Sunday, January 31, 2010

kawan-kawan ku

berikut adalah kawan yang slalu aku lepak, selalu luah perasaan, kalau aku susah, aku mintak tolong dia orang dan selalunya, dia orang yg minta tolong aku... hahahah!! mereka ini tiada penggantinya hingga akhirnya... kita orang slalu lepak kat 'PAYUNG' itu adalah markaz kami.. kat sana jugak ramai gundik yang spoting melayan karenah kami..

safrizal : kawan baik dunia sampai akhirat! tu je aku boleh bg taw.. kadang2 dia nie ske bangkang aku, bukan kadang2 tapi slalu la.. ske carik gado, ske buat sakit hati orang dan dia dah ada awek yg comel bernama fatima.. tabiat dia time boring.. ske gigit bibir dan ske basuh motor walau tak kotor lagi...

fad : huhu! orang yg slalu dok kat blakang aku walau apa pon situasi.. walau apa revolusi.. slalu menyokong apa yg aku buat.. dan kalau dia bangkang pom.. bangkang yg bertauliah laa dari mereka yg lain tuh.. tabiat boring dia.. ske gigit kuku plakk..

black : no komen. tabiat time boring : ske luah perasaan kat sapa2 sahaja yg dia suka dan selesa..

aris : dia ske ikut setiap apa keputusan aku.. slalu pakai HenPon aku nak call orang lain.. huhuhu!! ske sikap lurus bendul dia.. orang paling heppening laa... tabiat time boring.. ske gigit strow... (sengal)

aedi : hensem, macho, berkulit putih.. tapi sengal dan berjerawat.. ayat mintak gado je.. best ar lepak ngan dia.. dia nie banyak kenalan gak.. erm.. suke bersifat brader.. tabiat time boring... 'sit like brader'

Yusmanto : dia nie sensetif, pemalu dan heppening.. kalau lepak ngan dia.. tak gelak tak sah.. mesti ada gelak2 pecah perot.. dia abg kesayangan kepada safrizal.. adik beradik yg mantap!! tabiat time boring : tak ada kot.. sebab kalau dia boring.. dia akan balik umah dan tido!!

Usra : erm.. dia dalah kawan sejati.. pendiam dan penyimpan rahsia.. payah tu nak taw rahsia dia. skang nie kita orang tgh siasat siapa awek dia yg skang nie.. payah tu.. dia akan segar bila kita orang cerita pasal sex atau pasal teksi.. hahah! tabiat time boring : garu-garu kepala... hahaha!!

syazwan : pendiam.. kadang2 kalau dia masuk air.. malas jugak aku nak layan.. hahah! skang dia da ada awek.. jarang dia nak lepak payung daa.. erm.. dia nie macho.. dulu rambut dia panjang.. skang da botak.. hahahha! tabiat time boring : ske usik2 rambut dia... (time rambut dia panjang) dan kalau dia nak luruskan sideburn dia... tak ada air.. dia akan pakai air liur.. huhu! yak!

hend : kebudak2an.. tak leh bawak masuk mesyuarat.. ntah laahh.. aku tak pasti.. ape yg aku cakap atau nasihat kat dia.. masuk ker tak dalam kepala otak dia.. awek dia comel taw.. tapi dah clash.. kesian.. tabiat time boring : suke garu2 hidung dia...huhh!

appul : ST12, ske buat macam2 fesyen rambut, ske keluarkan fakta yg mengarut.. dia ada nouvo yg laju.. yg tak leh sapa kalahkan (dalam greenwood jee la) tabiat time boring : tangkap gambar sensorang!!

ab : haha! anak kepada pakar mata nie.. pakar dalam bidang komputer..sapa2 nak barang2 komputer atau sewilayah dengan nya.. carik laa dia.. harga boleh runding.. tabiat time boring dia.. ske lepak payung dan mendapat gelaran 'manager of payung'

Tuesday, January 19, 2010

aku kene saman...

