Friday, February 26, 2010

Salam Maulidur Rasul

dikesempatan ini.. untuk membanyakkan lagi tulisan blog saya.. ingin saya menyempitkan lagi blog ini dengan tulisan mengenai maulidur rasul.. sepanjang pengamatan saya dalam memerhati gelagat manusia di dunia hari ini.. ada beberapa perkara yang menjadi percanggahan dalam menyambut maulidur rasul.. ada 2 perkara iaitu pearakkan dan bidaah dalam menyambut perayaan yang juga kita panggil 'besday' Nabi Muhammad SAW.

saya mengambil contoh yang pertama iaitu perarakkan.. cerita ini timbul di kerajaan di bawah pimpinan Guang Eng di pulau mutiara, pulau pinang. Ini kerana ada pihak yang menyatakkan bahawa ketua menteri tersebut tidak membenarkan pearakkan dilakukan di sesebuah kawasan yang saya sendiri pun lupa dan tak reti nak sebut.. tapi tajuk utama dia.. tak bagi berarak laa.. itu adalah berita yang saya baca di arus perdana Utusan Meloya.. dan lain pula bila saya baca dan di interview terus dengan ketua menteri itu sendiri yang berbangsa cina. apabila saya membaca kedua-dua akhbar yang mana satu pihak menyatakan Ketua Menteri (KM) pulau pinang itu mengharamkan pearaakan maulidur rasul manakala satu pihak lagi menyatakkan bahawa, bukan mengharamkan akan tetapi mengalihkan tempat pearakkan supaya ia di tempatkan yang lebih selesa.. selain itu juga..

untuk mengukuhkan lagi hujan KM tersebut, beliau menyatakan buat apa nak haramkan.. sedangkan tahun lepas beliau sendiri yg turun padang join bersama perarakkan tersebut. siap berbaju melayu lagi.. pendapat saya pula..saya bangga dengan KM yang berbangsa cina tapi menyambut skali kita dalam perayaan menyambut besday nabi kita.. biarpon dia bersifat hipokrit atau munafik saya tak kisah.. sebab dah memang dia kafir yang menolak Islam 100%.. tapi.. yang dah Islam nie macam mana?? adesss

selain itu juga... saya ingin bertanyakan kepada pihak yg mencetuskan provokasi ini.. apa makna mempertahankan perarakkan maulud nabi bermatian sekiranya perarakkan tersebut tidak dituip roh yg sangat cintakan nabi.. dan juga.. sunnah nabi di buang di merata tempat bahkan tidak diletakkan kan langsung dalam arus pemerintahan masa kini... itu yang mengakibatkan hari maulud nabi tidak popular dikalangan remaja.. akan tetapi hari jadi velenatine yg sangat dinanti2kan.. what the hell?

seterusnya.. bidaah, isk.. apa laa masaalah u all nak cakap sambut besday nabi nie bidaah.. isk.. i tanya u all yg cakap sambut besday nabi nie bidaah.. ok.. kalau laahh u all mati atau meninggalkan dunia.. atau u all hidup lagi laa.. suka tak kalau kawan2 u ker.. saudara u ker.. ahli keluarga u ker.. buat kejutan atau surpirse besday utk u all?? suke tak?? best tak?? rasa dihargai tak?? padahal benda nie u all tak pernah buat dan tak pernah mintak kan... erm.. macam tuh laa perasaan nabi.. kita (umat dia laa) buat maulud nie sebab nak hargai nabi.. nak ingai hari nabi lahir.. dan kita buat pon nak hayati sunnah hidup dan perjuangan nabi.. lainlaaa kalau sambut maulud nabi dengan arak ker.. konsert2 ker.. pesta sex ker.. kalau i pom i tak suke.. isk.. bagi golongan u all nie.. i tak nak sebut laa u all dari golongan mana.. i takut blog i kene gam plak.. heheheh! so yg paham tu paham jee laaa.. yg tak paham tu.. kene slalu laa gi masjid dengar kuliyyah ustat2 tu ek...!!!

uhuhu! panjang sangat tulis nie.. letih da tangan.. sebenar nyer banyak lagi nie idea nak tulis.. tapi.. macam malas lagi nie.. tak pe laa.. kalau ada isu lain yg utk saya bahaskan.. saya akan bahaskan.. kalau ada silap ejaan tu biasa laa.. tak yah tegur.. paham2 jee.. tapi kalau ada tersilap bahasa.. tersantun budi terlajak kata... bagi taw laa yg tak puas hati.. insya Allah.. saya akan cuba betul kan...!!! dah letih.. tak nak tapi lagi.. huhu!

jom kita selawat bersama2.. sepanjang hari ini... bukan hari nie jee .. hari2 laaa!


wasalam...

