Sunday, October 10, 2010

Elemen Sahabat dan Kekasih...




Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang....

Setiap yang sedang membaca blog saya ini, pasti mempunyai seorang sahabat dan seorang kekasih. Hampir setiap orang di dunia ini mesti mempunyai elemen sahabat dan kekasih. Elemen ini juga selalu diterapkan didalam pelbagai filem dan cerita-cerita yang kita selalu tengok kat TV. Samaada dalam novel mahupun pengalaman hidup sendiri. Elemen sahabat dan kekasih telah menjadi slot kewajipan dan keperluan dalam kehidupan. Sebagai contoh kita ambil dalam pengalaman hidup para pembaca blog ini. Apakah yang kita rasai apabila kita kehilangan sahabat atau kekasih?? Bagi saya, kedua-duanya amat penting seolah-olah mereka berdua adalah nyawa kepada kehidupan. Itu adalah pendapat saya. Mungkin diantara para pembaca blog ini mempunyai pendapat yang berbeza. "ELEMEN SAHABAT DAN KEKASIH ADALAH KEPERLUAN DALAM HIDUP"


Sudah menjadi lumrah dan fitrah kepada kehidupan kita sebagai manusia bahawa kehadiran sahabat dan kekasih ini sesuatu yang perlu dipenuhi dalam jadual hidup kita ini. Contoh yang paling agung saya cungkilkan disini ialah Nabi Muhammad SAW kita sendiri, bagaimana beliau menghomati dan menjaga pertalian persahabatan itu sehingga ketitisan nafas yang terakhir. Begitu juga kita lihat cinta agung Nabi dengan Siti Khadijah. Jikalau kita lihat semula sejarah ketika nabi mula-mula dilantik menjadi Rasullullah. Sewaktu nabi menyorokkan diri di gua hirak`, beliau ditemani oleh rakan karibnya Abu Bakar As-Sidiq. Abu Bakar senantiasa menemani dan menjaga Rasullulah ketika berada didalam gua tersebut. Dan setelah mendapat wahyu yang pertama, baginda pulang kerumah dalam keadaan yang takut dan menggigil. Siapakah yang menenangkan Rasulullah kalau bukan Siti Khadijah? Dengan kisah tersebut, sekiranya elemen sahabat dan kekasih tidak diterapkan dalam kisah hidup baginda, apa yang akan terjadi di gua hirak' tanpa bantuan dan teman Abu Bakar? apa yang akan terjadi sekiranya Rasulullah tidak ditenangkan oleh Siti Khadijah, isteri tersayang beliau. Mungkin Rasulullah merasakan kesepian. Disebabkan itulah Allah mengurniakan elemen sahabat dan kekasih dalam hidup Rasulullah

Saya cuba selitkan tajuk "elemen sahabat dan kekasih" ini dengan cerita perlantikan Nabi menjadi Rasulullah ini, kerana ingain menegtengahkan soal lumrah dalam kehidupan. Walaupun nabi itu adalah orang yang paling rapat dengan Allah dan sekalian makhluk ghaibnya, elemen sahabat dan kekasih tetap perlu dalam setiap kehidupan manusia. Adalah tidak normal bagi saya sekiranya seseorang itu tidak mempunyai sahabat atau kekasih.



Akan tetapi ada juga diantara kisah hidup yang selalu kita dengar bahawa sahabat dan kekasih kita saling berselisihan faham dan bergaduh. Ini yang merumitkan kita yang menjadi sebagai orang tengah. Ibarat "ditelan mati mak, diluak mati bapak". Sedangkan kita sayang akan kedua-dua pertalian ini. Apa yang perlu anda lakukan, adalah cuba memberi penerangan dan nasihat supaya jangan menyeksakan lagi keadaan. Sebagai seorang sahabat dan kekasih, mereka perlu faham akan perasaan anda ketika itu dan mungkin akan cuba mengalah dan beralah. Dan kepada sahabat dan kekasih yang tidak faham akan terus memberi tekanan dan ugutan kepada anda. Maka itu dah menunjukkan jawapan kepada pemilihan yang perlu anda lakukan. Percayalah sahabat dan kekasih yang baik adalah seseorang yang sangat faham keadaan dan keperluan anda dan senantiasa beralah demi tidak mahu melihat anda dalam keadaan susah dan tertekan mahupun kecewa.

