Friday, July 31, 2009

baru aku sedar...

Yang umur aku dah nak masuk 24 thn pada 10 ogos nie... dalam perancangan masa depan aku, aku rancang yg aku akan kawin bila menjelang umur 25 thn.. nak ikut sunnah nabi hajatnyer. tapi.. aku masih disini.... aku masih tak nampak yg aku akan berkawin pada usia 25 thn. tapi aku akan berusaha kearah itu.. matlamat utama aku, habiskan belajar dan terus mencari kerja, after that, kawin... hahah simple kan?

tapi.. kawin nie dia nak kene ada seorang wanita, sapa kah wanita itu? aku pom tak tau sapa.. aku tak reti la nak cari wanita dalam hidup nie.. aku boleh carik, tapi ada ker yg nak laki macam aku nie? seriusly aku teringin gak nak rasa bercinta. bercinta, rindu merindui... macam mana kawan2 aku yg lain. huhu! dan aku rasa, kini adalah masa yg sesuai utk aku mencari pasangan hidup. dan ini la juga masa yg sesuai untuk aku mencari cinta..

hahaha! kalau tak dapat gak.. aku terpaksa berserah kepada mak aku laa... aku taw, setiap pilihan mak aku adalah yg terbaik.. walaupom di mata korank nampak buruk, sekiranya ia adalah pilihan mak aku.. ia adalah yg terbaik... mak aku pom tahu aku nak taste yg macam mana.. ala menantu dia gak kan nanti... leh jadik geng bila dok kat dapur nanti.. hahahah... kene jual nasik lemak laa bakal bini aku nie.. :p tak ade ar.. jgn risau.. aku takkan sruh korank jual nasik lemak ar... risau sangat!!!

aku akan amik pengalaman dari kawan2 aku yg telah bercinta.. dari yg lepas2.. dan aku takkan ulangi kesilapan yg mereka telah buat dihadapan aku.. banyak yg aku blaja dari kawan2 aku yg telah bercinta.. aku memerhatikan, aku menghitungkan dan aku membuat kesimpulan dari apa yg mereka alami dari bercinta.. aku akan cuba pastikan.. AKU TAKKAN ULANGI KESILAPAN. ini kerana aku ada prinsip sendiri dalam bercinta. aku ada skop perjalanan sendiri dalam bercinta. hahaah!

inspirasi dan idea aku untuk persediaan berkawin ini datangnya dari Ustat kesayangan aku sendiri, Ust Manaf.. huhu! dia yg sruh aku bersedia untuk berkawin... huhu! aku pon baru sedar bila dia sebut umur aku dah 24 thn.. sebab selama nie aku asyik ingat umur aku 20 thn! hahah!! sok2 muda plak..!

"Ya Allah, kurniakan aku seorang bidadari yg akan memimpin aku untuk menuju Syurga Mu Ya Allah... kurniakanlah aku permaisuri yg akan melahirkan generasi yg sanggup mati syahid di jalan Mu Ya Allah... dan kurniakan aku sorang teman yg akan mewakafkan dirinya untuk Agama Mu Ya Allah..."









sekian...

Sunday, July 26, 2009

Bersantai di Bagan Lalang..

perjalanan yg ringkas pada malam minggu 25 dan 26 julai amat seronok sekali, segala perjalanan dan tangunggan kos di sponser penuh oleh MTD gombak setia yg diketuai oleh ustat manaf,

bertolak perjalanan pada pukul 1.45 pagi gak ar, bermula dari cheras, bandar seri permaisuri, selepas makan besar.. huhuh!!! dan sampai di bagan lalang dalam pukul 3.30 pagi laa.. empat bijik kete.. kete nuar, fad, wan dan kete hafiz.

