Sunday, September 26, 2010

Bicara Untuk Sahabatku

"Selemah-lemah manusia ialah orang yang tidak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yang mensia-siakan sahabat yang telah dicari dan berburuk sangka pula kepadanya"-Saidina Ali

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.

Aku mempunyai prinsip dan pendirian dalam segala aspek hidup. tak kiralah dari segi sukan, cinta, politik, berkawan, bekerja (not really) dan apa jua yang aku rasa perlu meletakkan prinsip dan pendirian dalam sesuatu kerja yang aku nak buat. manusia tetap manusia. lemah dan bernafsu. tapi bila kita jatuh, jangan lupa untuk bangun semula. bila kita sedap tidur, jangan sampai terlena.

Sahabat atau kawan... utk jawapan peribadi.. sahabat dan kawan adalah berlainan maksud.. kawan adalah kawan biasa2 yang dimana kita jumpe just say 'hi' then buat tak tahu jee.. dengan kata lain kawan kenal2 macam tu jee.. tapi bila cakap sahabat.. ini lah kawan yang kita duduk bersama, berborak bersama, bercerita bersama, susah dan senang bersama, tidor pom kalau boleh nak bersama... hhahah!! yang mana bila kita lihat kawan kita salah.. kita tegur.. bila kawan kita tegur.. kita terima dengan hati yang terbuka.. kawan yang bila kita perlukan dia ada disisi.. bila kita kekurangan dia ada juga disisi.. adess.. jap lagi saya ceritakan ciri2 sahabat yang baik..

kejap aku.. kejap saya... adesss...!! apa2 jee laa kau nie iqman...

saya ada seorang sahabat baik.. dan saya selesa panggil dia 'kawan baik saya'.. saya cukup selesa ngan dia.. saya suka dengan perangai dia dan saya sangat sayangkan dia.. secara jujurnya.. kadang2 saya boleh jatuh cinta ngan dia.. hahahahha! nak cakap nyer.. saya begitu setia berkawan dengan dia... saya berkawan baik dengan dia... kalau orang cakap kami kembar.. waaa macam pujian plakk bagi saya.. saya cuba cari apakah prinsip dan pendirian yang perlu saya pegang supaya saya tidak jauh tersesat atau jauh terpesong dari ungkapan maksud 'kawan baik'.. dan saya sudah lakukan yang terbaik... berikut apa yang telah saya lakukan mengikut pesanan Lukman Al-hakim kepada anak2nya...

"Lukmah Al-Hakim berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:

• Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu;
• Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu;
• Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu;
• Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik;
• Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu;
• Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;
• Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya;
• Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu;
• Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu;
• Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu;
• Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu;
• Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan;
• Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat;
• Dia mendorongmu mencapai kejayaan di dunia dan akhirat."

pesanan tersebutlah yang menjadi panduan untuk aku terus berkawan baik dengan dia... (aduh.. aku plakkk.. pas nie syaa plakk) semua.. semua.. semua.. aku dah buat.. aku dah lakukan... yang terbaik di asia tenggara nie... kalau ada cacat cela pomm.. sila lah terima seadanya.. seperti yang aku cakapkan takdi... aku tetap manusia...!!

dan kini... kawan yang aku sanjung.. kawan yang aku muliakan.. kini ditelan oleh dendam yang tak tahu mana datangnya.. mungkin dimamah hasutan.. tak hasutan manusia.. hasutan syaitan.. yang cemburu dengan keakraban yang telah di sulam sekian lamanyer... (waseeeyyy sustera giler...!! masuk mood balik..) aku teruss meredah arus.. terus gagah mencabut dan membuang racun disepanjang perjalanan... aduh.. gagal.. tersungkur lalu rebah... aku terdiam.. adakalanya cuba untuk menggapai tangan bangkit dari tersungkur.. tapi gagal serta merta..

aku hanya berdoa hari2... kembalikan semula sahabat ku Ya Allah.. kembalikan dia ke jalan Mu.. aku bergantung terus dengan tali Allah.. sekiranya sahabatku datang semula.. maka itu adalah kehendak Mu Allah.. jika dia terus membenciku dan terus memutuskan tali persahabatan ini.. maka itu juga arahan dan kehendak dari Mu wahai Tuhan yang mencipta pertalian persahabatan ini...

