin bercambah dari hari ke sehari. Betapa Rasulullah mempunyai kasih sayang yang amat tinggi.
       Alangkah bertuahnya umat ini kerana dikurniakan seorang Rasul yang memiliki cinta agung yang tulus dan sejati terhadap umatnya. Baginda SAW mengungkapkan cintanya dengan ungkapan-ungkapan cinta yang paling murni dan sejati. Apa sahaja yang dilakukan dan difikirkan oleh Baginda semata-mata demi umatnya sehingga Baginda tidak redha seorang pun umatnya terjerumus ke neraka.

Allah SWT menjelaskan kecintaan dan keprihatinan Baginda ini melalui firman-Nya dalam surah al-Taubah ayat 128. Malah Rasulullah pernah bersabda:

Sesungguhnya perumpamaanku dengan umatku seperti seorang lelaki yang menyalakan api, lalu datang serangga dan kelkatu mengerumuni api itu. Maka aku berusaha menjauhkan kalian dari terkena api itu, sedangkan kalian sentiasa ingin mendekati api itu. (riwayat Bukhari dan Muslim).

       Seringkali kita mendengar kisah kasih sayang Rasulullah saw, kisah Rasulullah saw di saat akhir kematiannya masih bertanyakan kepada Jibrail tentang umatnya. Nabi tersenyum bila Jibrail berkata bahawa umat Muhammad saw akan dihisab terlebih dahulu daripada umat nabi-nabi yang lain dan kalimat akhir yang keluar dari mulut Nabi adalah " Umatku, Umatku, Umatku."

        Betapa Rasulullah begitu merindui umatnya, umat yang hidup selepas kewafatannya. Namun kita sering lupa, lupa pada hakikat rindu yang sebenarnya kerana kerasnya hati kita.

       Betapa Rasulullah menyayangi umatnya, umat akhir zaman yang mulia. Namun kita seringkali lupa kerana rindu kita pada manusia. Betapa Rasulullah begitu kasih akan umatnya, umat yang tidak pernah memandang dan melihat baginda. Namun sehingga ke ahkir hayatnya baginda tidak pernah lupa pada umatnya. Tangisan Rasulullah pada akhir hayatnya adalah tangisan kerinduan baginda kepada umatnya, di sisi Allah mereka mulia.

        Siapa yang dirindukan Baginda Nabi Muhammad? Siapa yang didoakan Baginda nabi Muhammad setiap waktu? Ia adalah kita tapi sudahkah kita mencintai baginda Rasulullah, adakah kita mengingati kasih baginda kepada kita?.
         Renungilah siapa yang menjadi ikon  kita selama ini? Siapa idola anak-anak muda sekarang? Siapa idola-saudara-saudara kita saat ini? Kita bangga dengan ikon artis-artis dan kita bangga dengan pemain-pemain bola sepak. Kita mula lupa pada ikon dan idola kita yang sepatutnya iaitu Nabi Muhammad s.a.w.

         Kita mengaku kita adalah umat Muhammad tapi kita tidak pernah mengikut sunnahnya, kita lupa untuk mencontohi akhlak baginda, kita tenggelam dengan nikmat dunia. Air mata yang sering kita tumpahkan bukan air mata rindu dan cinta kita pada Nabi kita tapi air mata kekecewaan dalam bercinta.

      Kita umat yang lalai dan leka, kita sering terlupa meletakkan cinta dan rindu kita pada baginda. Bersama-samalah kita hidupkan kembali kerinduan dan kecintaan kita kepada Nabi Muhammad s.a.w. Semoga di Padang mahsyar nanti kita akan bertemu dengan baginda Rasulullah. InsyaAllah.

Adakah kita sayangkan Rasulullah saw sepertimana
sayangnya Rasulullah saw kepada kita?