sampai jerk kat sana.. terus main bola. tak banyak cakap. memamng seronok giler main bola.. hahah! kene tipu, kene ole, kene gelecek dan macam2 lagi.. dan kami rehat seketika untuk menunggu 2nd half.. tiba2 angain bertiup kencang seperti ribut datang menyerang kami... dan kami terasa agak cuak dan gelabah.. yer ar.. takut ribut atau tsunami.. hahah! akan tetapi.. kami di tenteramkan oleh ustat yg kaya dengan pelbagai bacaan Quran.. hahahah! dan last skali.. rupa2nya.. angin kuat itu adalah petanda untuk hujan...

dengan itu, kami pom berangkat laa cari tempat utk berteduh.. cari2 punya cari.. tak jumpe.. last skali balik ar kita orang... dalam on the way balik tu kami cari masjid utk menunaikan solat subuh... kami subuh berjemaah bersama.. dan mengadakan usrah kecil untuk perbincangan yang kecil..

walaupun ringkas dan banyak program yg tergendala.. kami rasa sangat seronok. seronok giler.. hahah! huru-hara sana sini... huhuhuh...

antara mereka yang ikut adalah :
  • Ustat Manaf
  • Iqman
  • Nuar
  • Yus
  • Ejal
  • Wan
  • Black
  • Aris
  • Fad
  • Kechik
  • Appul
  • Hend
  • Benjo
  • Hafizudin


Thursday, July 23, 2009

terima kasih kawan2


kerana jasa korank yg amat besar yg membuat aku amat terharu sangat2. janji ngan aku yg korank kawan aku sampai mati yeee...

terima kasih kerana sudi habiskan duit, masa, kenderaan, waktu bekerja dan macam2 lagi kerana untuk membebaskan aku aku.

kepada :
  • FATIMA & MAMAnya
  • YUS
  • USRA
  • NUAR
  • FAD
  • KECHIK
  • dan mereka yg terlibat secara langsung...
dalam proses penarikkan semula report polis sekali gus pembebasan aku.. aku sangat bersyukur.. aku ingatkan korank tak buat ape2 kat luar. aku ingat korank buat bodo bila aku kat sana. aku ingat korank tak tahu pasal aku kat sana. rupa2 nya korank laa diantara orang yg paling berkeja keras utk semua nie.. thx alot all my freenn! aku tak sanggup dan tak mampu nak balas segala jasa korank. aku hanya berharap dan bermohon Allah membelas segala jasa yg korank korbankan utk aku. Jutaan terima kasih siot. sangat terima kasih...

kalau kita berada disituasi yg sama mungkin keadaan yg berbeza.. aku juga akan korban kan segalanya seperti mana yg korank buat kat aku... Insya Allah.. kalau sebab nyer munasabah laa kan...


tak lupa kepada keluarga masing2 yg senantiasa berdoa dan merindui aku.. mekasih mak.. mekasih banyak2.. mak adalah segala2 nya...!!

shout award

shout award.. best giler... waaa.. menjerit2 macam orang giler.. jumpe pelbagai jenis artis dalam dan luar negara.. huhu! nanti ikuti gambar yg akan ku paparkan...

yang join aku, haiqal, manan, along... hahah tu jerk budak greenwood yg aku kenal. dari pukul 6.00ptg sampai laahh pukul 12 tgh malam. huhuhu! nie semua ajakkan haiqal laa nie.. aku kene pegi..! :P

Friday, July 10, 2009

perangkap cinta

Cinta ini adalah nikmat yg diberikan oleh Allah kepada setiap hambanya, sedangkan binatang dan pokok bakau dan bukit bukau semuanyer mendapat merasai nikmat cinta dan kasih sayang ini. betapa besarnyer skop nikmat cinta yg di reka hebat oleh pencipta alam ini.

Merujuk kepada diri saya sendiri, kenapa kita lalai dan leka dengan nikmat cinta ini? ya, saya akui, cinta ini sangat indah, seronok, hebat, bahagia dan segala2nya yg hebat ada dalam cinta. dan adalahnya manusia menganggap cinta ini neraka jahanam, cinta ini adalah celaka, cinta ini adalah punca kerosakkan dan punca segala kemusnahan.