Ingatlah, hargailah setiap perhubungan itu. Kerana setiap perhubungan yang halal lagi baik di sisi Allah adalah berkat dan senantiasa dilimpahkan rahmat Nya. Ikhlaslah dalam perhubungan dan jauhi dari pergaduhan mahupun pertelingkaran. Kerana setiap yang bertemu dan berpisah kerana Allah itu adalah sesuatu perhubungan yang kekal abadi selamanya dijaga oleh Allah hingga munculnya Hari Kiamat. Dan kita boleh menikmati syurga yang indah itu bersama-sama kawan-kawan kita dan juga isteri-isteri kita. Apa-apa perkara buruk yang telah berlaku atau di ganggu oleh anasir luar, anggaplah itu fitnah dari syaitan samaada berupa manusia ataupun hasutan. kerana Syaitan senantiasa merasakan dengki dengan setiap perhubungan yang baik dan ikhlas, lagi-lagi kalau perhubungan tersebut adalah perhubungan yang selalu mengingati Allah. Maka hasutannya adalah lebih hebat dan mantap. Janganlah mudah kau terpedaya.

Oleh itu, sekian dari saya sebagai pemilik blog ini yang hanya cuma merasa ingin berkongsi pendapat dan pengalaman sahaja. kerana setiap yang kurang itu tetap datang dari dalam diri saya sendiri yang perlu diperbaiki. saya harap anda semua terhibur dengan penulisan saya... ^_^


waseyyyy!! serius siot aku tulis blog nie... hahahah!! da macam nak masuk dalam surat khabar plak... huhuhu!! letih nak kene jaga titik, koman dan huruf besar... hahahahah! apa2 pon aku hanya mengkarya dari jiwa aku sendiri... ikhlas taw!! ^_^

Saturday, October 9, 2010

muhasabah diri...

saya berminat untuk memuhasabah diri saya dengans sepotong hadis ini :

Abi Abbas r.a telah berkata: Rasulullah s.a.w telah bersabda: Sesiapa yang menyebabkan kemurkaan Allah kerana hendak mencari keredaan manusia, Allah akan memurkainya dan Allah akan menjadikan setiap yang diredainya itu benci terhadapnya. Da...n orang yang mencari keredhaan Allah, walaupun dibenci oleh manusia nescaya Allah akan meredainya dan menjadikan setiap yang membencinya itu redha terhadapnya sehingga keredaan Allah itu menghiasi dirinya, percakapannya dan amalannya, nescaya ia mendapat perhatian Allah.

(Diriwayatkan oleh al-Tabrani)



"seburuk-buruk perkataan adalah mengikut hawa nafsu dgn membuat andaian merasakan diri rasa hebat.."

Dengan itu setiap perkataan, perselisihan dan pergaduhan yang berlaku seelok-eloknya kembalilah kepada Alquran dan AlHadis... dan jangan lah mudah untuk membuat andaian sendiri yang adakalanya berdasarkan dari buah mulut sahaja.. carilah dan buktikan setiap perbuatan itu dengan nas-nas dari Allah.. kerana setiap yang terjadi itu adalah takdir yang telah diatur oleh NYA.... kembalilah pada tali Allah.. bertaut dengan kuat... kuat sehingga sukar untuk jatuh... dan sekiranya tangan ini tidak kuat utk bertaut.. mintalah bantuan... jangan lahh berbodoh sombong... kerana itu adalah perangkap dari syaitan....

kepahitan, kesusahan, kekecewaan, gundah gulana, kepayahan dan keperitan yang kadang-kadang susah untuk kita telan hari ini, yang kadang-kadang sampai nak termuntah laa.. tapi di telan juga.. sebenarnya memberi khasiat, vitamin dan menjadikan badan kita kuat dan sihat untuk hari esok dan kadang-kadang untuk selamanya...