Monday, November 19, 2012

add facebook dan twitter

Facebook Iqman Iberahim

Twitter Iqman Iberahim

rindu nak berkarya... tapi....

semak samun dah blog aku nie. bila tngk kisah2 lama2.. macam orang bodoh pon ada.. itu laa pematangan fikiran kan.. apa2 pon.. ianya sungguh menggamit kenangan.. skang nie aku pon dah kawin dan bakal ada anak insya Allah.. bermakna... manusia nie tak statik laa keadaan nya dan pasti akan ada perubahan :)

semua nya akan berubah.. disaat ini.. aku rindukan segalanya yang berlalu... aduhai... setiap kejadian Allah jadikan yg lepas2 adalah sangat indah walau pahit utk di alaminya.... subhanallah.. sedikit untuk di update. dan nyaris lupa dah paswd blog ini.. teruskan saport my blog :)

sayang anda semua

#iqmanrian (ada ker?)


Wednesday, December 7, 2011

Surat terbuka kepada orang Melayu


Oleh TUAN GURU ABDUL HADI AWANGPresiden PAS
Islam didahulukan, Melayu bersamanya. Bukan Melayu didahulukan, Islam mengikutnya, kerana Islam ditegakkan Melayu selamat. Kalau Melayu ditegakkan diatas aqidah kebangsaannya, Melayu sesat, Islam terpinggir. Inilah kecuaian Umno sejak ditubuhkan sehingga kini.
Kecintaan kepada keluarga, kaum dan bangsa adalah fitrah yang digalakkan oleh Islam, tetapi menjadikannya aqidah perjuangan adalah satu kesesatan. Rasulullah S.A.W. memulakan perjuangan dengan keluarga dan kaumnya, tetapi dengan aqidah dan berpandukan Islam



