Sunday, May 10, 2009

Syurga dihari Ibu


ibu adalah seorang insan yang amat mulia di sisi seorang anak. ibu bagaikan malaikat yang menemani kita selalu sewaktu kita susah dan senang dan sewaktu kita baik atau jahat. Busuk, jahat, nakal, buruk, hina dan cacat macam mana keadaan kita pom.. hanya seorang ibu yang ada di sisi kita yang menemani tanpa rasa benci dan bosan.. bahkan di simbahi pula dengan rasa kasih sayang dan belas kasihan.. ibu adalah seorang insan yang amat mulia di sisi Allah.....




Puan Samsiah Bt Mat Deris...

seorang ibu yang membesarkan 4 orang anaknya..
Mohd Iqman Bin Iberahim
Mohd Haqimi Bin Iberahim
Mohd Iqbar Bin Iberahim
Mohd Syaqil Bi Iberahim

kami kehilangan ayah sejak tahun 1999, dengan berbekalkan meniaga nasik lemak di tepi jalan.. ibu kami menyara dan membesarkan kami dengan kudrat dan keringat yang tidak mengenal erti putus asa dan rasa bosan.. mungkin di sudut sanubarinya berkata.. apa2 pom terjadi aku perlu membesarkan anak2 aku nie...

aku antara yang paling sulung, sedang menuntut di sebuah pengajian swasta di Koleh MAHSA. adik aku yg kedua sedang bekerja, adik aku yang ketiga UITM Johor dan adik aku yg keempat MRSM Kelantan. bayangkan berapa tahun lagi untuk dia menyara kami yang masih lagi 'menyusu' meminta bantuan utk melanjutkan pelajaran..

aku sangat kesian kat ibu aku yg hari2 bangun pagi untuk menjual nasik lemak kerana ingin mencari sesuap nafkah utk membesarkan anak2 nya.. aku kadang2 tertanya2.. bila laa mak aku nak senang-lenang, duduk bersahaja dan memakan hasil dari anaknya pula.. aku slalu berdoa supaya kami adik beradik dapat membalas seluruh keringat, kudratnya dan hasil titik peluhnya yg sedang ditoreh hari ini dan untuk kami balas suatu hari nanti sebelum ibu kami memelapkan matanya untuk selama-lamanya.. ya Allah Kau panjangkan lah umur ibu kami dan murahkanlah rezekinya...

mak...
mak bersabar yee..
Insya Allah.. suatu hari nanti kami akan balas seluruh jasa2 mak..
setiap usaha dan susah payah mak akan kami cuba balas suatu hari nanti..
kami mengharapkan kesabaran dan keikhlasan mak dalam menjalankan tanggungjawab mak mendidik dan membesarkan kami...
kami sedar.. dan kami tahu.. kami banyak menyusahkan dan menyaki hati mak..
tolong maafkan kami.. kami masih mentah dan tak tahu ape2.
kami mengharapkan doa, restu dan berkat dari setiap kata2 mak...
ampon kan dosa kami mak..

Ya Allah.. sekiranya ibu aku ada melakukan kesalahan kepada Mu.. Kau ampun kan lah.. dan kau bebankan lah dosa ibu ku keatas beban ku Ya Allah. semoga perjalanan ibu ku untuk memasuki Syurga Mu dengan mudah Ya Allah.. Kau permudahkan urusan hidup ibu ku. kau berikanlah segala kemewahan dan kesenagan kepada ibu ku Ya Allah. amin.