Setiap ujian yang Allah turunkan hari ini.. hadapilah dengan sabar, tenang dan ikhlas.. sebab Allah nak bagi sesuatu yg seronok diluar jangkaan kita pada hari esok... bersangka baiklah kamu dengan ujian Allah....

Thursday, October 7, 2010

Jadual Final Exam

NAME : MOHD IQMAN BIN IBERAHIM
MATRIC NO : NUR/DP/08-2/0117
PROGRAM : DIPLOMA IN NURSING


08/10/2010

Musculoskeletal & Geriatric Nursing
10:30 am - 11:30 am

11/10/2010
Neurological, Endocrine & Mammary Glands
09:30 am - 10:30 am

12/10/2010
Ophthalmologic & Otorhinolaryngological
09:30 am - 10:30 am

12/10/2010
OSCE (Pen & Paper)
10:40 am - 10:50 am

13/10/2010
OSCE (Practical)
09:00 am ----

14/10/2010
Malaysian Studies
12:00 pm - 01:00 pm

good luck
selamat berjaya...
ingatlah orang yang tersayang
buat sehabis sedap!!!
lakukan yang terbaik...
baca buku banyak2..
ok??

perjumpaan sekian lama berpisah...

pada tanggal 2 oktober 2010.. bekas skolah SMUDA tahun 1998.. telah mengadakan perjumpaan reunion sambil buat majlis sambutan hari raya.... untuk kali keduanyer aku join reunion tersebut... huhuhu!! seronok bagai nak giler... aku seronok sangat bila dapat jumpe kawan2 yg masa kat skolah dulu.. kawan yang gile2.. hahahah!!

lagi ngan azing.. hahah! kawan gusti masa dalam dorm dulu... heheh! erin buniran yang perot nyer makin membesar... mizi ikang skang nie dah nak jadi loyer syariah... hafiz ahmad dan ramai lagi laaa... kepada yg baca blog nie.. mesti dapat rasakan kalau kita da lama tak jumpa kawan2 skolah dulu kan?? seronok bangat... hahahah!!

then aku jumpe ngan muiz hambal.... kawan aku satu dorm yang ajar aku bukan2 dengan kawan baiknyer en zaini al-fauzi... hahah! kalau aku dapat jumpe muiz dan fauzi nie.. mesti lagi havoc majlis tuh...

majlis tu start pukul 12 tgh hari dan akan habis pada 4 petang.. aku datang awal tuh... tak sabar punya nak jumpe kawan2.. hahah! dan pukul 4 tu sepatutnyer kami da balik.. tapi kami masih tak nak balik lagi sampai laa pukul 5 ptg.. adess... makne nyer.. rasa rindu tu belum terlepas lagi... adoiyai.. kalau lah reunion nie buat kat pulau melaka.. waaaaa lagi best kott.... heheheh! dapat tengok telaga yg kita orang mandi2 dulu masa asrama tak ada air.. tempat main bola.. rumah tuan guru... waaa.. rindu setiap kuliah nyer... adesss...

harap2 pada masa akan datang.. mereka akan buat reunion tuh kat kelantan.. atau kat pulau melaka trussssss.... terubat gak rindu... leh jumpe semua ust2 yang masih mengajar kat sana... macam mana laa keadaan skolah skang... macam mana laa keadaan kelas yang pernah kami duduk dulu... masjid dan juga orang kampung... adessss.....!!!

apa2 pon.. pengalaman masa kat skolah agama dulu sangat best dan luar biasa.. lagi2 masa kat dorm lepas abis kelas malam tuh... huhuh masa tuh laa ada yang sebok nak carik makan laa.. ada yang dok sebok paw makanan laaa, ada jugak yg sedang sebok dok menjual makanan.. hahahah!! ada yang da tido.. ada yang bergusti dan ada jugak senior2 sebok dok cerita pasal cerita hantu.. adesssss.... pengalaman pahit yg kat asrama tu.. semua da jadi manis... adoiiii!! hilangkan laa rindu ini....!!

kepada semua rakan2 SMUDA yang mengenali saya.. sesungguh nyer.. saya sangat rindukan kamu semua... tolong laaa kita kumpul semula... dah kekalkan persahabatan ini sampai bila2.. ok??

bertemu dan berpisah kerana Allah... TAKBIRRR!!!