aduh... sakit hati giler ngan polis nie dow.. ade ker patut buat road blok dalam kawasan kampung.. bukan aku nak bawak kelajuan 110k/j pom..
19/01/10.. hari aku insytihar.. hari membeci polis2 mude... bengang giler sakit hari dan tidak berperi kemanusiaan... &*^#!^^$&$*#@)$@ (mencarut kepada polis yg saman aku)

korank nak taw cerita tak?.. ok aku cerita...
tarikh yg sama pukul 0805pm, aku otw balik ke rumah.. tekejut aku ada road blok.. huhu! panas pom panas.. cam (*&^*^.. tak pasal2 ada road blok... then baru aku teringat, kawasan koperasi polis ada kes rompakkan bersenjata... patut laa... nak carik penjenayah kot.. berbalik semula kepada cerita asal... ramai yg naik moto kene tahan... aku pom ayat laa polis tu.. student ar.. baru pas kene saman minggu lepas... dah laa aku tak ada lesen... tak pakai helmet.. hahah! polis tu pom lepas jerk ar... sebab dia paham... aku minta maaf jerk...

pas tu.. pukul 0930pm.. aku nak amik member aku kat melewar... kene tahan ngan rela durjana... polis mude.. belagak.. poyo... tak sedar diri... tak nak pandang muke aku... aku da ayat.. tapi tak lepas... nak mencarut jer kat muke dia... sebab ade orang lain gak lalu kat situ.. tak tahan plak.. asal aku ko nak tahan???? isk... polis...polis... tolong laa adil dalam menjalankan tugas....

aku ada hujah penting kat sini nak bagi taw polis yg saman aku :
  1. kat jalan kampung tak yah ar buat
  2. nak buat road blok kawasan kampung pom.. tak yah ar nak bersaman2.. giler kuasa ker?
  3. kalau ada kes seperti yg aku ceritakan tak di... rasa2 nyer... saman tuh tak yah ar nak kuar kan... just cek ape yg dia bawak... nama dan muke dia.. takut sama macam penjenayah yg mereka carik...
  4. jgn blagak kat orang kampung... poyo...
tapi aku tetap terima kasih... sebab polis lah yg menjaga keamanan kampung aku... tapi tak yah ar nak sampai saman bersaman...
thx...

Wednesday, December 30, 2009

Antara cinta dan persahabatan

andai aku diberi pilihan untuk untuk memilih antara kedua2nya,
akan ku pilih kedua2nya ,
bagiku ia sama2 bererti dan bernilai dalam hidupku.

Cinta...
suatu ungkapan yang belum pasti akan keindahannya,
kerana disebalik keindahan itu,
tersirat seribu kepahitan,
pastinya meretap kedamaian jiwa.
seorang pecinta setia,
taktala ikatan diundang kekecewaan.
namun ia tetap betah menjemput setiap jiwa
yang punya hati dan perasaan..

Hikmat yang tersimpan disebalik anugerah ini,
tak terungkai dengan bicara di bibir
tak tergambar dengan lakonan
begitu syahdunya kurniaan ilahi,
lahirnya dari hati seorang insan,
berakal,beremosi,penyayang dan berperasaan.

Persahabatan
suatu ikatan yang lahir dari hati
keinginan yang ikhlas,
bagi berkonsi tangis,tawa,kasih sayang serta keakraban,
sesungguhnya sahabat adalah tempat berbicara setulusnya,
tentang impian dan pengertian hidup ini.

Persahabatan yang murni dan suci
adalah sebuah perhubungan yang disulami dengan benang kejujuran,
diwarnai dengan keikhlasan,
dicurahi dengan kasih sejati,
sekiranya menjadi gunting dalam lipatan,
robohlah tembok keluhuran sebuah persahabatan.

Teman yang budiman,
mengertilah maksudku ini,
sesungguhnya apa yang tersimpul dihati kecilku,
sejak perkenalan kita.

Kita bina tugu persahabatan,
yang dipagari besi kedewasaan,
yang teguh berdiri megah dilaman hati kita,
tak tumbang dek rintangan,
hanya satu pintaku,
agar dikau sentiasa mengingati diriku.

Salam Ukhwafillah...

