Wednesday, October 27, 2010

SELAMAT ULANG TAHUN KELAHIRAN
HAMIDA ALI





30 - 10 - 2010
SABTU
yang ke - 18

semoga Allah mempermudahkan segala urusan hidup Hamida, memurahkan rezeki dan diberkati hidup selamanya....

saya tahu Hamida seorang yang kuat dan tabah bila menghadapi sesuatu ujian.. teruskan dengan kekutan itu dan tambahkan kekuatan dengan sabar, solat dan zikir ya!!

bersyukurlah dengan apa yang telah dikurniakan dalam hidup... terutama skali.. anugerah seorang kawan.. Hamida patut bersyukur mendapat seorang kawan seperti Asyura.. kalau tak kerana dia.. tak ada semua nie.. bersungguh dia buat segalanya semata-mata untuk melihat kebahagian dan kegembiraan Hamida dihari lahir ini.. tolong peluk, cium Asyura sekarang dan ucap terima kasih sebagai tanda syukur...... harap persahabatan korank kekal abadi okayyy!!

Tuesday, October 26, 2010

Penghinaan terhadap Nabi.. Apa pendirian kita?

Berikut saya paparkan beberapa kisah dimana kesulitan Nabi dalam menjalankan tugas berdakwah untuk mengembangkan Islam. Sejak dari mula-mula Nabi menjadi Rasul untuk seluruh alam sehingglah akan munculnya hari kiamat kelak, penghinaan terhadap Nabi masih dan tetap diteruskan oleh puak-puak Yahudi dan Nasrani. Tidak kiralah dari pandangan mata kasar ataupun secara halus. Lagi membimbangkan kita apabila umat atau masyarakat Islam itu sendiri yang menjadi dalang sebagai alat untuk mereka terus menerus menghina Islam salah satunya dengan menghina Nabi kesayangan seluruh umat Islam iaitu Nabi Muhammad SAW.

1- Abu Jahal ialah orang yang paling banyak menyakiti Rasulullah saw. Pada suatu hari dia berkata : "Wahai orang-orang Quraisy! Sesungguhnya Muhammad sebagaimana yang kamu ketahui telah mendatangkan perkara yang menghina agama kamu, mencela tuhan-tuhan kamu, memperbodohkan orang-orang yang cerdik dikalangan kamu dan memaki nenek kamu. Aku berjanji kepada Allah, esok aku akan menunggunya dengan batu besar yang amat berat. Ketika dia sujud, aku akan hempapkan batu tersebut keatas kepalanya. Terpulanglah kepada kamu selepas itu, aku tidak kisah dengan tindakkan yang akan diambil oleh bani Abdul Manaf"
Pada keesokan pagi, Abu Jahal mengambil batu sebagaimana yang disebutkannya. Kemudian dia menunggu kedatangan Rasulullah. Baginda datangsebagaimana kebiasaannya untuk mengerjakan solat. Ketika itu orang-orang Quraisy berada di kelab-kelab mereka untuk melihat apa yang bakal berlaku kepada Rasulullah dan yang akan dilakukan oleh Abu Jahal. Ketika rasulullah sedang sujud, Abu Jahal menuju kearah Baginda dengan membawa batu besar. Apabila dia hampir dengan Baginda, tiba-tiba dia berundur dengan wajahnya yang pucat lesi kerana ketakutan dan dia mencampakkan batu yang berada ditangannya. Para pembesar Quraisy mendapatkannya dan bertanya : "Apakah yang telah berlaku kepada kamu wahai Abu Jahal?", dia menjawab :"Aku pergi menuju ke arahnya untuk melakukan apa yang aku sebutkan kepada kamu. Apabila aku menghampirinya, tiba-tiba aku dihalang oleh unta jantan. Demi Allah! aku belum melihat unta jantan seperti itu. Aku merasakan unta tersebut akan memakan aku". Apabila perkara tersebut diceritakan kepada Rasulullah SAW, Baginda pun berkata :"Itulah Jibril AS. Sekiranya dia menghampiriku, Jibril akan menangkapnya".