Rasulullah S.A.W. adalah ikutan yang dilantik oleh Allah, bukan dilantik melalui pilhanraya atau perhimpunan agung mana-mana parti. Apabila Rasulullah S.A.W. dilantik menjadi Rasul akhir zaman kepada seluruh alam, dipilih daripada kalangan bangsa arab qabilah Quraisy, paling jahil, miskin dan berada ditangah padang pasir paling gersang, tetapi menjadi paling sabar, berani dan paling lasak menghadapi cabaran kalau ditarbiyah.
Bangsa arab seluruhnya berpecah dan berperang sesama sendiri. Semenanjung arab, tanah air mereka dijajah oleh kuasa besar dunia Parsi dan Rom. Pesoalannya apakah yang didahulukan oleh Rasulullah S.A.W? Sama ada memulakan perjuangan diatas semangat kebangsaan arab, satukan mereka terlebih dahulu diatas semangat kebangsaan itu, tegakkan perjuangan kemerdekaan menentang penjajah Parsi dan Rom, selepas itu Islam boleh tegak dengan sendiri besamanya. Atau mulakan dengan Islam, perkasakan bangsa arab dengan Islam yang sempurna, aqidah, syariat dan akhlak?
Ucapan pertama disampaikan kepada penduduk Makkah dengan arahan wahyu daripada Allah ialah, firman Allah, maksudnya: "Katakanlah: "Hai manusia Sesungguhnya aku adalah utusan Allah kepada kamu semua, iaitu Allah yang mempunyai kerajaan langit dan bumi; tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Dia, yang menghidupkan dan mematikan. Maka berimanlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya, Nabi yang ummi yang beriman kepada Allah dan kepada kalimat-kalimat-Nya (kitab-kitab-Nya) dan ikutilah Dia, supaya kamu mendapat petunjuk."
Bukan dengan seruan hidup Arab, Islam selamat, hanya bangsa Arab yang boleh menegakkan Islam, macam slogan Umno: "hidup Melayu!”
Tegasnya bahawa Rasulullah S.A.W. memulakan perjuangan mengajak bangsa mengikut Islam, bagi memerdekakan diri daripada jahiliyah dalam diri sendiri terlebih dahulu dengan bangsanya mengikut Islam. Walaupun mendapat tentangan hebat daripada pemimpin kaum bangsa dan keluarganya sendiri, sehingga dihalau daripada tanah air tempat dilahirkannya (Makkah). Kemudian menggunakan kuasa pemerintahan Islam yang ditegakkan oleh kaumnya yang menerima Islam dengan beriman mengikutnya dengan sempurna dan mengumpul serta menyatukan mereka dengan Islam. Kemudian kembali semula ke Makkah untuk memerdekakannya daripada kuasa pemeritahan jahiliyah arab yang dipimpin oleh ayah mertuanya sendiri Abu Sufian bin Harb.
Allah mewafatkan Rasulullah S.A.W. setelah Ajaran Islam disempurnakan secara wahyu serta cara beramalnya dinyatakan oleh Sunnah Rasulullah S.A.W. dan setelah menyampaikan mesej Islam secara bersurat yang dihantar kepada negara dan bangsa yang bukan arab. Ada yang menerima Islam, ada yang tidak menerima tetapi berdamai dan ada yang mengambil sikap permusuhan.
Sebelum wafat Rasulullah S.A.W. Allah menegaskan kepadanya secara wahyu kepada bangsa arab yang menganut Islam supaya berpandukan Islam, diantaranya Allah memberi amaran, maksudnya: "Jika kamu berpaling (daripada menegakkan Islam) niscaya dia akan mengganti (kamu) dengan kaum yang lain; dan mereka tidak akan seperti kamu ini." (Surah Muhammad)
Khalifah Abu Bakar mengambil alih memimpin negara menentang bangsa arab yang murtad (berpaling tadah menentang Islam). Penyelewengan berlaku dengan bantuan penjajah Parsi dan Rom. Setelah Khalifah Abu Bakar berjaya mengalahkan bangsa arab yang murtad maka dimulakan dakwah mengajak kaum lain kepada Islam tanpa paksaan.