Monday, December 21, 2009

Bulan yg paling sebok dan seronok.. DECEMBER

tak sangka bulan nie antara bulan yg paling sebok.. sebab tiap2 minggu keluar jee.. sampai tak dapat nak tolong mak saya berniaga pada hari ahad nie...

06/12/2009 (ahad) : program legend ke sunway lagoon. agak seronok walaupon ramai yang tak pergi... yg pergi masa tu saya, yus, ed, fad, cici, nuar, aris.. terima kasih atas sokongan kawan2 yg datang ke sunway lagoon.. sebab yg kompom nyer bukan main ramai, tapi yg pergi nyer erm.. indah rupa dari khabar... tapi seronok gak ar.. hehhehe! nak taw gambar ada kat dalam myspace saya (www.myspace.com/iqman)

11,12,13/12/2009 (jumaat, sabtu, ahad) : erm.. dapat pergi ke gua musang, kelantan. kampung isteri kepada Ustat Manaf.. huhu! yang pergi hanya 3 orang sahaja saya, ejal dan Ust manaf. perjalanan yg seronok sangat.. sepanjang perjalanan perbagai cerita yg telah kami kongsi bersama. lagi2 ust yg penuh dengan pengalaman.. huhu! seoronok ar mendengar cerita.. bagi saya.. pengalaman yg paling best ialah dapat solat berjemaah bersama dengan kawan baik saya.. si ejal.. saya bangga dan sangat bersyukur.. hahah!

19,20/12/2009 (sabtu dan ahad) : berkamping di bagan lalang.. huhu! seronok laa.. sebab dengan kawan2 kan.. hjahaha! 4 biji kete.. wira 2 bijik, kancil 1 bijik dan satria Neo 1 bijik... hahah! yg dapat datang hari tuh.. saya, yus, nua, ejal, fad, aris, fariz, ab, benjo, appul, usra dan hend.. 12 orang.. hahah! macam2 program kat sana.. main bola.. bakar ayam dan lepak2 tepi pantai.. terima kasih laa kat fatima sebab bagi pinjam kete kat ejal.. kalau tak.. mungkin program nie tak berjalan dengan lancar.. hahahahah!

25,26,27/12/2009 (Jumaat, sabtu dan ahad) : hahah! hari nie adalah masih dalam perancangan lagi.. tak tau jadi ker tak..kemungkinan pagi jumaat tu kita orang nak pergi jogging bersama2 maybe kat titiwangsa.. so sapa2 yg nak pergi atau nak bawak awek masing2 boleh laa.. kita bersantai bersama. skang nie kawan2 saya semua da ada awek...so, kita kasik bawak laa awek mereka kali nie... hahaha! dan hari sabtu dan ahad tuh saya nak gi ke muar johor sebab sepupu saya kawin disana..

waaaa... seronok betul berjalan2 dalam bulan december nie.. hahah! ngan kawan2 ngan ust dan dengan keluarga... erm.. Alhamdulillah laa... cuma ngan awek jer tak ada lagi.. tak pe laa.. mungkin suatu hari nanti ek.. hahah! tak sabar plak nak kawin bila tengok kawan2 semua da ada awek... nanti dapat keluar dating atau pergi jalan2 ngan isteri tercinta suatu hari nanti laa... sebab da puas laa jalan2 ngan kawan2 nie... heheh!

Sunday, November 22, 2009

sapa yang lahir tahun 80an.. pasti terkenang...

untuk bacaan pada masa lapang…

enjoy…sure korang teringat balik zaman2 skolah dulu…

tanda-tanda anda bayi tahun 80-an:

kita membesar dgn menonton G-Force, He-man, Transformers, Thundercats,Silver Hawk, Woody Woodpecker, Chipmunks and Mickey Mouse. Not to forget Ninja Turtles, Mask, Smurfs, Power Rangers dan Voltron.
iqman : siap pasang impian nak jadi power rangers hijau!!

berus gigi time waktu rehat kat skolah rendah?…hmm,mesti pegang cawan warna-warni kan. mencangkung kat tepi parit dgn classmates semua kat seblah…
iqman :slalu kongsi cawan ngan kawan :( dia malas bawak cawan..