2- Pada suatu hari, selepas melihat Rasulullah SAW mengerjakan solat dia pun berkata :"Tidakkah aku telah melarang kamu daripada melakukan perkara ini?" Maka Rasulullah SAW mengeraskan suaranya dan mengamcamnya. Abu Jahal menjawab :"Adakah kamu mengancam au, sedangkan aku adalah orang yang berpengaruh disini?" Selepas itu Allah SWT menurunkan firmanNya :-

"Ketahuilah sesungguhnya jika dia tidak berhenti (berbuat demikian), nescaya Kami tarik ubun-ubn orang yang mendustakan lagi derhaka. Maka biarlah dia memanggil golongan nya (untuk menolongnya), kelak Kami akan memanggil Malaikat Zabaniyah, sekali-kali jangan, janganlah kami patuh kepadanya dan sujudlah dan dekatkanlah (dirimu kepada Allah)" -(Surah Al-'Alaq : 15 - 19)


3-Diceritakan oleh Abdullah bin Mas'ud berdasarkan riwayat al-Bukhari katanya :"Kami berada bersama-sama Rasulullah di dalam Masjidil Haram. Ketika itu Baginda sedang melakukan solat. Abu Jahal datang kemudian berkata :"Tidakkah ada seorang yang ingin mengambil tahi unta bani polan, kemudian dia mencampoakkanya keatas Muhammad yang sedang sujud?". Maka Uqbah bin Mu'aith bin Abu Amru bin Umayyah bin Abdus Syams menyatakan kesanggupan dan pulang dengan membawa tahi unta tersebut. Selepas itu dia mencampakkan keatas Rasulullah SAW yang sedang sujud. Tidak ada seorangpun di kalangan Muslimin yang berada dalam masjid ketika itu mampu membersihkannya disebabkan mereka tidak mampu menghadapi musuh Rasulullah. Rasulullah SAW berterusan berada dalam keadaan sujud sehingga anaknya, Fatimah datang membersihkannya. Apabila Baginda bangkit daripada sujud, Baginda berdoa terhadap mereka yang melakukan perbuatan kotor itu dengan doa :"Ya Allah! Aku serahkan kepada Mu beberapa orang di kalangan Quraisy". Baginda menyebut nama beberapa orang. Ibnu Mas'ud berkata, "Aku mendapati mereka itu akhirnya mati dibunuh dalam peperangan Badar".


4-Abu Lahab bin Abdul Muthalib, bapa saudara Rasulullah SAW. Dia lebih banyak menyakiti Rasulullah daripada orang lain yang tidak mempunyai pertalian kekeluargaan dengan Baginda. Dia telah meletakkan najis di hadapan pintu rumah Rasulullah SAW kerana dia berjiran dengan Baginda. Baginda membuangnya sambil berkata :"Wahai bani Abdul Manaf!! Jiran jenis apakah ini?" Perbuatan jahat yang dilakukan terhadap Rasulullah SAW itu juga disertai oleh isterinya, Ummu Tamil binti Harb bin Ummayyah. Dia banyak mencaci dan mengumpat Baginda Khususnya selepas turunya ayat yang menyentuh dirinya dan diri suaminya iaitu firman Allah :

"Binasalah kedua belah tangan Abi Lahab dan dia telah binasa, Tiada bermanfaat baginya harta bendanya dan apa-apa yang diusahakannya (buat mempertahankan dirinya dari siksaan), Dia akan memasuki neraka yang bernyala-nyala, Dia perempuanya (isterinya) yang mengangkut kayu api, Dilehernya (diikat) tali yang dipilin (teguh)" -Surah Al-Lahab ayat 1 -5)


5-Antara perkara menyakiti yang dilakukan oleh golongan celaka itu terhadap Rasulullah SAW ialah apa yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dalam kitab Sahihnya, katanya :"Ketika Rasulullah SAW sedang mengerjakan solat di kawasan Hijr Ismail, Uqbah bin Abu Mu'aith mendekati Rasulullah lalu mencekik Baginda dengan sekuat-kuatnya menggunakan bajunya. Ketika itu Abu Bakar datang dan mencengkam dua bahunya serta menjauhkannya daripada Rasullulah". Abu Bakar berkata sebagaimana yang dinyatakan dalam firman Allah :