Dua kuasa besar dunia menentang secara ketenteraan kerana menganggap bangsa arab yang menganut Islam itu masih lemah saperti sebelum Islam. Tiba-tiba dua kuasa besar dunia ikut tumbang kerana jahiliyyahnya, walau pun mereka maju daripada segi kebendaannya, tetapi dibejati kezaliman dan maksiat.
Khalifah Umar R.A. yang berjaya menjatuhkan dua kuasa besar dunia itu manyampaikan ucapannya ketika berada di Kota Suci Bait Al Maqdis: "Kita adalah bangsa yang diberi kemuliaan oleh Allah dengan Islam, sekiranya kita mencari kemuliaan yang lain daripada apa yang telah dikurnia Allah, nescaya kita akan ditimpa hukuman Allah menjadi bangsa yang hina."
Ketika bangsa arab yang menganut Islam masih berpegang dengan ajaran Islam, mereka terus memimpin negara yang paling besar dalam sejarah, bersama masyarakat majmuk berbagai bangsa dan agama. Mereka mengislamkn bangsa lain tanpa paksaan dan mengislam ilmu serta kebijaksanaan daripada berbagai bangsa, sehingga melahirkan tamadun Islam yang paling hebat dalam sejarah manusia.
Apabila bangsa Arab menjadi leka terhadap Islam, maka Allah menukarkan bangsa bukan arab yang menganut Islam dan berpadukan Islam serta menegakkannya. Bangsa lain mengambil alih pemerintahan telah melahirkan ilmuan Islam dan pemimpin negara. Manakala bangsa arab menjadi rakyat dibawah pemerintahan Islam, oleh para ulama dan pemimpin bukan berbangsa arab, saperti Kurdis, Turki, Bukhara dan lain-lain.
Bangsa Melayu di Asia Tenggara turut sama menjadi bangsa yang perkasa apabila mereka menganut Islam dan raja-rajanya memerintah dengan Islam. Bahasa Melayu berhuruf Al Quran bertamadun menjadi bahasa ilmu dirantau ini.
Kedatangan penjajah yang mampu menguasai dunia Islam, termasuk dunia Melayu di rantau ini apabila mereka lemah berpegang dengan ajaran Islam. Cahaya Islam yang sedikit tidak boleh dipadamkan masih bersuluh membangkitkan perjuangan menentang penjajah.
Walaupun penjajah asing sudah meninggalkan tanahair kita, tetapi kesan daripadanya masih wujud dengan tabal. Kita tidak dapat mengambalikan jati diri malainkan dengan kembali menjadikan Islam tertegak dihadapan kita yang menjadi panduan seluruh cara hidup beragama dan bermasyarakat. Ini saperti yang pernah dilakukan oleh Rasulullah S.A.W dengan petunjuk Allah dan diperingatkan oleh Khalifah Umar bin Al Khattab R.A.
Mari kita menjadi bangsa yang insaf dengan muhasabah diri, bagaimana bangsa arab yang berjumlah ratusan juta, di tengah kekayaan hasil minyak yang tidak terkira, dipermainkan oleh kuasa barat yang pernah menjajah mereka. Mereka tidak mampu berdepan dengan segelintir bangsa yahudi zionis yang diletakkan oleh penjajah bagi menjaga kepentingannya di Asia barat. Ini kerana mereka berpaksikan kebangsaan arab dan meminggirkan Islam di belakang mereka. Satu agenda penjajahan pemikiran yang sengaja dirancang bergitu rupa.
Hari ini bangsa arab mula sedar dan bangkit bersama Islam dengan memulakan kemenangan Islam secara aman memalalui pilihanraya yang adil setelah ditekan oleh pemimipin bangsa sendiri secara kuku besi.
Umno adalah pelakon yang sama memimpin negara yang dikatakan merdeka, dengan semangat hidup Melayu, Islam selamat. Nyata bahawa Melayu tidak selamat dengan cara Umno. Islam cara Umno tidak mampu memperkasakan Melayu, kerana Melayu didahulukan, Islam tidak memandunya kerana tidak djadikan panduan. Maka bangsa Melayu tidak mampu bersaing dengan kaum lain dalam masyarakat majmuk.