Tuesday, October 5, 2010

kenangan terindah

hari-hari yang aku lalui adalah hari yang sangat sukar utk aku lalui.. penuh dengan duri dan semak yang kadang kala mengganggu perjalanan ini... aku merasakan sangat asing di bumi sendiri... padahal inilah yang aku ingin kan... kenapa amat sukar utk mereka menerima aku seadanya??

aku teruskan perjalanan hidup aku sambil menggalas segala buku2 ilmu yang ditimba di kampung sebelah.. aku bawak bersama.. tidak lupa juga dipoket ku.. aku sematkan segala peta pengalaman dan tunjuk ajar supaya tidak sesat dalam menongkah arus perjalanan yang kian menyusur susah ini....

Allah.. Allah.. Allah... itulah perkataan aku inagt ketika aku susah dan berdukacita. Rumah Allah juga adalah destinasi sementara buat aku singgah ketika aku memerlukan sahaja. Kenapa aku berperilaku sebegitu?? aku cuba kikis tabiat buruk itu... aku cuba.. cuba dan cuba hingga kini.. apa yg aku dapat sekarang bukan lah suatu kepuasan.... dan aku tidak akan puas sampai bila-bila.

bantulah aku Allah...

kembalikan....

sapa kat sini yang sedang membaca blog aku ada kawan baik?? kawan yg sangat dia sayang, kawan yang sangat di hargai?? apa perasaan anda kalau anda atau kawan anda merajuk?? apa tindakkan anda??. saya fikirkan mungkin merajuk ini akan bertahan hanya 2-3 jam atau 2-3 hari?? tak sanggka sampai 2-3 bulan dan takut2 sampai 2-3 tahun....

dengan kawan baik aku nie... aku tak paham.. kenapa dia sangat tak suka ngan aku.. aku cuba utk minta berbincang dengan nya.. tapi gagal mencapai perbincangan tersebut... aduh... susah nyer nak dapatkan kembali kawan baik aku... tak pe laa.. walau dia benci aku, walau dia tak suke aku, apa pom dia tak puan hati ngan aku dan apa dosa dia ngan aku. aku tetap anggap dia sebagai kawan baik aku sampai bila2.. sampai aku mati.. itu adalah prinsip aku.. dan kalau aku ada salah ngan dia.. tolong laa maafkan aku... aku mengaku mmg banyak giler salah aku ngan dia...

setiap hari... aku harapkan dapat bercakap ngan dia.. lepak ngan dia... berborak ngan dia.. cerita masalah ngan dia... kongsi pendapat ngan dia.. bertekak ngan dia.. berdebat ngan dia... kongsi fesyen ngan dia... dan juga kongsi rahsia ngan dia... huhu! dah macam pak we mak we kan?? itu laa sebenar nyer kawan sejati dan kawan baik.. bukan nyer macam setengah orang tu.. kawan nie di buat sebagai persinggahan.. time susah jee rapat... dah senang hilang...~

kalau laa aku dapat anak lelaki nanti... aku nak abadikan nama kawan baik aku kat nama anak aku nanti... hahaha!! ok tak? sebab perkara ini pernah dilakukan oleh cikgu aku sendiri.. di letakkan nama anak dia tu adalah nama kawan baik dia.. hahahah!! kalau ada rezeki anak lelaki.. hahah!

aku dan lupakan semua segala everything perselisihan faham. aku harap dia tak simpan masalah nie tak lama.. sebab takut ada orang yang benci kat aku nie akan amik kesempatan utk menabur lebih arang api utk menimarakkan lagi api permusuhan ini... mesti ada! kalau orang lain benci kat aku, tak suka ngan perangai aku, dan tak puas hati ngan aku, tak puas hati ngan percakapan aku... GI MAMPOS... itu dia punya hal.. gua tak nak masuk campur... asalkan lu jgn usik gua ok...! hahaha!

arghhh.. ape yg aku dan mencarut dan mengarut nie... kepada tuan2 dan puan2 yg mebaca blog ini... saya cuma nak jelaskan... saya rindu kawan baik saya... itu jee.. biarlah dia terus tak suke ngan saya...

ok bye...!! maaf mengarut lebih...