"Apakah kamu hendak membunuh seseorang kerana dia mengatakan :"Tuhan aku ialah Allah", sedang dia datang kepada kamu membawa keterangan-keterangan daripada Tuhan kamu?" -Surah al-Mukmin ayat 28


6- Ketika Nabi berhijrah ke Thaif untuk menyerbarkan agama Islam, hijarah rasulullah telah ditolak malah mereka menghantar orang-orang bodoh dan kanak-kanak untuk melontar batu disepanjang perjalanan Baginda sehingga berdarah tumit Rasulullah SAW. Zaid bin Harith pula bertindak sebagai perisai Rasulullah sehingga sampai ke serumpun pohon anggur dan mereka berlindung dibawah pohon tersebut. Sanggup mencederakan diri semata-mata untuk menyelamatkan Rasulullah kita.

Kesimpulan : Segala yang diceritakan diatas untuk keseluruhan kesimpulan cerita, dimana bagaimana tindakkan para sahabat seperti Abu Bakar dan Zaid bin Harith menjadi perisai dan senjata kepada Rasulullah dalam mempertahankan maruah Islam. Selain itu juga Allah SWT juga mengutuskan Jibril AS untuk mengancam kepada sesiapa sahaja yang cuba untuk menyakit Rasulullah. Dan Rasulullah juga berdoa, mengamcam dan berkeras suara untuk mempertahankan dengan setiap apa yang dilakukan Rasullullah yang telah di tentang oleh orang kafir ketika itu.

Dan pada zaman moden ini, dimana Nabi Muhammad telah meninggalkan kita setelah 1400 tahun dulu, masih ada lagi golongan yang mahu mengancam dan menghina Rasulullah. Tidak kiralah dari segi media cetak, elektronik, filem, syair, lagu dan yang terkini adalah fesyen.

Apakah tindakan yang perlu diambil?

Kita ambil contoh dimana Zaid bin Harith menjadi perisai kepada Rasulullah ketika dibaling batu sepanjang perjalanan untuk keluar dari bandar Thaif, beliau tidak takut akan rasa kesakitan dan rela menanggung sakit demi mempertahankan Rasulullah, Juga bagaimana cerita Abu Bakar memegang bahu dengan kuat orang yang telah mencekik Rasulullah sambil membaca ayat-ayat Allah. Apabila kita lihat cerita tersebut dan di gabungkan dengan cerita pada zaman moden ini. penghinaan Nabi dari pelbagai sudut adalah sama seperti zaman dulu, cuma zaman sekarang Nabi tidak ada depan mata. Adakah perlu Abu Bakar bersabar dan berdoa apabila melihat Nabi dicekik? adakah Zaid bin Harith perlu berdiam diri lalu berdoa kepada Allah semoga Allah meberi perlindungan kepada Rasulullah??

Bila Rasulullah dihina pada zaman ini. Ada pihak yang meletakkan..

"alaaaa... bersabar jelaaa dan berdoa.. itu yang nabi akan lakukan.."
"kita tak leh hina depa balik tapi kita leh berdoa supaya diaorang dapat hidayat ape.. kalau kita hina apa bezanya kita ngan diaorang"
"nabi sabar je.. kalau apa2 berlaku keatas nabi.."

Seolah-olah membiarkan apa yang mereka lakukan keatas Nabi Muhammad. Duduk diam, berdoa dan bersabar. Mengikut kisah yang telah terjadi, para sahabat telah melakukan sesuatu agar pihak kafir tidak lagi menjadi bahan ancaman untuk kerja dakwah Nabi.