Nasihat : kalau anda membenci "kawan baik" anda... hilangkan perasaan benci serta dendam dan gantikan perkataan "kawan baik" itu kepada "kawan biasa"... jangan menghuru-harakan suasana yang damai dan indah ini...

sekian.. buat sahabatku yang masih kurindui...!!!
Riz Daniel

Sunday, September 19, 2010

Cinta Nana Khairina dan Yusman Yusuf




korank nak taw tak apa yg Nana Khairina tulis kat blog dia pasal saya?? hahah! jap nak kopi paste... :

Dea.
Si kachak saya.
Siapa si kachak saya?
Yaaaa, dialah.
Jejaka kachak yg gambarnya di atas neh.
Iqman Iberahim nama dea.
Dea neh kawan baik kepada boyfriend saya.
Iqman baik. Iqman menggembirakan. Iqman peramah.
Si kachak saya neh, seorang nurse tau. Heeeee.
Comel jea lah awak neh jadi nurse tau. Haha.
Takpe lah. Nanti senang kalau saya sakit, awak kan ada.
Nanti, saya jerit jea panggil .... 'Si kachak!!!!!!' Heeee :p
Saya pon panggil dea neh gay kepada Yusman bf saya tuh. Hee.
Sebab mereka baik sangat.
Iqman si kachak, awak jangan risau okayyyy.
Saya janji dengan awak neh tauu..
Saya takkan kecewakan kawan baik awak neh.
Nanti kalau ada ape2 salah saya, silalah tegur yea (:
Haaaaa, lagi satu. Nanti kalau Yusman buli awak kan..
Awak bgtau saya eh.. Biar saya cubit2 jea dea neh.
Saya tak sukaaa org buli si kachak saya neh.
Heeeeeeee. Awak jaga diri elok2 okayyy.
Jadi nurse pon elok2 tau.

Take care Iqman Iberahim, Si kachak saya (:

hahah! bangga nyer saya... thx alot...!! tak tau nak cakap apa daa..~
saya pon nak cerita laa pasal nana nie skit.. saya baru kali pertama jumpe ngan dia kat CC.. time tu kita orang tgh main CS.. tetiba balak dia Yusman Yusuf (YY) memperkenalkan kepada saya aweknya Nana Khairina (NK)... haha! sebenarnya YY dah banyak kali cerita kat saya pasal NK yang di cintai.. dan sebenarnya dia juga ada bagi taw pasal keraguan tetang kesetiaan cinta NK kepada YY.. saya nasihatkan kepada YY supaya berpandangan positif pada NK.. dan akhirnya.. YY sudah mula mencintai NK... nak taw bagaimana saya tau yang YY mula mencintai NK?? boleh saya kongsi pengalaman nie kepada para pembaca semua?? hahahah! huhuh!!

isk.. malas laa plakk nak menaip.. tapi apa2 pon.... harap sangat NK dapat jaga YY sampai bila2.. jgn kasik dia mudah bosan k...!! apa2 pon.. saya tetap akan menjadi kawan gay korank sampai bila2...

sori para pmbaca.. saya mengarut yg bukan2.. sebab apa.. saya nak hargai sebagaimana orang menghargai saya..

Nana.. inilah tulisan blog saya utk awak.. walau tak seberapa.. dan tak begitu baik sebaik blog awak... saya harap awak dapat terima sebagai tanda persahabatan kita.. ^_^

Saturday, September 18, 2010

GADIS + KAWAN dari Singapore...