Kita wajib menerima hakikat masyarakat majmuk yang diatur oleh penjajah ditanah air kita. Setelah mereka menjajah bangsa Melayu yang lebih dahulu yang bercampur dengan kaum pribumi berada ditanahair ini. Penjajah membawa kaum lain yang dijajah juga, untuk sama-sama diperhambakan untuk kepentingan penjajah barat.
Bangsa Melayu dan penduduk asal yang lain terus dipinggir dikawasan luar bandar dengan keadaan terbiar dalam kemiskinan. Kaum Cina pula menjadi buruh di lombong-lombong dan sebahagiannya di bandar dan kaum India menjadi buruh di ladang-ladang. Semua kaum diperkudakan untuk kepentingan penjajah dan seterusnya diatur untuk dilagakan diantara satu sama lain, untuk terus diperintah atau menjaga kepentingan penjajah selepas merdeka.
Mengikut Islam bahawa masyarakat majmuk adalah satu adunan yang baik sekiranya dimanfaatkan dengan bijak, sekiranya wujud kedudukan yang seimbang dan saksama diantara satu sama lain.
Kaum lain telah menerima hakikat bangsa Melayu yang beragama Islam adalah teras kepada negara dengan hak yang adil secara sama dengan kaum yang lain, kerana jumlah mereka lebih besar. Tiba-tiba kedudukan orang Melayu yang beragama Islam ketinggalan jauh dibelakang dari segi pendidikan, ekonomi, politik dan lain-lain.
Ini menyebabkan rasa tidak puas hati terhadap kaum lain, dengan terpinggir secara nyata di Singapura, Pulau Pinang dan negeri-negeri lain di pantai barat dan Malaysia Timur. Semua negeri-negeri ini pada awalnya dipimpin oleh Umno yang bertemakan hidup Melayu mafhumnya tegaklah Islam.
Malangnya Umno menyalahkan pihak lain, khususnya PAS yang tidak bersama Umno sejak menentang penjajah dan cara mencapai kemerdekaan dan mengurus negara. Umno meletakkan Islam disamping atau dibelakang tanpa kuasa secara warisan penjajah yang merancang untuk melemahkan umat Islam mengikut kajian para orentalis.
Akhirnya orang Melayu bukan sahaja terus dalam keadaan lemah, tidak mampu bersaing dengan kaum lain. Bukan sahaja ketinggalan dalam ekonomi dibumi sendiri, walaupun diberi tongkat hak istimewa Melayu dan bumiputera, bahkan ketinggalan dalam pendidikan dan kesadaran berpolitik.
Pemimpin yang tidak boleh menjadi model Islam kepada bukan Islam dan tidak mampu memimpin kumpulannya dan bangsanya sendiri, apatah lagi negara, tetapi lebih berlagak mampu dengan mempertahan kuasa dengan apa sahaja, kerana dibejati penyakit zalim dan fasad.
Zalim mengikut takrif Islam ialah meletakkan sesuatu tidak kena pada tempatnya dalam segala bidang, seperti kehakiman, pentadbiran, ekonomi dan lain-lain aspek. Fasad pula ialah kemunkaran dalam segala aspek saperti rasuah dan segala maksiat terhadap Allah, diri sendiri dan masyarakat.
Pamimpin utama Umno sendiri sudah mengaku adanya penyakit yang kronik dalam diri parti Umno. Politik rasuah (wang) membarah dalam diri sendiri dan menyebarkannya kepada orang Melayu untuk mendapat sokongan, mengampu dan menipu sesama sendiri. Maka orang Melayu dalam bahaya bersama Umno .
Ketinggalan orang melayu dalam politik Singapura ditahun lima puluhan dan enam puluhan adalah dibawah pimpinan Umno. Tertinggalnya orang Melayu di Pulau Pinang adalah dibawah Umno juga. Umno menyelamatkan kedudukan dengan mengasak orang Melayu dengan kawasan pilihanraya campuran bagi memenangkan rakan kongsinya daripada kaum lain setelah parti itu kalah dikawasan mereka.
Mereka menekan bangsa sendiri yang menegurnya dan tidak bersamanya, dengan menindas negeri Melayu yang tidak berpihak kepada Umno. Tindakan menafikan hak royalti minyak terhadap Kelantan dan Terengganu suatu ketika dahulu serta melambatkan bayaran perkapita. Begitu juga dengan Kedah. Ini adalah contoh nyata Umno menindas negeri Melayu.
Umno juga mengapi-apikan semangat perkauman Melayu sehingga tegang hubungan dengan kaum lain, seterusnya orang Melayu dilekakan dengan wang, media yang menipu dan melalaikan mereka. Ketika bangsa lain berpolitik secara matang dengan kefahaman merancang masa depan yang jauh. Namun orang Melayu berpolitik diajar oleh Umno untuk mencari peluang beberapa hari dimusim pilihanraya sehingga lupa menjadi mangsa setiap lima tahun sehingga lebih lima puluh tahun terus ketinggalan.
Sudah tiba masanya orang Melayu memberi peluang kepada Umno berehat atau bersara atau berhenti terus.
Ucapan berapi dalam perhimpunan Agung Umno baru-baru ini lebih banyak membedil diri sendiri, bukan sahaja ada yang menikam dari belakang bahkan ada yang berani menikam secara berhadapan. Walaupun pada zahirnya menyerang lawan dan kawan. Yang tidak faham bertepuk tangan syok sendiri sehingga membengkak tangan. Adapun yang faham pula berubah wajah kerana kebimbangan bahteranya menunggu karam ditebuk kelasi sendiri.
PAS berulangkali mengajak Umno bermuzakarah secara ilmu Islam dan adabnya bagi selamatkan umat dan negara dengan Islam, bukan berbincang untuk bersama memikul biawak hidup yang diternak oleh Umno.
Mengajak kepada Islah sekadar kemampuan, kerana bukan cara menyelamatkan negara dengan mengapi-apikan semangat perkauman yang menegangkan hubungan diantara kaum dan agama. Caranya ialah dengan konsep adil untuk semua dan menjaga hak masing-masing secara adil, serta ruang demokrasi dengan batas-batas dan sempadannya yang sebenar secara ikhlas bukan secara menipu.
PAS percaya Islam adalah hujah yang terkuat daripada Allah S.W.T kerana Islam adalah Rahmat Allah kepada seluruh alam.
Tulisan ini bukan menjaga tepi kain orang lain, tetapi hanya peringatan kepada mereka yang kainnya sudah parah terkoyak, sehingga menampakkan kecacatan yang memalukan.