Apa yang saya cuba simpulkan pada blog ini, adalah kita sebagai perisai Nabi, apakah yang akan dilakukan oleh kita apabila melihat suasana Nabi Muhammad kita dihina. Kita ambil contoh sekiranya kita berada ditempat Nabi Muhammd SAW. Tindakkan bersabar dan berdoa itu adalah senjata utama yang saya akan gunakan, walau nyawa bercerai badan. Tetapi sekiranya kita berada di tempat para sahabat apabila melihat Nabi Muhammad dicekik, dilemparkan batu dan di baling najis, apakah tindakkan kita?? Memang kita tak cekik mereka balik, kita tak baling najis semua dan balingkan batu. Tetapi apa reaksi kita?? adakah perlu terus menerus berdoa dan bersabar??

Untuk secara pendapat peribadi, berdoa dan bersabar itu mesti ada dalam pekej diri masing-masing, cuma apakah tindakkan selepas berdoa dan bersabar?? Dan juga kita perlulah tunjukkan sesuatu yang kita menentang dan benci sebencinya dengan apa yang mereka telah lakukan terhadap Nabi Muhammad kita. Tak kiralah mencaci mereka semua atau bagaimana, asalkan isi yang penting kita benci mereka buat semua itu kerana perbuatan itu telah menghina Nabi kesayangan kita semua. Jadi, bila ada pihak yang mengutuk golongan-golongan yang telah mencaci dan menghina nabi, cukup lah nasihat berdoa dan bersabar. Kerana niat mereka mencaci itu bukan kerana suka-suka. Tetapi menunjukkan rasa sayang mereka terhadap Nabi Muhammad SAW. Mungkin itu cara mereka secara peribadi. Kalau anda rasa cara anda sayangkan Rasulullah apabila dihina dan dicaci dengan cara berdoa dan bersabar, teruskanlah....

Monday, October 25, 2010

Jadual Perjalanan Ke LEMBAGA PEPERIKSAAN JURURAWAT

THEORY
SEMESTA 6 THEORY 25/10/10-3/12/10
SEMESTA 6 EXAMINATION 29/11/10-2/12/10
MANAGEMENT PRACTICAL 06/12/10-28/01/11

FINAL COLLEGE REVISION 31/01/11-04/02/11
FINAL COLLEGE TRIAL 07/02/11(MONDAY)
FINAL COLLEGE EXAM 11/02/11(FRIDAY)

SEMINAR PREPARATION PRESENTATION
EXAMINATION & SEMINAR
PRESENTATION 14/02/11-18/02/11
REPEAT FINAL COLLEGE

LEMBAGA JURURAWAT MALAYSIA REVISION
LJM QUALIFYING EXAMINATION 1 & 2 23/05/11-22/06/11

LEMBAGA JURURAWAT MALAYSIA
EXAMINATION 23/06/11(THURSDAY)

END OF COURSES!! 31/06/11


ini bermakna.. kami semua akan berpisah dan mula mencari arah tujuan masing2.. dan mencari erti hidup masing2.. yang sebelum nie.. kami ke kelas sama2.. ke praktikal sama2.. dengan gelak dan tawa.. ada juga yang gundah gulana.. di kongsi bersama... bila tiba tarikh akhir END OF COURSES sebenarnya mungkin tarikh akhir juga persahabatan kita semua?? harap kawan2 semua tidak melupakan diantara satu sama lain... rindu adalah perasaan yang sangat sakit utk ditanggung... aku akan rindukan kawan2 aku... rindu sangat2.... kalau boleh kita kekal sama2.. kita buat hospital sendiri... kita laa nurse.. kita laa doktor.. kita laa sister.. kita laaa cleaner... hahahahahah!! asalkan jangan berpisah... tapi sapa nak jadi cleaner?? hahahahah!!

apa2 pon.... kita semua telah bertemu dan berpisah kerana Allah.. sebab apa?? kita bertemu dalam keadaan menuntut ilmu.. dan berpisah juga dalam keadaan menuntut ilmu.. moga Allah merahmai persahabatan kita semua... amin...

apa yg terjadi hari nie??