ingat tak, misi kat skolah masuk kelas dgn list dentist appointment. pastu bunyi gigi member kite kene gerudi kat bilik sebelah. ada gigi yang berlubang, kene laa tampal.
iqman :huhu! paling takut.

ni sure korang igt…program minum susu di skolah. nak galakkan budak2 time tuh minum susu. sekotak 30 sen jek beb…
iqman : kongsi duit ngan kawan beli 1 susu...!! pas tu minum kat kantin sesama.. bekal saya yg bawak :(

cikgu2 kalau nak denda, mesti guna pembaris panjang warna kuning tu. pukul tapak tangan…kan?
iqman : ngan bulu ayam betul ngan warna warni laa... pembaris tak rock!!

semangkuk mi sup ke, mihun sup ke, 30 sen jek kat kantin. Hankyu Jaya, Yaohan - shopping complex yang> popular utk meluangkan masa dgn family. ni for
those yg dok KL laa time skolah menengah, korang sure beli kasut skolah Bata BM Turbo atau Pallas Jazz. ada yang suka kasut high-cut yang buatan china..ada
yang suka stoking tebal laaa…
iqman : hahaha! warta pom da nak pupus daaa~ kasut penguin?? waaa...

internet? email? mendalah ape tu?
iqman: taw 'Esc' utk keluar, masa blaja dalam kelas computer

CD? ape tu? kaset tape penah laa dgr. tiket wayang pun 5 inggit je.
iqman : cd tu utk orang2 kaye jee!!

kite pegi kedai runcit, beli Chickerdis, Mamee , Kum Kum, UFO, O-Ya, Ding Dang chocolate balls yang ada mainan kat dlm die, ‘telur’ keras warna warni,’rokok’ chewing gum, KIKI Bubble Gum. tak dilupakan, ‘Ti Kam’.
iqman : ding dang ar ngan tora datang lagi...!! hahahah!

bile dah abih exam, main Monopoly la, Donkey la, Happy Family laa dlm class.
iqman: semestinya... main kepung2 dalam buku petak2

tapi bunyi loceng laa yang paling best skali. boleh beli aiskrim ngan apek kat luar skola tuh… lagi satu loceng masa nak pegi rehat. tinggal kan keje skolah, jom kita pegi makan. budak2 yg dpt Rancangan Makanan Tambahan (RMT) mesti kluar awal.
iqman : tak pernah dapat RMT :(

lagi satu yang seronok mase time Pendidikan Jasmani, PJ. main bola laa, rounders laa…
iqman : teringat dalam jadual kat kelas.. warna PJ adalah warna coklat kan? BM warna kuning

permainan kegemaran, main guli, batu seremban, penutup botol kalau org jhr dia akan cakap main ceper, batang aiskrim, ‘Pepsi Cola one-two-three’, ‘Police & Sentry’, kejar2 duduk, cop tiang…
iqman: main sep2 tiang laa sementara tunggu budak kelas pagi bali...

kita hilangkan dahaga dgn aiskrim 10 sen. yang tube aiskrim, ada byk2 color tu. kalau nak makan, kene patahkan kat tengah2 die!
iqman : teringat kawan nak beli ais krim tu 10 sen.. dia kumpul 1 sen sampai sepuluh.. last skali tak laku.. pakcik tu tak terima..

lipat kertas kecik2, pastuh buat lastik. tak pun lipat jadik cam mulut tu, and kat tengah2 tulis la macam2..hmmm..ni pun kita main dulu ni. baling2 kapur laa.
iqman : tu keje member2 yg nakal dalam kelas. saya tak campur.. tapi taw ar

hmm…this word i quote dari my sis.. dia cakap..

"budak2 kat university skarang, kebanyakan nye lahir thn 1987/88. skarang digelar ‘remaja’. bagi diorg, diorg mane penah dgr lagu ‘We Are the World, We Are the Children…’ dan lagu ‘Uptown Girl’ yang diorg tau, yg Westlife nyanyi….bkn Billy Joel nyanyi…"

zaman tu artis sumer berambut kembang kembang..huhu alleycat,zaitun sameon, search..semua sama patern jer rambut

bagi diorg, ada satu je Jerman kat dunia ni, dan ade satu je Vietnam.