Hamida Ali dan Asyura Lailatul 'Najeehan...

merekalah kawan dan gadis dari singapore yg saya nak ceritakan kat blog nie.. mereka begitu baik dengan saya... seronok dapat kawan dari seberang tambak.. heheheh!! saya harap, suatu hari nanti saya dapat jumpe mereka.. tak kira di Malaysia atau Singapore... harap2 dapat jumpe mereka di Singapore.. saya tringin nak keluar dari Malaysia.. dan saya pilih Singapore sebagai dentinasi saya..

saya harap.. bila saya dapat jadi staff nurse.. saya nak kerja kat singapore laa.. nak try duduk luar dari budaya dan suasana Malaysia.. hehehehe!! nak carik awek atau isteri kat sana.. maybe hamida dan syura boleh tolong saya kan?? hahahah!!

tapi hari nie hamida ali mencerikan masalah dia kat saya.. saya rasa masalah dia adalah masalah yg berat sangat.. tapi saya jauh.. kalau saya dekat.. saya akan call dia dan ingin mencuba menjadi seorang pendengar yang terbaik di malaysia dan juga singapore... hahahah!! macam phau chu kang tak? hahahah!! saya juga harap kawan baiknya asyura.. dapat membantu hamida dalam masalah tersebut...isk... cam mana lagi saya dapat bantu.. korank kawan baik.. mesti leh tolong punya... saya juga suka luahkan masalah dan tekanan saya kepada kawan baik saya jugeee!! tapi skang nie tak daa... saya da tak ada kawan baik tuh.. sebab tu laa saya harap.. hamida dan syura dapat berkawan dan membantu antara satu sama lain... heheheh!!! apa2 pom.. saya adalah kawan jauh kamu berdua...!!

hamida.. saya pom tak sangka yg awak suka sangat kat blog saya.. ntah.. mungkin awak nie peminat setia kot.. hahaha! kan best kalau betul awak nie peminat blog sayaa.. hahahah!! erm.. saya pom tak taw apa yg saya boleh buat awak suka.. dan saya harap.. tulisan kali nie... tak tau laa dapat melegakan awak atau tidak... dan nasihat saya kat awak hamida... awak bukan keseorangan.. kini awak ada asyura dan juge saya.. yg senantiasa ada duduk belakang awak ^_^ kan asyura....

kepada asyura plak... kamu nie saya tengok dari muke.. awak seorang yg penyabar dan juga suka mengembirakan orang lain walau awak berduka... tak taw laa betul ker tak taksiran saya... huhuhuhuh!! ok laa saya kene keluar nie... nak main game jap..!!

hamida dan asyura.. i love u so muchhhh!!!

Monday, September 13, 2010

Pengalaman Puasa dan Raya...

erm.. tahun nie.. puasa aku lagi seronok dari raya.. aku ceritakan aktiviti puasa aku setiap hari ek..

5.00 am - bersiap utk sahur
6.00 am - bersiap solat subuh di masjid
7.00 am - gi praktikal kat HKL
2.30 pm - balik dari HKL then solat zohor.. tido jap...
3.00 pm - tolak kereta troli meniaga mak aku... (cop parking)
4.00 pm - start meniaga dan bergilir2 ngan mak aku utk aku pulang solat asar...
7.45 pm - balik dari niaga... mandi, solat magrib dan bersedia utk ke masjid.. solat isyak dan terawih... then lepas buat 8 rakaat.. ada tadarus dengan kanak2... huhuh! jadi fassy utk mereka... sampai laa pukul...
11.00 pm - balik dari masjid ... masa tu laa nak rehat atau lepak2.. sampai pukul...
12.00 am - mesti tido.. sebab esok nak bagun pukul 5 pagi.. kang ngantok plakk kat hospital... adesss.....!!