aku datang kolej awal tepat pada pukul 9am, berdebar2 sebab takut nak masuk kelas... heheh!! sebab tak dapat masuk sem 6, then sedang naik tangga ke tingkat 4, jumpa plakk rakan2 seangkatan yg tak dapat naik kelasss... ahhhh lega siot.. ada geng gak nak lepak.. al-maklum laaa kan. takut dipulaukan... so.. kita orang bincang jap.. sama ada nak masuk kelas atau apa?? kami pom ambil kata sepakat nak masuk ke kelas dulu... sebab puan jamaliah (co-odinator sem 6) yang sruh masuk kelas dulu...

bila semua da masuk kelas.. puan jamaliah bagi taw.. nama kamu akan di panggil sorang2 ya.. sapa nama yang tak ada.. sila duduk that others side ok!! fuh... lega... kalau di buat nyer dia cakap.. plzz go out!!!.. daa.. tak tau nak buat apee.. makne nyer macam ada peluang laa nak duduk dalam kelas jap lagi... kami pon dok tunggu laa sorank2 nama di bacakan... hahaha!! then at last skali... dia umum.. who's name is not called.. plzzz come in front.. aku laa orang pertama yang mengaku.. dan aku nak bagi taw.. aku laa sorang2 nyer laki atau jantan yg tak lepas untuk masuk ke sem 6... adoi... malu siot... macam kene gelak dengan kawan2 yang lain...

bila dah tunggu kat depan tuh.. di tunggu pula dengan rasa malu.. ye laa.. semua orang tengok.. waaaaaa kalau dapat anugerah best student tak pe aR... memang bangga ar aku nak keluar... nie nama tak lepas utk sem 6.. ramai kawan2 aku yang nasihat.. jgn ponteng praktikal... termasuk juga cikgu2 yang mengajar aku praktikal... mereka juga tak dapat nak tolong apa2 lagi daaa...

aku nak ringkaskan cerita... sapa yang taw bangunan mahsa tu macam mana... dari tingkat 4.. tolak ke tingkat 6.. pas tu tolak balik ke tinggkat 4... tolak lagi tinggkat 6.. last skali kami berada di tinggkat 6.. di bilik pak didie... adessss.. kes nyer.. macam nie, ok.. aku nak pergi praktikal, nak ganti ada lagi 9 hari... then.. puan jamaliah pulak cakap aku tak leh ganti sewaktu kelas ada... so... bila nak dtg kelas plak... praktikal laa tergantung... so macam mana nak amik pekse LJM nanti... kami seolah2 terapung2 laaa... tak tau nak gi mana... pergi sana tolak.. disini pon menolak... then last skali.. puan jamaliah membuat keputusan... "i give u 1 week to do all ur replecment.." fuh... dapat gak jawapannyer.....

yang aku nak ceritakan kat korank nyer hari nie adalah.... pengalaman naik dan turun tangga laaa.... macam naik turun mahkamah plak... adesss... aku amik ini semua sebagai pengajaran... setiap yang berlaku tu pasti ada hikmah nyer.... aku rela susah dan diseksa sekarang... supaya nak dapat kerja nanti senang dan mudah... ^_^

doakan kejayaan aku ya... kejayaan aku.. adalah kejajayaan untuk semua... amin....


Isnin
25/10/2010

Friday, October 22, 2010

good luck Hamida Ali

saya mendapat satu msg di dalam inbox facebook saya... :

Assalamuailaikum Iqman . ape khabar ? Lame tak dapat berbual dengan awak . mungkin kalau jodoh kite panjang , dapat jugak bertemu . dan saya ingin awak tahu , saya dan syura tak dapat ke pahang . Entah mengapa , sekolah tak membenarkan kami pergi . hais , ape la nasib . Iqman , saya sudah delete facebook saya . mungkin pada awak mendadak . tapi memang saya da lame nak delete . Exam saya da dekat . awak tahu kan , saya betul2 nak menceburi bidang gynaecologist . kalau tidak pon sekurang-kurangnye nurse macam iqman sendiri . Saya harus delete facebook ni untuk fokus dlm pelajaran . jangan risau , saya akan add awak sekiranya saya sudah membuat fb baru okay ? kan awak kawan sejati saya dan saya peminat sejati blog awak . jagan berhenti blogging okay ! saya orang pertama sokong awak dari belakanng , tepi , tengah , depan dan setiap sudut . Sehingga berjumpa lagi :)