Friday, December 2, 2011

Komen Perhimpunan Meroyan UMNO


Saya selaku perjuangan ahli politik PAS di Malaysia nie suka melihat setiap apa yang dilakukan oleh ahli politik di Malaysia ini sebagai suatu pembelajaran saya utk menjadi ahli politik yang disegani kawan dan lawan. Oleh itu pemerhatian saya pada perhimpunan agung meroyan UMNO ini dilihat sebagai sesuatu pentas untuk mengkritik dan menghentam pembangkang, sedangkan apa yg patut diperjuangkan adalah hak rayat dan terutama sekali kepada melayu yang beragama Islam. berapa peratuskan kalau di nilai dari kelseluruhan perhimpunan itu jika dinilai dari segi menghentam pembangkan dan membicarakan tentang soal rakyat yang beragama melayu islam itu sendiri. Jelas ditunjukkan sendiri oleh lidah2 mereka iaitu Tv3 dan utusan, menunjukkan setiap biacara pentas mereka hanya lebih kepada menghentam pembangkang, dan 'mungkin' ada sedikit sahaja yg membicarakan soal agenda perjuangan parti yang sebenar.

Ntaya ini menunjukkan bahawa Pakatan Rakyat berjaya mengalih tumpuan sebenar perhimpunan Meroyan UMNO ini yang sepatutnya berhimpun dan membicarakan soal masa depan negara dan rakyat. tiada apa lagi yg wajar untuk umno perjuangkan utk rakyat kerana segala agenda umno telah di perjuangakan oleh pakatan rakyat itu sendiri.

Kini UMNO seolah-olah hilang punca dan arah tuju dalam arena politik. dilihatkan sendiri bagaimana gelombang perubahan anak muda yang ditunjukkan pada setiap program yang telah dijalankan oleh Pakatan Rakyat. Saya dapat merasakan bahawa PRU 13 ini adalah PRU yang terakhir utk UMNO dan Barisan Nasional.

Saya menyeru kepada rakan2 seluruhnya. agar tidak memberi sebarang undi kepada UMNO dan Barisan Nasional. Umno hanya diguna pakai untuk dunia sahaja. tapi perjuangan PAS akan di bawa sehingga anda semua bertemu dengan Allah SWT. TAKBIR


Monday, November 14, 2011

Buang yang keruh ambil yang jernih

Wahai seluruh sahabatku.. aku inginkan kembalinya kita diwaktu dahulu kala dimana setiap daripada kita tiada sebarang perasaan dendam dan benci. Kerdilnya aku di dalam blog ini dengan merendah diri dan mengakui juga banyak membuat kesalahan dan kesilapan merasakan tidak layak utk mengajak seluruh sahabatku utk bersatu kembali diatas nama persaudaraan. terlebih dahulu aku memohon sejuta keampunan dan kemaafan dari seluruh sahabat ku seandainya kehadiran blog ini menampakkan kebodohkan aku. Walau apapun, aku tetap mahu menulis atas nama kebenaran dan penyatuan kita semua.

Sesungguhnya, apa yang aku tulis ini adalah pendapat dan pandangan peribadi yang ingin di kongsi bersama. Kerana aku merasakan tiada lagi ruang utk aku meluahkan apa yang terbuku didalam hati ini. Meronta-ronta didalam jiwa ini ingin mengajak kalian kearah pendamaian. Dan dijauhkan persengketaan.

Bagi aku mencari punca masalah dan kesalahan pada induvidu tidak akan menyelesaikan masalah bahkan akan merumitkan lagi masalah, kerana setiap dari kita pasti ada melakukan masaalah dan kesalahan. Caranya adalah kita perlu membuang yang keruh dan ambil yang jernih. Lupakan segala kesalahan yang telah sahabat kita lakukan. Sekiranya perlu untuk menutup aib, tutupinya dengan rapat. Kerana kita diibaratkan seperti air yang dicincang takkan putus. Ingat senang untuk kita bertahan keakraban hubungan persahabatan ini yang telah menjangkau 15 tahun lebih? adakah sia-sia perbuatan itu?

Untuk aku memuhasabahkan diri, aku juga ingin menasihati diri aku dan seluruh sahabat aku supaya kita membuang sifat ego, bangga diri, riak, rasa paling hebat, berkata bongkak. Kerana ini adalah sifat yang telah di cucuk oleh para syaitan utk memecah belahkan kita. Kerana sifat2 tersebut adalah sifat dari syaitan. Kita lihat bagaimana perpecahan dari langit dimana syaitan dihalau keluar dari syurga kerana sifat riak, bangga diri dan bongkak kepada Allah SWT yang ingkar tidak mahu sujud kepada Nabi Adam AS. Maka perpecahan berlaku yang merugikan syaitan Laknatullah. Tidak sia-sia kita menjalinkan rasa rendah diri pemaaf dan menghormati diantara satu sama lain di kalangan kita. Bahkan ia mencetuskan keharmonian di kalangan kita.