Saturday, February 20, 2010

madah pujangga....

1-pengharapan, mengharap dan berharap atau sama maksud dengannyer.. adalah sesuatu penantian yg sia-sia sebenar nyer.. sepatutnya kita kena senantiasa bersedia untuk menempuh hidup yg susah di masa yg akan datang... dan yg paling pasti.. bergeraklah dengan kaki sendiri tanpa bertemankan dengan sesiapa pon.. itulah yang akan membuatkan anda akan dihormati..

2-susah nak meletakkan cinta kepada Allah sebagai cinta yg pertama di hati kita.. akan tetapi kita boleh menyandarkan cinta kita kepada Allah, sekiranya 'orang' yang kita cintai itu juga mencintai Allah lebih dari segala-galanya.. maka itulah di nobatkan sebagai cinta kerana Allah...

*akan di update dari semasa ke semasa.. layari facebook saya : akanishi_boy@yahoo.com

Tuesday, February 16, 2010

camping and travel

sempena cuti raya cina.. aku dan kawan pergi bercamping dan travel ke PD dan Melaka.. hahaha! ntah laa... bosan dan letih... tak tau ape yg aku dapat.. masa, duit dan tenaga aku abis kat sana.. isk.. nasib baik laa ada yus dan ed.. ada gak laa saat2 gembira aku ngan diaorang.. kalau tak.. mampos aku tak pergi camping dan travel tuh...

ape yg aku nak luahkan... sungguh membosan kan... isk.. tak ada feel camping.. macam lepak kat umah lagi best pom ade... adesss... mengarut!

Bila di kurniai sahabat yang baik, peliharalah...

Sahabat adalah sebuah kurnia. Sahabat yang baik adalah aset. Berbicara tentang sahabat adalah membicarakan tentang bagaimana kita mencari, bagaimana kita berinteraksi, dan bagaimana kita memelihara persahabatan itu. Tiga hal yang harus kita jadikan dasar dalam mencari dan memilih sahabat...menurut beberapa pandangan saya..

1. Apa dasar persahabatan kita?

Kita menginginkan sahabat yang tidak terbatas hanya di dunia ini. Dan sahabat dengan jangka waktu yang panjang seperti itu, hanya dapat kita dapatkan jika persahabatan tersebut kita landaskan pada ketaqwaan kita pada Allah SWT.
Persahabatan yang sangat kuat, dekat dan akrab, pada hari kiamat nanti akan putus. Bahkan akan saling memusuhi. Kecuali orang-orang yang berkawan dekat, bersahabat akrab itu adalah orang-orang yang bertaqwa. Dalam Al Quran, Allah berfirman, " Teman-teman akrab pada hari itu sebahagiannya menjadi musuh bagi sebahagian yang lain kecuali orang-orang yang bertaqwa." (QS. Az Zukhruf:67)

2. Bagaimana fungsi persahabatan itu?

Bagi sesama orang yang beriman, fungsi persahabatan adalah sebagai penolong, teman perjalanan kita menuju Allah. Rasulullah bersabda, " Barangsiapa meringankan beban kesusahan seorang mukmin dari beban kesusahan di dunia, maka Allah akan meringankan beban kesusahan di hari kiamat. Dan barangsiapa memudahkan orang yang kesusahan, maka Allah akan memudahkannya di dunia dan akhirat. Barangsiapa menutupi (aib) seorang muslim, maka Allah akan menutupi aibnya di akhirat. Dan Allah selalu menolong hamba-Nya selama hamba itu selalu menolong saudaranya." (HR Muslim)

3. Seperti apa bentuk persahabatan itu?

Kita harus mencari sahabat yang mahu menasihati kita, bahkan kadang mengkritik kita. Meluruskan kita bila kita menyimpang. Jangan mencari sahabat yang membiarkan kita, atau sebaliknya, menjerumuskan kita ke jalan yang menyesatkan.
Di hari-hari yang kian kering dari makna-makna, persahabatan terkadang sulit menemukan ruhiyahnya. Ada persahabatan yang tulus, tapi ketulusannya menyimpang kerana sama-sama tulus dalam melakukan dosa. Ada juga persahabatan yang hanya lahiriyah semata. Bertemu sebatas kepentingan sesaat. Tidak ada kesetiaan, tidak ada komitmen dan tidak ada manfaat yang saling diberikan.

