Thursday, June 18, 2009

TAKZIAH buat Uncle....

Uncle atau nama dia adalah dzulkifli adalah rakan seperjuangan dalam Kolej Universiti MAHSA. dia lah orang yang paling best, orang yg lemah lembut. dan best ar.. dia tak suka kacau orang.. tapi aku jerk yg suka kacau dia.. uncle adalah dari kelas english medium 1. aku MM1, so aku kenal rapat dengan uncle bila kami posting sesama... mula2 dengan puan roaini iaitu kakak kepada arwah sudirman. kat hospital uncle lah orang yg paling rapat dan orang yg slalu aku mintak tolong. uncle laa segala2nya. dia laa yang tolong aku masa aku susah. masa rehat pom sama. aku mesti ajak dia rehat..

ada suatu ketika, jam nurse aku rosak, aku mengadu kat dia "uncle, jam saya rosak laah.. saya nak beli satu" lantas uncle pom bg taw yg dia pom nak beli gak satu jam nurse tu. aku kata "uncle beli kan saya 1". uncle cakap baiklah.. tapi dia lupa sampai sekarang.. sampai saat ini. dan saat ini juga aku tak pakai2 lagi jam nurse tu. aduh.... kenapa uncle tak belikan untuk saya... kalau tak, itu akan saya anggap hadiah yg paling tak ternilai bagi saya. tak pe laa..

skali lagi, kami di posting kan bersama di HKL, haha! lagi best.. ini 100% aku rapat ngan uncle. pergi mana2, mesti dgn uncle, rehat, dan macam2 lagi. kalau waktu makan, uncle mesti akan oder 2 milo ais, tapi dia tak makan. huhu! katanya dia diet. hhaahha! tak kisah. ada satu lagi cerita yg takkan akan aku lupakan. aku teman dia gi kat kereta couse dia terlupa sumting. hahah! jauh dow perjalanan ke sana.. aku relex jalan ngan uncle dia tengah hari panas yang terik.. aku kata kat uncle "uncle.. kita nie tak macam serong ker? kang me tiean marah!!" ncle menenangkan aku dengan berkata... "mr tiean baik orangnya" hahahahah! dengan bangga nyer aku serong dengan uncle. macam2 aku tanya pasal dia, famili dia, masaalah perjalanan pergi balik dia ke hospital. dia bg taw aku lagi.. dia nak posting kat HKL sampai sem 6, sebab dekat dengan umah dia. hahaha!

dalam sem 2 posting yang sama di HKL, uncle lah orang yg aku hubungi kalau ada apa2 berlaku kalau aku tak dpat datang posting. dia laa yg kaver aku dengan CI, dan lain2 lagi. apa2 pom yang berlaku aku tetap ada berada di belakang uncle. walau pom kes yg uncle report ke atas puan clara tu mungkin puan clara yang akan menang.. aku tetap kawann yang setia pada aku.

unlce laa kawan aku..
uncle jugak macam pakcik aku
uncle jugak macam ayah jugak pom ade...

aduh.. aku belek2 sms terakhir di HP aku. last dia sms aku adalah 19 mei 2008, jam : 7:50pm yang berbunyi "man class 25hb tukar dekat mc pagi"...

arghhh... aku rasa nak simpan sampai bila2 tak nak delete, sebab itu sahaja 'hadiah' yg di tinggalkan utk aku.

untuk meceritakan soal perasaan. memang sedih giler. gelak sama2 mengadu sama2. isk.. dia adalah tokoh yang baik..

doa aku untuk uncle "Ya Allah, Kau tempatkan la uncle di tempat yang Kau redhai, yang tempat Kau rahmati... sesungguhnya Uncle adalah orang yang senantiasa buat baik tehadap aku, Kau ampunkan lah segala dosanya. " amin.

kalau diberi peluang terakhir, aku nak cakap ngan uncle dengan ucapan terakhir "uncle, maafkan segala dosa2 saya dengan uncle, terima kasih sebab jadi kawan yg paling baik dan lemah lembut. uncle adalah tempah saya bercerita dan berseloroh. so, uncle jaga lah diri uncle elok2 kat sana yee...! saya akan senantiasa merindui uncle sampai bila2. saya takkan lupakan uncle. ucncle pom jgn laa lupa kan saya yekk!! MISS U SO MUCH uncle!!!"

berikut adalah gambar kami bersama uncle semasa posting di SEM 1.