Thursday, September 1, 2011

Kerinduan yg sangat.... SHAHIR ISMAIL



SHAHIR ISMAIL
(1993 - 2011)

Pemergian shahir ismail ini adalah sesuatu yang tersangat besar dalam sejarah hidup aku. tuan badannya kecil sahaja tapi memberi impak kepada seluruh kawan2 yang mengenalinya. walaupun aku tidak akrab dengannya, akan tetapi kehilangannya amat terasa sehingga aku terpanggil nak buat video kat atas tu. apa yg aku sangat teruja dengan Allahyarham Shahir Ismail ni, adalah kerana rasa hormat dan ikhlas dalam pergaulan beliau. secara jujurnya aku sangat teruja dengan panggilan 'abg iqman' yg senantiasa dilaungkan walau dimana waktu dan kawasan, sebab kawan2 yg lain tak de nak bwat cam tuh... aku tak kisah sangat laa apa jenis panggilan pun sebenarnya.... dia kering tetap nak panggil 'abg iqman'

Sebab tu adakalanya aku mengajak Allahyarham Shahir Ismail main futsal skali dgn aku, kerana sifat mudah bergaul beliau mudah aku bawak kehulu kehilir.. ye laa, kalau orang lain mungkin kene melayan karenah malu dan ego kan.. tapi Allahyarham Shahir Ismail nie lain... mudah bergaul dan mudah bertegur sapa... seronok lah duduk disamping Allahyarham Shahir Ismail... tak hairanlah ketiadaan beliau sangat dirindui. apa lagi yang menterujakan aku dengan Allahyarham Shahir Ismail nie adalah sifat ikhlas dalam melakukan apa sahaja kerja. tidak pernah merungut.

Sesungguhnya pemergian Allahyarham Shahir Ismail adalah penetapan takdir yg telah ditulis sejak Nabi Adam dijadikan. walaupun pada mulanya aku memang tidak boleh terima. akan tetapi ini adalah pengalaman pertama dalam hidup aku terasa kehilangan sahabat yg memberi impak sangat besar dalam hidup aku. walaupun aku telah kehilangan arwah ayah dan nenek aku. sifatnya tidak seperti ini. menampakkan bahawa sangat terasa kehilangan.

dengan tidak memberi apa2 kata perpisahan... atau senyuman terakhir....

apa yg paling aku terkilan adalah tidak dapat melihat wajah terakhir Allahyarham Shahir Ismail. sangat terkilan. setiap kali menatap kisah atau wajah Allahyarham Shahir Ismail, aku kadang kala menangis keseorangan. nak sangat jumpa sekejap... tapi apakan daya... sebagai orang Islam aku kene terima pemergian Allahyarham Shahir Ismail.

DIPADANG BOLA. beliau antara pemain yg paling bising, huru hara dan kecoh.. sudah pasti setiap kenangan itu akan terpahat senantiasa di ingatan aku.. bila tengok padang greenwood mesti teringat akan Allahyarham Shahir Ismail... aduhai..

untuk memujuk hati yg konon2nya menerima pemergian Allahyarham Shahir Ismail ini... aku cuba untuk tidak memikirkan apa2 tentang arwah.. tapi bila tengok kawan2 dia.. tengok ruang jalan hadapan rumah aku tu.. Jalan 3.. terus teringat kelibat Allahyarham Shahir Ismail....

"Ya Allah, Kau tempatkanlah Allahyarham Shahir Ismail kedalam tempat orang2 yang Kau redhai, kerana beliau adalah insan yang sangat disenangi diantara rakan2nya.. apatah lagi ibunya sendiri... Ya Allah.. Kau masukkan lah Allahyarham Shahir Ismail kedalam Syurga dengan berkat dan rahmat Mu bersama dengan redha Ibunya Ya Allah.. kerana aku yakin beliau adalah anak yang baik dan soleh.... permudahkanlah urusan alam kubur Allahyarham Shahir Ismail...."

AMIN
AL-FATIHAH

Friday, July 29, 2011

BANGUN DAN BANGKITLAH WAHAI ANAK MUDA DARI MIMPIMU

Wahai Sahabatku,

Malaysia Tanah Air ku,

Aku dilahirkan oleh seorang Ibu yang cukup dedikasi,

Ayah bekerja membanting tulang demi sekelumit rezeki halal,

Kecilku diasuh dibela dengan kasih sayang,

Ibu pasakkan dalam sanubariku,

Secebis kebenaran yang bermakna dan mulia,


Berkata benar... perilaku benar... berani kerana benar....


Ibu melarangku dari mengusik adik,

Ayah memarahiku sekiranya daku mengaambil barang orang lain,

Itu adalah perbuatan fitrah yang dilakukan oleh kesemua ibubapa,


Tapi.......


Dewasa ku melihat dunia,

Pelik dan pelik sangat....

Mengapa.. mengapa... mengapa...

Dunia yang ku hidup hari ini

Amat berbeza dengan didikan yang aku terima dari kecil.


Wahai kawanku,

Sesungguhnya Malaysia ku hari ini diselaputi dengan selaput kezaliman,

Rakyat jelata dihamparkan dengan derita disebalik cerita gembira,

Jangan banyak bicara pada yang zalim berkuasa,

Kelak kau jua akan terima padahnya.


Wahai saudaraku,

Kau bersuara.... di penjara,

Kau berhimpun.... di kepong,

Kau mengadu... dianggap fitnah,

Kau kematian... di persalahkan jenazah mu.


Oh kawan...

Aku bingung sangat, tidak mengerti dan keliru,

Apakah yang akan terjadi akhirnya nanti...

Pemimpin rasuah – diberi KEBEBASAN

Penguasa ganas – diucapnya SYABAS

Pendekar pak turut – sekalung TANIAH


Kawan-kawan ku sekalian...