Yang tulus ikhlas,
Hamida Ali

October 15 at 5:51pm

sweetkan.. adoi.. saya mendokan kejayaan untuk kawan saya dari seberang.. hamida ali semoga berjaya dengan setiap apa yang dilakukan... semoga Allah senantiasa meredhai dan merestui dan juga semoga Allah limpahkan kurniaan rahmat, taufik dan hidayah kepada hamida ali dan juga kepada saya :)

buat sehabis sedap ya cik hamida... kirimkan salam saya pada asyura.. saya juga rindukan dia ^_^

Thursday, October 21, 2010

ujian dan hikmah

hari nie aku naik turun banggunan MAHSA dan ulang alik dari HKL ke gombak then terus ke PBD.. adoi.. semua nie gara2 tak dapat naik sem 6 lah... adoi... bukan sebab pekse aku tak lepas ok.. bukan sebab aku bodoh atau perkataan yang sama maksud dengan nyer... ini adalah disebab kan aku slalu ponteng masa praktikal dari semesta 1 sampai la semesta 5... adoi.... jumlah semua adalah 17 hari... tapi aku da ganti 6 hari baru...

orang yang terlibat dalam proses kenaikkan sem 6 adalah pak didi, puan ramlah, puan chin, pak arif dan hj zahri... aku mengharapkan budi bicara mereka jee...

tapi aku ada amik repeat exam kat lvl 5 PBD, kertas surgical, fuh...~ sib baik dapat jawab... kalau tak tak tau jadi ape... da abis exam.. lari plakk tingkat 4 jumpe ngan puan ramlah... huhuhu kene tahan dia membebel laa... aduh... tak leh tolong langsung... stright sangat ar... adess... lagi pon privite kot.. aku bayar rm7k satu semesta... adesss... aku bukan nyer tak rayu... dah abis rayu daa.. semua skill lakonan aku da pakai... tetap tak makan saman... cuma tak titis air mata jeee... isk.... itu aku simpan sebagai skill yang terakhir bila da susah sangat... hahaha!!!

last aku naik tingkat 6 jumpe ngan pak didi... adoi.. macam lepas tangan plakk... sruh jumpe puan chinn plak.. dia tu da laa kuat bebel.. soalan lain yang keluar.. jawapan lain yang dia jawab... adoooooiii... sapa laa paham masalah aku nie...

tolong laa selesaikan.. aku da insaf... tak nak ponteng praktical lagi... aku nak belajar bersungguh2... tak nak skip2 kelas... tak nak skip2 praktical.... tak nak serong2 kelas... tak nak serong2 praktical... arghhh... Allah.. permudahkan urusan hamba mu ini....!! amin...

Wednesday, October 13, 2010

semoga semua bahagia...

Malam nie aku nak cerita kepada pembaca setia blog aku, pasal kisah cinta kawan2 aku. hahah! aku dah kawan ngan mereka da lama.. dari skolah lagi.. sampai laa ada yang da kawin, ada yang nak kawin.. hehehhe! aku seronok tengok mereka bahagia bersama dengan orang yang tersayang. apa tak nyer.. kawan sendiri kan.. susah senang, jatuh bangun bersama kan... ibarat macam adik beradik jee.. cubit peha kiri.. peha kanan yang terasa... begitulah ukhwah yang aku rasakan. sekiranya ada masalah, aku cuba bawa berbincang dan cuba untuk selesaikan, bukan sahaja selesaikan.. bahkan cuba untuk tolong pimpin selesaikan. Dengan tujuan supaya aku tak nak tengok kawan2 aku dalam kesusahan.. hahah! baik giler kan aku. selesaikan masalah dengan cara bergaduh bukan budaya aku untuk selesaikan masalah dengan mereka, bahkan itu mungkin menambahkan lagi rasa marah dan dendam. hahah! kalau gado2 kecil tu biasa laa... gado2 manja.. adesss.... cam tak biasa plakk... ok laahhh, aku seronok untuk mengenalkan korank (para pembaca sekalan) kawan aku dengan orang yang paling mereka sayang atau yang boleh membahagiakan mereka.... sapa aku nak kenalkan dulu ar?? aku berminat untuk bermula dengan yus laa...

