Monday, October 19, 2009

part time at Guess Kid

huhu! aku dapat cuti 3 minggu. aku mintak part time kat isetan klcc, waaa.. lettih bangat. dan nak ceritakan pengalaman dia dalam nie.. sangat banyak ar.. aku letih nak menaip.. any way.. aku citer skit ar.. erm.. aku kenal ngan kak ina nie sebagai permenant aku.. then.. dia sangat baik.. seronok kerja ngan dia..

Wednesday, October 14, 2009

Final Exam

tak di aku ada exam.. huhu! ini hari terakhir.. pas tu esok ada OSCE. OSCE nie adalah peperiksaan praktikal yg perlu dilaku kan..

pasal exam takdi.. nasib baik ar si muqri nie bagi tiru kertas jawapan dia 3 hari berturut2 selama exam berlangsung.. kalau tak.. tak taw nak buat ape..

aku tak ada feel ar nak study.. tak tau ar.. adesss.. aku dengar member aku cerita.. awek dia bangun sampai pukul 3-4 pagi utk study.. WTF.. aku panling sayang nak bagun 3-4 pagi.. tido lagi syokk..

pas tu.. aku tengok member2 aku semua nyer... nampak agak bodow.. tapi asas kepada nursing mereka hafal.. aku tak tau ar.. macam mana nak masuk kan mood blaja.. adesss... takkan nak meniru sampai bila2 kan?

esok aku ada OSCE.. aku tak kisah.. sebab OSCE nie aku da blatih kat hospital hari tu.. lagi pom lecture yg amik markah tu pom kadang2 leh bagi markah lulus...

thx GOD aku sampai ke tahap nie.. harap2 esok OSCE aku dapat yg lecture yg best2 ar... isk.. risau gak ar...! isk...!!

susah ar nak blaja.. nak amik feel n mood! huhuh! sapa boleh bantu?

Tuesday, October 6, 2009

aku manusia



YANG sangat lemah dan tidak mampu menghadapi ujian-ujian yg telah Kau turunkan utk aku. Akan tetapi aku cuba sedaya upaya yangg termampu utk aku menghadapi segala ujian. Kau kuatkan lah hati aku, jiwa aku, keimanan aku, ketaqwaan aku, zahir ku, batin ku, roh dan jasmani ku. sesungguhnya syaitan yang Kau cipta beserta dengan askar hawa nafsu nya itu, memang sesuatu ciptaan yang hebat dan bijak dalam menghasut manusia walau dengan apa cara sekalipun. hari2 aku mendoakan supaya dijauhkan dari hasutan serta bisikkan dari musuh ketat aku. akan tetapi musuh ketat ini jugalah yang merangkap sahabat karib ku. kadang2 aku berlari2 mencari sinar Mu wahai Tuhan. Dimana sinar yang pernah aku lihat dulu? kemana hilangnya? aku hanya dapat melihat sinar Mu sahaja dan bercita2 untuk bekejaran kesana. Akan tetapi jalanan yang aku lalui untuk menggapai cahaya sinar tersebut sungguh kelam, busuk dan berduri tetapi dindingnya dihiasi pula dengan hiasan-hiasan yang indah semata-mata untuk mengaburi dan menukarkan jiwa matlamat aku untuk membatalkan niat bekejaran sesuatu yang jauh disana. Aku yakin hiasan dinding yang indah-indah itu adalah hasil nukilan dan seni syaitan dan hawa nafsu semata-mata. Aku buta kini wahai Tuhan. Kirimkan aku serpihan cahaya Mu buat aku untuk penyuluh menerangi jalan ini. Kalau tidak disebabkan aku yang melalui jalanan yang kelam ini, pasti mudah perjalanan kini aku untuk bersama-sama menemui Mu suatu hari nanti. Wahai Tuhan yang mempengaruhi seluruh alam juga Maha Pentadbir Galaksi, apapun ujian dan dugaan yang Kau turunkan kepada ku akan ku cuba sedaya upaya yang mungkin bersama dengan pertolongan Mu wahai Tuhan manusia. Tolong aku wahai Tuhan, Tolong aku.... Aku sangat mencintai Mu dengan seluruh yang ada pada Mu. Sangat cinta...

*sesungguhnya syaitan adalah musuh kamu yang nyata.