Sahabat yang baik adalah kurnia. Tetapi kita harus mencarinya. Setelah itu menjaganya agar jalinannya kuat hingga akhirat kelak. Seberapa sulit kita mencari sahabat sejati, sesulit itu pula kita memeliharanya. Dibawah ini ada beberapa langkah yang saya kaji dalam memelihara persahabatan..
• Sedari kemuliaan dan keutamaan memiliki seorang sahabat yang baik.
• Letakkan kesefahaman bahawa persaudaraan ini harus berada di atas jalan Allah.
• Letakkan keutamaan kebaikan seorang sahabat di depan mata kita. Hindari mengingat-ingat kekurangannya, yang dapat mengacaukan suasana persahabatan.
• Mencuba untuk berbuat baik lebih dahulu kepada sahabat.
• Sebutlah namanya dalam do'a saat kita sendiri.
Mungkin kita perlu merenung kembali cara kita bersahabat dengan orang lain, dan cara kita menjadi sahabat yang baik bagi orang lain.

Semoga Allah mengkurniakan kepada kita sahabat yang baik. Serta menjadikan diri kita sahabat yang baik bagi baudara-saudari kita...

Renungan ku disaat mencari sahabat..


iqman : adakah saya ini sahabat yg baik untuk anda?

Sunday, January 31, 2010

kawan-kawan ku

berikut adalah kawan yang slalu aku lepak, selalu luah perasaan, kalau aku susah, aku mintak tolong dia orang dan selalunya, dia orang yg minta tolong aku... hahahah!! mereka ini tiada penggantinya hingga akhirnya... kita orang slalu lepak kat 'PAYUNG' itu adalah markaz kami.. kat sana jugak ramai gundik yang spoting melayan karenah kami..

safrizal : kawan baik dunia sampai akhirat! tu je aku boleh bg taw.. kadang2 dia nie ske bangkang aku, bukan kadang2 tapi slalu la.. ske carik gado, ske buat sakit hati orang dan dia dah ada awek yg comel bernama fatima.. tabiat dia time boring.. ske gigit bibir dan ske basuh motor walau tak kotor lagi...

fad : huhu! orang yg slalu dok kat blakang aku walau apa pon situasi.. walau apa revolusi.. slalu menyokong apa yg aku buat.. dan kalau dia bangkang pom.. bangkang yg bertauliah laa dari mereka yg lain tuh.. tabiat boring dia.. ske gigit kuku plakk..

black : no komen. tabiat time boring : ske luah perasaan kat sapa2 sahaja yg dia suka dan selesa..

aris : dia ske ikut setiap apa keputusan aku.. slalu pakai HenPon aku nak call orang lain.. huhuhu!! ske sikap lurus bendul dia.. orang paling heppening laa... tabiat time boring.. ske gigit strow... (sengal)

aedi : hensem, macho, berkulit putih.. tapi sengal dan berjerawat.. ayat mintak gado je.. best ar lepak ngan dia.. dia nie banyak kenalan gak.. erm.. suke bersifat brader.. tabiat time boring... 'sit like brader'

Yusmanto : dia nie sensetif, pemalu dan heppening.. kalau lepak ngan dia.. tak gelak tak sah.. mesti ada gelak2 pecah perot.. dia abg kesayangan kepada safrizal.. adik beradik yg mantap!! tabiat time boring : tak ada kot.. sebab kalau dia boring.. dia akan balik umah dan tido!!

Usra : erm.. dia dalah kawan sejati.. pendiam dan penyimpan rahsia.. payah tu nak taw rahsia dia. skang nie kita orang tgh siasat siapa awek dia yg skang nie.. payah tu.. dia akan segar bila kita orang cerita pasal sex atau pasal teksi.. hahah! tabiat time boring : garu-garu kepala... hahaha!!

syazwan : pendiam.. kadang2 kalau dia masuk air.. malas jugak aku nak layan.. hahah! skang dia da ada awek.. jarang dia nak lepak payung daa.. erm.. dia nie macho.. dulu rambut dia panjang.. skang da botak.. hahahha! tabiat time boring : ske usik2 rambut dia... (time rambut dia panjang) dan kalau dia nak luruskan sideburn dia... tak ada air.. dia akan pakai air liur.. huhu! yak!

hend : kebudak2an.. tak leh bawak masuk mesyuarat.. ntah laahh.. aku tak pasti.. ape yg aku cakap atau nasihat kat dia.. masuk ker tak dalam kepala otak dia.. awek dia comel taw.. tapi dah clash.. kesian.. tabiat time boring : suke garu2 hidung dia...huhh!

appul : ST12, ske buat macam2 fesyen rambut, ske keluarkan fakta yg mengarut.. dia ada nouvo yg laju.. yg tak leh sapa kalahkan (dalam greenwood jee la) tabiat time boring : tangkap gambar sensorang!!

