Friday, July 29, 2011

BANGUN DAN BANGKITLAH WAHAI ANAK MUDA DARI MIMPIMU

Wahai Sahabatku,

Malaysia Tanah Air ku,

Aku dilahirkan oleh seorang Ibu yang cukup dedikasi,

Ayah bekerja membanting tulang demi sekelumit rezeki halal,

Kecilku diasuh dibela dengan kasih sayang,

Ibu pasakkan dalam sanubariku,

Secebis kebenaran yang bermakna dan mulia,


Berkata benar... perilaku benar... berani kerana benar....


Ibu melarangku dari mengusik adik,

Ayah memarahiku sekiranya daku mengaambil barang orang lain,

Itu adalah perbuatan fitrah yang dilakukan oleh kesemua ibubapa,


Tapi.......


Dewasa ku melihat dunia,

Pelik dan pelik sangat....

Mengapa.. mengapa... mengapa...

Dunia yang ku hidup hari ini

Amat berbeza dengan didikan yang aku terima dari kecil.


Wahai kawanku,

Sesungguhnya Malaysia ku hari ini diselaputi dengan selaput kezaliman,

Rakyat jelata dihamparkan dengan derita disebalik cerita gembira,

Jangan banyak bicara pada yang zalim berkuasa,

Kelak kau jua akan terima padahnya.


Wahai saudaraku,

Kau bersuara.... di penjara,

Kau berhimpun.... di kepong,

Kau mengadu... dianggap fitnah,

Kau kematian... di persalahkan jenazah mu.


Oh kawan...

Aku bingung sangat, tidak mengerti dan keliru,

Apakah yang akan terjadi akhirnya nanti...

Pemimpin rasuah – diberi KEBEBASAN

Penguasa ganas – diucapnya SYABAS

Pendekar pak turut – sekalung TANIAH


Kawan-kawan ku sekalian...

Bimbang... risau... takut...

Bermain di dalam pemikiranku

Apa akan terjadi untuk generasi remaja akan datang,

Sekiranya generasi remaja ku kini tidur membisu?


Kalau rakyat bersuara dianggap suaranya haram,

Menuntut kebenaran dicerca disetiap sudut media massa,

Pemerintah menggunakan kuasa bertindak kejam kepada yg bersuara,

Aduhai Malaysiaku kini.....


Ya Allah,

Zahirkanlah kebenaran dari Mu,

Kejutkan generasi muda ku dari kealpaan mereka,

Bangkitkan semangat mereka cintakan Islam dan kebenaran,

Supaya mereka mensia-siakan tenaga dan ilmu mereka ke jalan Mu Ya Allah.


Ayuh tenaga remaja, belia dan pemuda,

BANGKIT, KENTAL GENGGAM dan MELANGKAH

Halau segala kezaliman yang bertakhta kini,

Kembalikan cahaya Islam di Malaysia ini,

Selerakkanlah segala kerajaan yang membelakangi kedaulatan Islam Mu,

Yang meratah nikmat dunia Mu dengan RASUAH, MENIPU dan ZALIM,

Dek mengekali sedikit.. mungkin secebis kuasa yang dikurniakan.


Aku akan berdiri dan terus berkarya mengukir kebenaran,

Sehingga maut menjemput aku untuk menamatkan segalanya. Ayuh!!!


Nukilan : Remaja Sedar Bangkit (RSB).

Wednesday, July 13, 2011

BERSIH 2.0



pengalaman terkene gas pemedih mata adalah sesuatu yg ditunggu sejak Bersih 1.0 lagi.. hahah! seronok bila dapat bermain kejar-kejar dengan polis. kepada kawan2 yg tak pernah join perhimpunan bersih.. saya nak mengajak utk join.. tapi tak taw laa ada ker tak perhimpunan bersih 3.0 kalau laa PR memerintah... mungkin tak ada kot tuntutan bersih.. lagi pon takkan UMNO plak nak buat perhimpunan... kalau mereka buat bermakna 'jilat ludah sendiri" laaa... hahaha!

KEMPEN
semasa dalam tempoh menunggu 9 julai, aku menggunakan FB aku sebagai senjata untuk memeranggi golongan yg konon nya tidak berpihak, atas pagar dan tidak menyokong mana2 pihak dan juga golongan UMNO. musuh aku yg nyata giler ar. hahah! kalakar pon ada. macam2 gaya org nak menegakkan alasan atau hujah masing2. bagi aku.. FB bukan ruang sesuai utk berhujah atau berdebat, kerana berdebat ini memerlukan suara dan lidah utk berkata2.. ianya sebagai hanya penulisan sahaja... sebab tu aku malas layan kalau ada pencacai najis UMNO yang ajak aku utk berdebat.. aku balas 'UMNO HANJING" jeee... puas skit hati aku :)

BERDEBAT
adakala aku berdebat dengan kawan2 kat padang dimana aku selalu bermain bola... simple sahaja.. kalau kerajaan yg telus adil dan berwibawa.. dia akan menilai dan melihat sejauh mana keberkesanan 8 tuntutan bersih. simple. tak ade rakyat nak marah. nie lagi mau sekat.. selagi mau sekat, selagi tu laa makin nak meletop!

KESIMPULAN
aku suker bila berbicara dengan teman yg membangkang, sebab melihat mereka sebagai orang yang bodoh dan pak turut.. kesian pon adee... adesss... sampai bila nak kene tipu beb! adesss.. bangun dan bangkit laaaaa...