"Ya Allah.. sesungguhnya.. aku amat rindukan sahabat baik ku Allah.. hilangkanlah segala permusuhan diantara kami.. suburkan lah dengan sifat2 yang baik dan mulia diantara kami.. jadikan kami ini adalah sahabat kerana Mu, hidup dan mati kami kerana Mu, kenal dan berpisah kami kerana Mu... jadikan kami askar2 yang akan menegakkan agama Mu.. jadikan iman kami iman yang sanggup mati kerana Mu.. amin Ya Rabbal alamin...!!"

TAKBIRRR!!

Friday, October 1, 2010

Aku, Lim dan Islam

by Abdullah Dari Jeram Pasu on Monday, September 6, 2010 at 10:11am

Aku punya seorang rakan baik dari zaman kanak-kanak. Lim Wei
Choon. Sana-sama bersekolah rendah hingga ke peringkat menengah . Selepas SPM. Aku masuk ke Tingkatan 6, manakala Lim dihantar keluarganya melanjutkan pelajaran ke Amerika Syarikat.

Kenangan sewaktu kanak-kanak hingga ke zaman remaja terlalu banyak yang dikongsi bersama. Setiap kali hariraya menjelang, Lim pasti berkunjung ke rumah ku untuk menikmati dodol arwah ayahku yang amat digemarinya. Kadangkala, jika ada kenduri kendara dirumahku, pasti Lim akan turut serta. Aku jarang ke rumahnya kecuali umtuk beberapa sambutan seperti harijadi dan juga Tahun Baru Cina. Aku takut dengan anjing peliharaan keluarga Lim. Dengan Lim juga aku belajar matematik manakala subjek Bahasa Malaysia sering menjadi rujukannya padaku.

Kenangan-kenangan seperti memancing, mandi jeram, ponteng sekolah untuk melihat pertandingan 'breakdance', semuanya kami kongsi bersama-sama.

Apa yang ingin kunyatakan ialah, warna kulit dan perbezaan ugama tidak pernah menjadi penghalang persahabatan kami. 20 tahun telah berlalu, Lim telah menetap di Amerika setelah berjaya mendapat Green Card, beliau bekerja disana. Itu yang kuketahui dari kakaknya.

Hubungan ku dengan Lim terputus setelah dia melanjutkan pelajaran.
> maklumlah, dizaman kami dulu tiada internet, email atau telefon bimbit, yang ada cuma sesekali menghantar poskad bertanya khabar. Untuk menulis surat kepada lelaki amat malas kami rasakan.

Suatu pagi. Aku bertembung dengan kakak Lim di pasar , kakaknya memberitahu Lim akan pulang ke tanahair. Dan aku amat terkejut dengan berita yang kudengar dari kakaknya. " He's name is no more Lim Wei Choon. He's now Ahmad Zulfakar Lim since 5 years ago.

Subhanallah! Syukur Alhamdulillah, rakan baikku telah menemui hidayah dari Allah S.W.T. Memang aku tak sabar untuk berjumpa dengannya lebih-lebih lagi setelah menjadi saudara seagama denganku.

Hari yang kutunggu-tunggu telah tiba, dan petang itu aku berkesempatan bertemu dengan Lim dirumahnya. Ada satu keraian istimewa sempena menyambut kepulangannya. Ketika aku tiba, tetamu sudah semakin berkurangan.

....Itulah kalimat pertama dari mulutnya, wajahnya sudah jauh berubah, air mukanya amat redup dan tenang. Aku menjawab salam dan berpelukan dengannya dan kami menangis umpama kekasih yang sudah terlalu lama terpisah.