Walaupun kita tidak menyukai perangai atau akhlak sahabat kita, walaupun sudah berulang kali nasihat, dan ibarat mencurah air didaun keladi. Diam sahaja dan berdoa supaya sahabat kita berubah akhlak. Kerana diam ini adalah hampir dengan sabar. Dan sabar itu adalah dekat dengan Allah. Allah akan menurunkan pertolongan kepada orang2 yang bersabar dengan doa. Dan perbuatan itu tidak merugikan sesiapa pun bahkan hubungan persahabatan seperti itu akan mendapat berkat dan rahmat dari Allah.

Dengan kata lain juga, aku yang juga penuh dengan kesilapan dan dosa ingin mengajak seluruh sahabat ku supaya meniggalkan perbuatan mungkar yang ditegah oleh Allah. Dan aku lihat juga punca keretakkan dikalangan kita ini adalah dengan tiadanya rahmat dan berkat Allah. Bagaimana mungkin utk menyelitkan berkat dan rahmat Allah sekiranya setiap perjumpaan kita pasti ada perancangan untuk melakukan kemungkaran kepada Allah. Dan aku melihat ini adalah sebagai salah satu faktor dimana Allah manarik nikmat hubungan erat diantara kita semua..

Untuk menguji sejauhmana keakraban diantara kita. Cuba kalian renung semula. Dari segi warna, makanan, kenderaan, perbuatan harian, perlakuan yang orang lain tak tahu kita tahu. Kita tahu seorang sahabat kita itu memnati warna apa, makanan jenis apa, memakai kenderaan apa, cara berjalan dan perbuatan harian kita. Hanya kalangan kita sahaja yang tahu. bukankah itu menampakkan keakraban kita?

Justeru itu, blog ini sekadar mengajak dan peratusan utk kita kembali duduk semeja di bawah satu payung adalah bergantung kepada induvidu yang telah membaca blog ini. Kerja aku sebagai seorang sahabat yang ingin melihat keharmonian diantara sahabat, telah aku jalankan kewajipannya. Kini aku cuba berharap, kemungkinan kita akan lepak bersatu seperti sediakala.


Iqman Iberahim
10.02 am
15/11/2001

Friday, October 28, 2011

Kau Bilang Kau Sahabat

Kau bilang kau sahabat,

Sehingga dirinya menaruh percaya,

Namun percaya yang diharap,

Kian pudar ditelan zaman,

Selari tuanya umur persahabatan.

Kau bilang kau sahabat,

Kisah baiknya kau kecilkan,

Hikayat buruknya kau besarkan,

Sedang dia menyebar baikmu,

Sedang dia mengubur burukmu.

Kau bilang kau sahabat,

Salah temanmu kau biarkan,

Katamu, dia hidup dia aku hidup aku,

Sedang dia tidak jemu ingatkan salahmu,

Bimbang nasibmu.

Kau bilang kau sahabat.

Aibnya kau cerita, bahan ketawa,

Bukan hanya kepada seorang, kepada semua,

Sedang maruahmu dijaga olehnya,

Sedang aibmu erat digenggamnya.

Kau bilang kau sahabat,

Baikmu hanya dirimu sahaja,

Tidak peduli kepada si dia,

Katamu, dia sudah baik sempurna,

Tidak perlu diajak dipelawa,

Ah! Kau lupa, dia juga manusia.

Kau bilang kau sahabat,

Ya, kau memang sahabat baginya,

Walaupun doamu tiada,

Namun doanya untukmu tetap tersedia,

Percaya yang kian sirna,

Dikukuh kembali, dipatri rapi,

Ya, dia masih percaya,

Percaya kau sebagai sahabatnya.

Baginya kau masih sahabat,

Sahabat dunia Akhirat,

Walau bagimu dia bukan sesiapa,

Bagimu dia hanya sahabat dunia.