AIDS wujud sejak diorg lahir.

CD pun wujud time diorg lahir.

Michael Jackson dah putih dah time tu.

Diorg percaya Spiderman dgn Incredible Hulk tu filem2 baru. Diorg tak bley bayangkan skrin hitam putih utk sebuah komputer.

Diorg tak penah tau pun ‘Atari’ dgn ‘Game &Watch’.

Diorg tak percaya penah ada TV hitam putih…dan diorg skarang tak reti nak switch on TV kalau xde remote control.

dan diorg tak paham macam mane kite boleh survive dkt universiti tanpa handphone…

hmm…she added, jom kite check, kite ni dah tua ke:

1. korg paham ape yang korang baca kat atas ni, dan korg sure tersenyum
2. kebanyakan member2 skolah menengah kite dah kawin
3. korg sure pelik bile nengok bdak2 kecik main komputer, selamba je
4. kita geleng kepala bile nengok bdak2 skolah menengah guna handphone
5. kita dah tak byk sembang2 dgn member melalui telefon lagi setiap hari
6. bile jumpe member lame dari semasa ke semasa, seronok bile bersembang pasal cerite2 lame, cerite2 kelakar yang kite alami mase dulu time kecik2, nakal2 dulu…

so, korang rase korang dah tue ke??hehe..i belum lagi...

Wednesday, November 11, 2009

hargai ibu bapa kita...

aku suka untuk kongsi bersama vedio ini ngan korank semua... sedih.. sapa yg tengok video nie dengan perasaan gembira dan tiada ada perasaan sedih atau tersentuh skali ponn.. maknanya.. dia anak haram.. anak yg di buang dari ibu bapanya... hahah! kasarkan bahasa? sebab orang yg tak ada perasaan kasih dan sayang kepada ibu bapa nie adalah setanding.. bukan setanding laa.. lebih mulia haiwan dari kau yg durjana.. hahaha! jom hayati video nie...!!

mak i love u so much.. walaupon anaknda malu nak tunjukkan kasih sayang anaknda depan mak.. tapi kasih nie tak pernah pudar... dan anaknda nak mak halal kan makan minum dan segala perbuatan anaknda yg pernah anaknda buat sampai mak menagis dan tersentuh.. sebab kadang kala anaknda tak perasan yg anaknda dah berlaku derhaka terhadap mak... ingat.. anaknda hidup dan dibesarkan adalah untuk mak.. bukan utk orang lain... segala tenaga peluh dan keringat yg anaknda keluarkan.. anaknda akan pastikan dan cuba setiap yg keluar itu adalah untuk mak... hahahahahah!!! sayangi bonda anda!!

Monday, November 9, 2009

Ulasan : Piala Liga Malasia

KELANTAN YANG KALAH DAN MEMALUKAN.

Saya adalah penyokong kelanta pada perlawanan akhir liga malaysia yg menemukan kelantan berlawan dengan negeri sembilan. apa yg memalukan adalah sikap dan tabiat penyokong kelantan yang amat memalukan dan tidak profesional. harap semangat dan bilangan penonton jer ramai. tapi akhlak hancur nak mampos dan memalukan. penyokong kelantan perlulah relex, jgn terlalu tertekan dengan kekalahan. isk.. siap bakar2 kerusi dan baling bom asap. apa faedah? dapat 1 gol ker kalau baling bom asap tuh? sungguh memalukan.. tapi saya berbangga dengan semangat kenegerian itu. dimana seolah2 seluruh warga kelantan datang membanjiri selangor kuala lumpur. kalau ajak pergi berperang tuh.. kompom leh menang.. sebab semua orang turun padang.. tapi hampeh.. perangai cam budak2.. saya kutuk tabiat orang kelantan sebab saya pom berketurunan kelantan juga. mak dan ayah saya darah daging kelantan.. pas tu negeri2 lain selain kelantan.. sebok dok cakap.. macam nie ke kelantan.. seluruh warga kelantan di burukkan nama di sebab kan adegan yg membakar kerusi atas sebab apa? kalah main bola sepak.. mengarut ar... aduhhhh!!