'Ini dia olang memang sudah manyak lama kawan, dari kecik ini dua olang" Ibu Lim menjelaskan pada beberapa orang tetamu yang melihat peristiwa kami berpelukan dan menangis itu. Tetapi aku bukan menangis kerana apa, tetapi kerana amat sebak dan terharu dan sangat bersyukur melihat keislaman rakanku.

Lim mengajak aku duduk dibuaian dihalaman rumahnya untuk berbual- bual. beliau masih fasih berbahasa melayu walau sudah lama berada diperantauan.


Talha, kau kawan baik aku kan? betul tak?...
Memanglah..Kenapa kau tanya macam tu?
Kalau kau kawan baik aku, Kenapa kau biarkan aku diseksa?
Sorry Lim. Aku tak faham..diseksa? What do you mean?
Cuba kau fikir, kita ni kawan dari kecil. Aku ingat lagi, rumah kau tu, is my second house. Tapi, mengapalah kau tak pernah ceritakan pada aku tentang Islam?
Mengapa aku kena pergi ke US baru aku dapat belajar tentang Islam? Mengapa bukan di Malaysia, negara Islam ni? Dan mengapa aku di Islam kan oleh seorang bekas paderi kristian?
Aku terdiam, kelu tak mampu menjawab. Dan Lim terus berkata-kata.

Kalau betullah kau kawan baik aku, Kenapa kau cuma nak baik dengan aku di dunia saja? kau suka tengok kawan baik kau ni diseksa didalam api neraka? Kau tahu, kalaulah aku ni tak sempat masuk islam hingga aku mati. Aku akan dakwa semua orang melayu Islam dalam kampung kita ni sebab tak sampaikan dakwah dan risalah Islam pada aku, keluarga aku dan non muslim yang lain.

Kau sedar tak, kau dah diberikan nikmat besar oleh Allah denagn melahirkan kau didalam keluarga Islam. tapi, nikmat itu bukan untuk kau nikmati seorang diri, atau untuk keluarga kau sendiri, kau dilahirkan dalam Islam adalah kerana ditugaskan untuk sampaikan Islam pada orang-orang yang dilahirkan dalam keluarga bukan Islam macam aku. Aku masih tunduk dan terkata apa-apa kerana sangat malu.

Berdakwah adalah tugas muslim yang paling utama, sebagai pewaris Nabi saw, penyambung Risalah. Tetapi apa yang aku lihat, orang melayu ni tidak ada roh jihad, tak ada keinginan untuk berdakwah, macamana Allah nak tolong bangsa melayu kalau bangsa tu sendiri tak tolong ugama Allah? Aku bukan nak banggakan diri aku, cuma aku kesal..sepatutnya nikmat ini kau kena gunakan dengan betul dan tepat, kerana selagi kau belum pernah berdakwah, jangan kau fikir kau sudah bersyukur pada Allah. Dan satu lagi, jangan dengan mudah kau cop orang-orang bukan Islam itu sebagai kafir kerana kafir itu bererti ingkar.
Kalau kau dah sampaikan seruan dengan betul, kemudian mereka ingkar dan berpaling, barulah kau boleh panggil kafir.

Aku menjadi amat malu, kerana segala apa yang dikatakan oleh Lim adalah benar! dan aku tak pernah pun terfikir selama ini. Aku hanya sibuk untuk memperbaiki amalan diri sehingga lupa pada tugasku yang sebenar. Baru aku faham, andainya tugas berdakwah ini telak dilaksanakan, Allah akan memberikan lagi pertolongan, bantuan dan kekuatan serta mempermudahkan segala urusan dunia dan akhirat seseorang itu.

Petang itu aku pulang dengan satu semangat baru. Aku ingin berdakwah! Lim yang baru memeluk Islam selama 5 tahun itu pun telah mengislamkan lebih 20 orang termasuk adiknya. Mengapa aku yang hampir 40 tahun Islam ini (benarkah aku islam tulen) tidak pernah hatta walau seorang pun orang bukan Islam yang pernah kusampaikan dengan serious tentang kebenaran Islam?

Semoga Allah mengampuni diriku yang tidak faham apa itu erti nikmat dilahirkan sebagai Islam.