Yang umur aku dah nak masuk 24 thn pada 10 ogos nie... dalam perancangan masa depan aku, aku rancang yg aku akan kawin bila menjelang umur 25 thn.. nak ikut sunnah nabi hajatnyer. tapi.. aku masih disini.... aku masih tak nampak yg aku akan berkawin pada usia 25 thn. tapi aku akan berusaha kearah itu.. matlamat utama aku, habiskan belajar dan terus mencari kerja, after that, kawin... hahah simple kan?
tapi.. kawin nie dia nak kene ada seorang wanita, sapa kah wanita itu? aku pom tak tau sapa.. aku tak reti la nak cari wanita dalam hidup nie.. aku boleh carik, tapi ada ker yg nak laki macam aku nie? seriusly aku teringin gak nak rasa bercinta. bercinta, rindu merindui... macam mana kawan2 aku yg lain. huhu! dan aku rasa, kini adalah masa yg sesuai utk aku mencari pasangan hidup. dan ini la juga masa yg sesuai untuk aku mencari cinta..
hahaha! kalau tak dapat gak.. aku terpaksa berserah kepada mak aku laa... aku taw, setiap pilihan mak aku adalah yg terbaik.. walaupom di mata korank nampak buruk, sekiranya ia adalah pilihan mak aku.. ia adalah yg terbaik... mak aku pom tahu aku nak taste yg macam mana.. ala menantu dia gak kan nanti... leh jadik geng bila dok kat dapur nanti.. hahahah... kene jual nasik lemak laa bakal bini aku nie.. :p tak ade ar.. jgn risau.. aku takkan sruh korank jual nasik lemak ar... risau sangat!!!
aku akan amik pengalaman dari kawan2 aku yg telah bercinta.. dari yg lepas2.. dan aku takkan ulangi kesilapan yg mereka telah buat dihadapan aku.. banyak yg aku blaja dari kawan2 aku yg telah bercinta.. aku memerhatikan, aku menghitungkan dan aku membuat kesimpulan dari apa yg mereka alami dari bercinta.. aku akan cuba pastikan.. AKU TAKKAN ULANGI KESILAPAN. ini kerana aku ada prinsip sendiri dalam bercinta. aku ada skop perjalanan sendiri dalam bercinta. hahaah!
inspirasi dan idea aku untuk persediaan berkawin ini datangnya dari Ustat kesayangan aku sendiri, Ust Manaf.. huhu! dia yg sruh aku bersedia untuk berkawin... huhu! aku pon baru sedar bila dia sebut umur aku dah 24 thn.. sebab selama nie aku asyik ingat umur aku 20 thn! hahah!! sok2 muda plak..!
"Ya Allah, kurniakan aku seorang bidadari yg akan memimpin aku untuk menuju Syurga Mu Ya Allah... kurniakanlah aku permaisuri yg akan melahirkan generasi yg sanggup mati syahid di jalan Mu Ya Allah... dan kurniakan aku sorang teman yg akan mewakafkan dirinya untuk Agama Mu Ya Allah..."
sekian...
NAK BORANG JADI AWEK U
ReplyDeleteHAHAHAHAA