YUS+NANA : erm... sebenarnya, aku dah lama sangat nak tengok kawan aku yg sorank nie ada awek.. tak leh tengok dia single laa.. aku dapat rasakan kesunyian dia.. akhirnya muncul nana dalam hidup dia.. aku nampak dia cuba sesuaikan diri dengan nana... macam2 perkara yang dia dah buat.. dan aku harap, nana jangan lah sakitkan hati atau sia2 kan perasaan dia.. hormat sebagai bakal suami.. sebab yus dah lama tak jatuh cinta sampai bahagia macam tuh... so, apa pun yang terjadi yus.. aku tetap saport ko dari atas, bawah tengah, blakang dan dari segi semua sudut.. biar betul atau salah biar terbalik atau terbang... aku ada untuk memberi sokongan OK???

PJIEN+ASHA : nasihat aku kepada pjien.. jaga asha elok2.. sebab aku dah lepak ngan pjien dan asha kan.. apa yang aku nampak dan lihat.. asha nie baik dan rajin... so, aku harap hubungan nie dapat kekal abadi ya.. korank sweet sangat ^_^

EDDIE+RENY : yang nie pom satu.. walau apa pun yang ko dah buat.. aku tetap jugak saport dan memantu dari pelbagai aspek, material ataupun emosional... hahah! aku buat tu.. semua nak tengok ko bahagia.. dan memang aku tak sabar nak menunggu keluaran Danish tuh.. aku dah agak.. mesti comel. si eddie nie antara kawan yang aku yang agak playboy.. tak caya.. tanya bini dia.. sib baik dapat bini yg cukup penyabar dan tabah... Allah jee tahu...

WAN+IDA : tup.. tap..tup.. tap.. dah kapel.. tup.. tap..tup.. tap.. dah betunang... tup.. tap..tup.. tap.. dah nak kawin 1/1/11 adesss.... aku tak dapat nak kejar kisah percintaan dia... sebab mereka nie macam silent couple jee.. semuanya dalam diam2.. apa pon.. pasangan ini pernah ajak aku kuar dating ngan mereka skali.. tengok wayang... hahahah! kat situ laa aku tengok wan berjiwang2 ngan awek dia... hahaha! apapun.. harap kekal kebahagiaan tu hingga ke akhir nyawa ok...

HEND+IKA : ikhlas nyer... pasangan nie sama2 comel.. aku nak membanggakan diri bahawasanya.. hend dan ika nie tak akan berjumpa tanpa aku... hahah! kalau tak disebabkan mega gath dulu... siapalah hubungan mereka skang nie... aku suka mereka berdua... suka sangat.. sama comel.. nak jee aku cium mereka berdua tuh... hehehhe! tak pi tak leh.. nanti kene cop gay dan gile sex! :)

BLACK+ADEK : walaupon aku malas nak amik tau pasal cerita cinta mereka.. dia tetap tersenarai dalam pemerhatian aku... dan slalu kantoi masa amik adek dari rumahnya utk kuar gi dating... kalaulah si black nie dapat kawin ngan si adek... aku akan buat persembahan silat secara percuma di majlis kawin mereka nanti... hahahah!! KALAU.... ok?

FAD+CICI : sampai skang.. aku ingat, pasangan nie pernah berlanja bawak aku gi makan mc D, jasa tu aku akan balas.. hahah! sebab si fad nie jarang sangat belanja aku makan2 nie. hahah! mereka nie sama kecik molek.. erm.. romantik dan dramatik gak laa.. antara kapel yang slalu lepak ngan aku.. dan kapel yang tahan lama walau ada hujan ribut di tengah jalan... aku dapat rasakan, kalau mereka dah kawin dan ada anak nanti.. mesti comel.. heheheh!