waaa... bulan puasa nie seronok buat ibadah.. sebab tak ada setan2 yg kacau... hahaha! mmg seronok giler.. macam bila 10 malam terakhir tuh.. macam layakk kee dapat malam lailatulqadar... hahaha!!

sori2.. aku kat sini bukan nak certita pasal kebaikkan yg aku buat.. hahaha!! ada jee yg aku tambah2 nak bagi sedapkan cerita dalam blog aku nie... hehehe!! ada banyak yg manis berlaku dalam bulan puasa nie.. tapi antara yg paling best laa aku cerita... hahahahaha!!

antara yg paling best ialah bergaul dan berkawan ngan kanak2.. kanak2 tersebut aku kenal melalui tadarus yg amanahkan oleh aku utk memimpin mereka.. hahahaha!! kanak2 jeee....!! huhu!! seronok bila duduk dalam kalangan kanak2.. walau macam2 karenah dan macam2 perangai kandang2 boleh mendatangkan tension.. tapi mereka juga boleh menghilang kan tekanan dalam hidup kita... bila tak ada mereka.. waaa... rindu nyer rasa... lagi2 bila malam qiamulai... bila semua orang tido... saya dapat rasakan yg saya tidurkan seorang anak saya sendiri sambil memberi nasihat yg berguna... waaaa.. tersentuh rasa bila dapat ucap dan kucup pipi dan dahi kanak2 tersebut, macam usap dan kucup anak sendiri..... dan mereka dapat mendengar nasihat saya dengan baik skali... dan saya pula dapat blaja bagaimana cara menjaga dan mendidik anak dengan sempurna, betul dan penuh dengan kasih sayang... huhuhu!! sumpah banyak hikmah yg aku dapat.. dan macam tak sabar2 nak jadi ayah yg baik sangat... hhuhuhuhu!! tak sabar nak jadi ayah rupanyaa... gedik petul penulis nie kan... adesss... apa2 pom.. sila dan tolong bersangka baik setiap apa yg datang dan wujud di hadapan kita...!! ^_^

bila terjadi malam ke 30 ramadhan.. aku menghayati terawih dengan penuh rasa sedih dan rindu... huhu! tak pernah aku dapat buat 20.. aku dapat buat.. siap dengan witir 3 rakaat kot.. ini lah hikmah ramadhan... huhuhu!! sebab apa aku sedih.. lepas nie dah tak ada terawih.. da takada tadaruss, da tak ada pasar ramadhan.. adesss... rasa... macam nak puasa 2 bulan plakkk bula kat hujung2 ramadhan nie... kan?? sapa dapat rasa sama rasa ngan saya?? aduh.....

bila tiba nyer raya.. aku beraya ngan kawan2.. huhuhu! walau pom aku rasa tak sabar nak raya.. tapi.. macam raya aku nie kosong.. aku rasa.. raya nie aku kehilangan plakk.. adess... sedih betul... aku kehilangan kawan baik aku.. aku tak taw ar kenapa.. kami jarang dan tak pernah laa bergadoh.. bahkan kami saling hormat menghormati antara satu sama lain... apa2 pom... aku cuba hipokrite utk cakap ini adalah raya terbest yg aku alami.. isk.. dah laaa malas nak citer pasal raya.. sedih sangat...

isk... apa2 pom aku nak bagi taw para pembaca.. aku rindukan kawan baik aku.. that all... walau dia benci aku macam mana pom.. he still my best fren..

eh! asal lari topic nie... huhuhu!!! jap jap... sambung citer raya kita ekk....

erm.. pasal raya nie... huhuh!! raya yg ketiga laa bosan skit.. sebab dah pakai lawa2 tapi raya kat belakang umah jeee!! adess... tapi raya yg keesokkan nya pla... kami gi raya 5 buah rumah... huhuhuh!! bersama ngan anak si eddie yg comel tuh... hahahahahaha!! tu laa laa.. raya ngan puasa... lagi seronok puasa... ^_^

sekian.....!!