ab : haha! anak kepada pakar mata nie.. pakar dalam bidang komputer..sapa2 nak barang2 komputer atau sewilayah dengan nya.. carik laa dia.. harga boleh runding.. tabiat time boring dia.. ske lepak payung dan mendapat gelaran 'manager of payung'

Tuesday, January 19, 2010

aku kene saman...

aduh... sakit hati giler ngan polis nie dow.. ade ker patut buat road blok dalam kawasan kampung.. bukan aku nak bawak kelajuan 110k/j pom..
19/01/10.. hari aku insytihar.. hari membeci polis2 mude... bengang giler sakit hari dan tidak berperi kemanusiaan... &*^#!^^$&$*#@)$@ (mencarut kepada polis yg saman aku)

korank nak taw cerita tak?.. ok aku cerita...
tarikh yg sama pukul 0805pm, aku otw balik ke rumah.. tekejut aku ada road blok.. huhu! panas pom panas.. cam (*&^*^.. tak pasal2 ada road blok... then baru aku teringat, kawasan koperasi polis ada kes rompakkan bersenjata... patut laa... nak carik penjenayah kot.. berbalik semula kepada cerita asal... ramai yg naik moto kene tahan... aku pom ayat laa polis tu.. student ar.. baru pas kene saman minggu lepas... dah laa aku tak ada lesen... tak pakai helmet.. hahah! polis tu pom lepas jerk ar... sebab dia paham... aku minta maaf jerk...

pas tu.. pukul 0930pm.. aku nak amik member aku kat melewar... kene tahan ngan rela durjana... polis mude.. belagak.. poyo... tak sedar diri... tak nak pandang muke aku... aku da ayat.. tapi tak lepas... nak mencarut jer kat muke dia... sebab ade orang lain gak lalu kat situ.. tak tahan plak.. asal aku ko nak tahan???? isk... polis...polis... tolong laa adil dalam menjalankan tugas....

aku ada hujah penting kat sini nak bagi taw polis yg saman aku :
  1. kat jalan kampung tak yah ar buat
  2. nak buat road blok kawasan kampung pom.. tak yah ar nak bersaman2.. giler kuasa ker?
  3. kalau ada kes seperti yg aku ceritakan tak di... rasa2 nyer... saman tuh tak yah ar nak kuar kan... just cek ape yg dia bawak... nama dan muke dia.. takut sama macam penjenayah yg mereka carik...
  4. jgn blagak kat orang kampung... poyo...
tapi aku tetap terima kasih... sebab polis lah yg menjaga keamanan kampung aku... tapi tak yah ar nak sampai saman bersaman...
thx...

Wednesday, December 30, 2009

Antara cinta dan persahabatan

andai aku diberi pilihan untuk untuk memilih antara kedua2nya,
akan ku pilih kedua2nya ,
bagiku ia sama2 bererti dan bernilai dalam hidupku.

Cinta...
suatu ungkapan yang belum pasti akan keindahannya,
kerana disebalik keindahan itu,
tersirat seribu kepahitan,
pastinya meretap kedamaian jiwa.
seorang pecinta setia,
taktala ikatan diundang kekecewaan.
namun ia tetap betah menjemput setiap jiwa
yang punya hati dan perasaan..

Hikmat yang tersimpan disebalik anugerah ini,
tak terungkai dengan bicara di bibir
tak tergambar dengan lakonan
begitu syahdunya kurniaan ilahi,
lahirnya dari hati seorang insan,
berakal,beremosi,penyayang dan berperasaan.

Persahabatan
suatu ikatan yang lahir dari hati
keinginan yang ikhlas,
bagi berkonsi tangis,tawa,kasih sayang serta keakraban,
sesungguhnya sahabat adalah tempat berbicara setulusnya,
tentang impian dan pengertian hidup ini.

Persahabatan yang murni dan suci
adalah sebuah perhubungan yang disulami dengan benang kejujuran,
diwarnai dengan keikhlasan,
dicurahi dengan kasih sejati,
sekiranya menjadi gunting dalam lipatan,
robohlah tembok keluhuran sebuah persahabatan.

Teman yang budiman,
mengertilah maksudku ini,
sesungguhnya apa yang tersimpul dihati kecilku,
sejak perkenalan kita.

Kita bina tugu persahabatan,
yang dipagari besi kedewasaan,
yang teguh berdiri megah dilaman hati kita,
tak tumbang dek rintangan,
hanya satu pintaku,
agar dikau sentiasa mengingati diriku.

Salam Ukhwafillah...