Sesungguhnya, barang siapa yg mencintai makhluk manusia lebih dari Tuhannya.. nescaya cinta nya tidak kekal dan tidak selalu bahagia.. berlainan pula kepada mereka yg mencintai makhluk tetapi meletakkan dan menyandarkan cinta mereka kepada Allah. comform cinta mereka senantiasa bahagia dari dunia dan akhirat.

Bagaimana menyandarkan cinta kepada Allah?
*cinta yang senantiasa merujuk kepada Allah, dan meletakkan setiap perbuatan dan kelakuan ditakuti dengan amaran2 Allah.

Kenapa kita sayang sangat orang sampai tahap tanggungjawab dengan Allah terabai?
*caranya kita kena ingat bahawa orang yg kita sayang itu, cinta yg telah tersemai diantara berdua.. sesungguhnya telah disemai oleh baja syaitan. korank tak terfikir ker kenapa laa kita sayang sangat pasangan kita, padahal ramai lagi yang lebih baik dari dia kita boleh dapat? sesungguhnya.. ternyatalah bahawa cinta kalian telah dibajai oleh baja syaitan yang sukar untuk di basmi dengan mana2 racun melainkan solat dan zikir!!! semua itu kerja syaitan yg nak merosakkan anak adam dan mengajak kita semua join mereka masuk neraka..

Cinta adalah lumrah. dan pastikan ianya berjalan diatas landasan yang betul. ini kerana di setiap tepi landasan cinta ini ada pelbagai stesen hasutan yg mengajak kearah kemaksiatan. dan pastikan kita jangan terpedaya dengan helah yg telah dibisikkan di dalam hati kita. pastikan kita berhenti di stesen yg sepatutnya..!!! ini kerana ramai yg telah tewas sebelum sampai ke destinasi yang sepatutnya.

untuk pendapat aku sendiri, aku mengakui aku ada rasa ingin bercinta. dan aku meletakan prinsip haram bercinta sebelum kawin, aku cuba berpegang sehingga sekarang. dan kadang-kala, aku hampir mengadaikan prinsip yg telah aku perkukuhkan sejak umur belasan tahun lagi. Allhamdulillah dengan bekal zikir dan solat setiap hari, aku cuba sedikit demi sedikit menghakis rasa ingin couple dalam diri.

aku akui aku jelous tngok member2 semua ada pasangan masing2.. dan aku tak ada pasangan.. pelik kan? dah la muke hensem, pas tu ada motor LC plak tuh.. takkan tak ada awek.. ada yg cop aku GAY pom ade..! ye, aku akui juga.. tingkah laku aku seakan2 GAYdan lelaki lembut, tapi yg tahu apa yg tersirat dalam hati ini adalah pencipta diri aku sendiri, buat ape aku perlu bg taw korank apa yg ada dalam hati aku kan? dan aku gunakan kawan2 aku sebagai pengubat kesunyian dan kesendirian dalam diri selain menghayati nikmat cinta dengan agama Allah.

aku senantiasa berhati2 dengan perangkap cinta yang telah disediakan oleh syaitan sejak dalam syurga lagi sewaktu mula2 kejadian atuk adam dan nenek hawa kita lagi.

Tuesday, July 7, 2009

buat kawan bernama sahabat...

