Sunday, September 26, 2010

Bicara Untuk Sahabatku

"Selemah-lemah manusia ialah orang yang tidak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yang mensia-siakan sahabat yang telah dicari dan berburuk sangka pula kepadanya"-Saidina Ali

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.

Aku mempunyai prinsip dan pendirian dalam segala aspek hidup. tak kiralah dari segi sukan, cinta, politik, berkawan, bekerja (not really) dan apa jua yang aku rasa perlu meletakkan prinsip dan pendirian dalam sesuatu kerja yang aku nak buat. manusia tetap manusia. lemah dan bernafsu. tapi bila kita jatuh, jangan lupa untuk bangun semula. bila kita sedap tidur, jangan sampai terlena.

Sahabat atau kawan... utk jawapan peribadi.. sahabat dan kawan adalah berlainan maksud.. kawan adalah kawan biasa2 yang dimana kita jumpe just say 'hi' then buat tak tahu jee.. dengan kata lain kawan kenal2 macam tu jee.. tapi bila cakap sahabat.. ini lah kawan yang kita duduk bersama, berborak bersama, bercerita bersama, susah dan senang bersama, tidor pom kalau boleh nak bersama... hhahah!! yang mana bila kita lihat kawan kita salah.. kita tegur.. bila kawan kita tegur.. kita terima dengan hati yang terbuka.. kawan yang bila kita perlukan dia ada disisi.. bila kita kekurangan dia ada juga disisi.. adess.. jap lagi saya ceritakan ciri2 sahabat yang baik..

kejap aku.. kejap saya... adesss...!! apa2 jee laa kau nie iqman...

saya ada seorang sahabat baik.. dan saya selesa panggil dia 'kawan baik saya'.. saya cukup selesa ngan dia.. saya suka dengan perangai dia dan saya sangat sayangkan dia.. secara jujurnya.. kadang2 saya boleh jatuh cinta ngan dia.. hahahahha! nak cakap nyer.. saya begitu setia berkawan dengan dia... saya berkawan baik dengan dia... kalau orang cakap kami kembar.. waaa macam pujian plakk bagi saya.. saya cuba cari apakah prinsip dan pendirian yang perlu saya pegang supaya saya tidak jauh tersesat atau jauh terpesong dari ungkapan maksud 'kawan baik'.. dan saya sudah lakukan yang terbaik... berikut apa yang telah saya lakukan mengikut pesanan Lukman Al-hakim kepada anak2nya...

"Lukmah Al-Hakim berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:

• Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu;
• Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu;
• Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu;
• Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik;
• Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu;
• Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;
• Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya;
• Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu;
• Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu;
• Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu;
• Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu;
• Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan;
• Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat;
• Dia mendorongmu mencapai kejayaan di dunia dan akhirat."

pesanan tersebutlah yang menjadi panduan untuk aku terus berkawan baik dengan dia... (aduh.. aku plakkk.. pas nie syaa plakk) semua.. semua.. semua.. aku dah buat.. aku dah lakukan... yang terbaik di asia tenggara nie... kalau ada cacat cela pomm.. sila lah terima seadanya.. seperti yang aku cakapkan takdi... aku tetap manusia...!!

dan kini... kawan yang aku sanjung.. kawan yang aku muliakan.. kini ditelan oleh dendam yang tak tahu mana datangnya.. mungkin dimamah hasutan.. tak hasutan manusia.. hasutan syaitan.. yang cemburu dengan keakraban yang telah di sulam sekian lamanyer... (waseeeyyy sustera giler...!! masuk mood balik..) aku teruss meredah arus.. terus gagah mencabut dan membuang racun disepanjang perjalanan... aduh.. gagal.. tersungkur lalu rebah... aku terdiam.. adakalanya cuba untuk menggapai tangan bangkit dari tersungkur.. tapi gagal serta merta..

aku hanya berdoa hari2... kembalikan semula sahabat ku Ya Allah.. kembalikan dia ke jalan Mu.. aku bergantung terus dengan tali Allah.. sekiranya sahabatku datang semula.. maka itu adalah kehendak Mu Allah.. jika dia terus membenciku dan terus memutuskan tali persahabatan ini.. maka itu juga arahan dan kehendak dari Mu wahai Tuhan yang mencipta pertalian persahabatan ini...

Nasihat : kalau anda membenci "kawan baik" anda... hilangkan perasaan benci serta dendam dan gantikan perkataan "kawan baik" itu kepada "kawan biasa"... jangan menghuru-harakan suasana yang damai dan indah ini...

sekian.. buat sahabatku yang masih kurindui...!!!
Riz Daniel

No comments:

Post a Comment

kritikan yg membina