MANCIK+MIMI : kawan aku yang kawin paling awal. haha! dah ada anak sorank.. nama dia shafira... comel giler.. macam anak cina plak.. lagi2 kalau dia buat muke seposen... perghhh.... nak jee aku sepak muka dia.. geram comel dow.. hahahahah!! pasangan nie pon dulu pernah cetuskan kontrovesi... akhirnya.. ke jingjang pelamin juga... kekalkan kebahagian tersebut ya mancik...!! comel ^_^

ARIS+INA : sebenar nyer.. aku saja letak aris dan ina.. sebab aku tengok.. aris nie macam da melekat ngan kekasih yang telah lama menghilang kini kembali.. hahah! asalkan menampakkan kebahagiaan, dah cukup bagi aku.. aris dan ina mmg sesuai.. aris da laa macam chiness look.. sama jee ngan ina tuh... sama2 kulit putih... kalau tengok aris kuar dating... best... macam ina plak ngorat dia... apa2 pon, aris ini patut beruntung.. sebab ina tu pelajar jururawat... hahah! mesti kalau sakit tak yah da jumpe doktor.. rawat dalam bilik jee.. opssss!

FARIZ+KAMARIAH : waaa... aku belom jumpe lagi si kamariah nie.. apa2 pon.. kalau itu lah kebahagian kawan aku.. aku tetap sokong walau macam mana pom.. aku pasti itu yg terbaik... teruskan bahagia ya fariz... hahahahah!! nanti kalau raya.. boleh laa balik kelantan sesama ekk?? :P

USRA+JUE?? : aku pon tak tau laa betul ker tak nama pompuan yg slalu dia sms dan call secara sorok2 dari aku... yang pasti dia mencuba untuk mencari kebahagiaan dia sendiri.. walau pon dia ada cara yang tersendiri.. aku tetap sokong... hahah! sambil2 nak korek rahsia.. siapakah pompuan tersebut... huhu! usra.. apa2 pertolongan ko nak.. aku akan cuba selesaikan... jangan risau... OK??

dan yang tak tersenarai tu adalah masih single.... termasuk aku.. masih single.. tak pe.. asalkan aku dapat tengok orang lain bahagia.. itu pom dah rasa macam bahagia gak.. sebab aku suka kongsi kebahagiaan dengan orang lain... eh.. eh... macam ada yang tertinggal jee... owh.. ada sepasang lagi yang aku terlupa... isk.. asal laa aku boleh terlupa nie...

EJAL+FATIMA : hahah! yang nie panjang skit boleh?? sebab sebelum dan semasa mereka bercinta.. aku pon ada 24jam bersama kot... so, aku boleh ceritakan setiap inci kisah mereka.. sangat menarik.. antara pasangan yang paling aku kagum.. aku suka dengan kretiria ejal.. sebagaimana dia begitu setia yang amat dengan fatima. sebab tu lah.. kalau ejal suruh aku kaver line untuk dia.. aku sanggup buat kerja jahat tuh.. sebab aku tau.. ejal menipu atau sruh aku kaver line utk dia mesti ada sebab.. biarlah jadi pak turut skali pon... aku yakin.. dia takkan mengkhianati fatima.. (waaa... mood angle plakk) asalkan aku nak tengok ejal nie bahagia.. aku sanggup buat apa sahaja.. dan aku yakin fatima adalah kebahagiaanyer.. aku akan cuba sedaya upaya untuk mengabungkan pasangan ini dari dulu lagi.. kalau nak di ceritakan boleh buat buku novel kot... dah laa.. harap2 mereka sampai ke jingjang pelamin.. yang penting jangan lupa jemput aku... aku nie watak penting dalam percintaan korank kot... hahahah! tak nak jemput pon tak pe.. aku tak terkilan laa... dah biasa...

ok.. tu jee laa kot... yang mana belum kawin tu.. kawin laa cepat.. takkan korank nak tunggu aku kawin.. hahahah! opss lupa plak yang aku ada yg sedang membaca nie hahahah!! kepada korank semua... korbankan sesuatu untuk orang lain.. pasti Allah akan membalasnya... jangan risau.. janji Allah adalah PASTI... hahaha! dengan itu.. TAKBIRR...!!!!