kawan adalah segala2nya buat aku, aku tanpa kawan.. macam bulan yg kehilangan bintang. bila kita menghargai seorang kawan. lain plak citer nyer. bila kita tak hargai.. lain plak citer nyer. apa2 pom kita mesti berpegang pada satu prinsip : kawan yg buat baik.. kita mesti jaga dengan baik.. kawan yg buat jahat.. kita buang dia jauh2.. itu lah prinsip aku. selain itu juga aku tak nak ada musuh dalam hidup aku. bagi aku.. musuh Allah adalah musuh aku, musuh aku juga adalah musuh Allah, so.. sesiapa yg nak bermusuhan dengan aku.. bermakna dia cuba nak bermusuhan dengan Allah... ini kerana musuh aku adalah syaitan dan juga yg memusuhi islam dari segi nyata atau berselingdung.. sebab aku tak nak bermusuhan dengan sapa2. aku cuba sedaya upaya menjaga dan memelihara hubungan dengan setiap kawan. aku sanggup korban segala2 nyer untuk setiap kawan rapat aku. masa aku, duit aku, harta aku dan segala2nya.. tanpa mengungkit sedikit pom.. ini kerana aku membayangkan.. setiap nikmat yg Allah turunkan untuk aku adalah untuk perkongsian dengan kawan2 aku.. so aku tak ada hak untuk mengungkit. setiap yg lepas adalah lepas.. cuma jaga setiap yg akan datang. aku takkan memutuskan hubungan dengan mana2 kawan melainkan dia yg sendiri ingain memutuskan hubungan kawan dengan aku. aku tak kisah.. kerana hubungan yg paling penting dalam hidup aku adalah hubungan aku dengan Tuhan aku iaitu Tuhan kau jugak.!!

aku beranggapan setiap kawan aku adalah hubungan seperti adik beradik, abang dan adik, adik dan kakak.. tak lebih dari itu,


aku tak kisah apa yg kawan aku buat dan lakukan dengan setiap apa yg dilakukan, sebab aku tau, hubungan kawan nie takkan kekal lama dan akan hilang.. so, aku cuba sedaya upaya untuk menghargai dan mempertahankan hubungan kawan sehingga ianya hilang atau mati di tengah jalan...

dan sekiranya kini ianya hilang atau putus hubungan.. aku bersyukur.. sebab aku dah buat segala2 nya sebagai seorang kawan, aku dah menjalankan tugas aku sebagai seorang kawan.. maafkan aku kalau selama ini aku menjadi seorang kawan yg penuh dengan kekurangan.

hidup ini masih panjang lagi.. masih banyak lagi perkara dan cita2 yang ingin di makbulkan, manfaatlah setiap apa yg ada dan lalu di hadapan kita sebaik2nya.. kerana setiap yg berlaku tidak akan kekal lama dan akan berubah2.. itulah sifat kepada duniawi.. bersedialah kita untuk menghadapi dunia yg bersifat kekal selamanya iaitu uhkrawi!! (akhirat)



mereka ini adalah kawan2 saya... comel kan mereka!!

Thursday, July 2, 2009

Transfomers 2 the best!!

rugilah barang siapa tak tengok citer nie...!!

maka al kisah...

hari tuh aku pegi tengok dah citer nie ngan kawan aku, nama dia wan GTI!, then sampai jer part mak bapak sam jadi tebusan, time2 tu ar black out kat KLCC, tak giler? huhu! pas tu dengan relexnya.. mereka halau.. "ok, KLCC mengalami ketiadaan elektrik, so, semua orang boleh keluar skang!!" huhu! nada relex yang tanpa rasa bersalah.. yg aku heran nyer.. tak ade orang plak yg buat tunjuk perasaan atau berdemonstrasi kat KLCC tuh! kalau ada.. aku lah orang yg paling bersemangat.. sebab bab2 tunjuk perasaan atau demonstrasi nie aku ada pengalaman.. masa join BERSIH dulu.. opss!!

kemudian, keluarlah aku dengan rasa hampa.. tapi dalam hati nie.. pelbagai jenis mencarut dah sebut.. huhuhu!! tak tau nak carut ape lagi da.. melainkan menggunakan mencarut dalam bahasa lain.. geram siot.. nak jee aku tambah2 kan carut tu kat sini.. arghh...

tapi cerita tu aku da tengok pada hari ini.. hahaha! kali nie aku tengok dengan wan dan yus.. hahah!! yus yg baru sihat dari denggi, balik hospital... terus gi tengok wayang...

ramai yg cakap.. asal tak return jerk tiket tuh.. aku jawab.. ntah.. tak tau.. tak terasa plak nak return.. huhuhU! apa2 pom aku nak bg taw.. citer nie best.. hahah!