Tuesday, July 7, 2009

buat kawan bernama sahabat...

kawan adalah segala2nya buat aku, aku tanpa kawan.. macam bulan yg kehilangan bintang. bila kita menghargai seorang kawan. lain plak citer nyer. bila kita tak hargai.. lain plak citer nyer. apa2 pom kita mesti berpegang pada satu prinsip : kawan yg buat baik.. kita mesti jaga dengan baik.. kawan yg buat jahat.. kita buang dia jauh2.. itu lah prinsip aku. selain itu juga aku tak nak ada musuh dalam hidup aku. bagi aku.. musuh Allah adalah musuh aku, musuh aku juga adalah musuh Allah, so.. sesiapa yg nak bermusuhan dengan aku.. bermakna dia cuba nak bermusuhan dengan Allah... ini kerana musuh aku adalah syaitan dan juga yg memusuhi islam dari segi nyata atau berselingdung.. sebab aku tak nak bermusuhan dengan sapa2. aku cuba sedaya upaya menjaga dan memelihara hubungan dengan setiap kawan. aku sanggup korban segala2 nyer untuk setiap kawan rapat aku. masa aku, duit aku, harta aku dan segala2nya.. tanpa mengungkit sedikit pom.. ini kerana aku membayangkan.. setiap nikmat yg Allah turunkan untuk aku adalah untuk perkongsian dengan kawan2 aku.. so aku tak ada hak untuk mengungkit. setiap yg lepas adalah lepas.. cuma jaga setiap yg akan datang. aku takkan memutuskan hubungan dengan mana2 kawan melainkan dia yg sendiri ingain memutuskan hubungan kawan dengan aku. aku tak kisah.. kerana hubungan yg paling penting dalam hidup aku adalah hubungan aku dengan Tuhan aku iaitu Tuhan kau jugak.!!

aku beranggapan setiap kawan aku adalah hubungan seperti adik beradik, abang dan adik, adik dan kakak.. tak lebih dari itu,


aku tak kisah apa yg kawan aku buat dan lakukan dengan setiap apa yg dilakukan, sebab aku tau, hubungan kawan nie takkan kekal lama dan akan hilang.. so, aku cuba sedaya upaya untuk menghargai dan mempertahankan hubungan kawan sehingga ianya hilang atau mati di tengah jalan...

dan sekiranya kini ianya hilang atau putus hubungan.. aku bersyukur.. sebab aku dah buat segala2 nya sebagai seorang kawan, aku dah menjalankan tugas aku sebagai seorang kawan.. maafkan aku kalau selama ini aku menjadi seorang kawan yg penuh dengan kekurangan.

hidup ini masih panjang lagi.. masih banyak lagi perkara dan cita2 yang ingin di makbulkan, manfaatlah setiap apa yg ada dan lalu di hadapan kita sebaik2nya.. kerana setiap yg berlaku tidak akan kekal lama dan akan berubah2.. itulah sifat kepada duniawi.. bersedialah kita untuk menghadapi dunia yg bersifat kekal selamanya iaitu uhkrawi!! (akhirat)



mereka ini adalah kawan2 saya... comel kan mereka!!

1 comment:

kritikan yg membina