Bimbang... risau... takut...

Bermain di dalam pemikiranku

Apa akan terjadi untuk generasi remaja akan datang,

Sekiranya generasi remaja ku kini tidur membisu?


Kalau rakyat bersuara dianggap suaranya haram,

Menuntut kebenaran dicerca disetiap sudut media massa,

Pemerintah menggunakan kuasa bertindak kejam kepada yg bersuara,

Aduhai Malaysiaku kini.....


Ya Allah,

Zahirkanlah kebenaran dari Mu,

Kejutkan generasi muda ku dari kealpaan mereka,

Bangkitkan semangat mereka cintakan Islam dan kebenaran,

Supaya mereka mensia-siakan tenaga dan ilmu mereka ke jalan Mu Ya Allah.


Ayuh tenaga remaja, belia dan pemuda,

BANGKIT, KENTAL GENGGAM dan MELANGKAH

Halau segala kezaliman yang bertakhta kini,

Kembalikan cahaya Islam di Malaysia ini,

Selerakkanlah segala kerajaan yang membelakangi kedaulatan Islam Mu,

Yang meratah nikmat dunia Mu dengan RASUAH, MENIPU dan ZALIM,

Dek mengekali sedikit.. mungkin secebis kuasa yang dikurniakan.


Aku akan berdiri dan terus berkarya mengukir kebenaran,

Sehingga maut menjemput aku untuk menamatkan segalanya. Ayuh!!!


Nukilan : Remaja Sedar Bangkit (RSB).

Wednesday, July 13, 2011

BERSIH 2.0



pengalaman terkene gas pemedih mata adalah sesuatu yg ditunggu sejak Bersih 1.0 lagi.. hahah! seronok bila dapat bermain kejar-kejar dengan polis. kepada kawan2 yg tak pernah join perhimpunan bersih.. saya nak mengajak utk join.. tapi tak taw laa ada ker tak perhimpunan bersih 3.0 kalau laa PR memerintah... mungkin tak ada kot tuntutan bersih.. lagi pon takkan UMNO plak nak buat perhimpunan... kalau mereka buat bermakna 'jilat ludah sendiri" laaa... hahaha!

KEMPEN
semasa dalam tempoh menunggu 9 julai, aku menggunakan FB aku sebagai senjata untuk memeranggi golongan yg konon nya tidak berpihak, atas pagar dan tidak menyokong mana2 pihak dan juga golongan UMNO. musuh aku yg nyata giler ar. hahah! kalakar pon ada. macam2 gaya org nak menegakkan alasan atau hujah masing2. bagi aku.. FB bukan ruang sesuai utk berhujah atau berdebat, kerana berdebat ini memerlukan suara dan lidah utk berkata2.. ianya sebagai hanya penulisan sahaja... sebab tu aku malas layan kalau ada pencacai najis UMNO yang ajak aku utk berdebat.. aku balas 'UMNO HANJING" jeee... puas skit hati aku :)

BERDEBAT
adakala aku berdebat dengan kawan2 kat padang dimana aku selalu bermain bola... simple sahaja.. kalau kerajaan yg telus adil dan berwibawa.. dia akan menilai dan melihat sejauh mana keberkesanan 8 tuntutan bersih. simple. tak ade rakyat nak marah. nie lagi mau sekat.. selagi mau sekat, selagi tu laa makin nak meletop!

KESIMPULAN
aku suker bila berbicara dengan teman yg membangkang, sebab melihat mereka sebagai orang yang bodoh dan pak turut.. kesian pon adee... adesss... sampai bila nak kene tipu beb! adesss.. bangun dan bangkit laaaaa...

Thursday, February 24, 2011

bz laa...

semenjak dua menjak nie.. aku asyik bz jee.. sampai tak ada masa nak edit blog.. padahal dulu.. kalau aku gi berak kencing pon rasa nak tulis dalam blogg.. hahahah! tak taw ar asal.. padahal blog aku nie da macam tulisan diary aku daa... tapi.. apa nak buat.. salah satu faktor aku tak ada internet da kat umah.. sebab tu laaa tak leh nak tulis bloggg... adessss... maaf laah atas segala masalah.. doakan supaya internet umah aku ada balik.. heheheh! nie kalau tak.. kene gi cc online dulu.. baru tulis blogggg.... citer da basi daaa... heheh!

sepatutnya banyak giler cerita dan gambar yang boleh di kongsi bersama taw.. aku dah pergi janda baik.. huhuh! best giler... ada main sukan2 jungle tracking lagi.. adesss... pastu kami ada main futsal.. masuk tourment lagi :)

adessss.. apa2 pon.. blogging nie masih lagi dalam hobi dan minat aku.. sebab aku nie suka menaip atau menulis atau pom suka bercerita atau pon berkongsi pengalaman.. hahahahha!

tak tau nak citer apa kat sini.. aku tulis nie pom cukup syarat jeee.. :)

sayang semua <3 <3

Friday, February 11, 2011

JANDA BAIK

berikut ada gambar kami mengikut kumpulan masing2... hahahah!




TL APPUL : hend, iqman, illa dan mai


TL ANUAR : Shida, Adlin, Mega, Black dan Botak



TL YUSMAN : Fad, Wani, Alin dan Aboi


TL HAZMAN : Ejal, Kechik, Lisa, Ima


TL ARIS : Eddie, cici, Asha, Daus, Dina

tak taw nak cerita apa.. tapi semua nyer best laa.. heheh! kalau nak taw pasal gambar.. tengok kat revenge nyer Facebook.. :)

antara anugerah yang telah dimenangi :

ANUGERAH KUMPULAN TERBAIK : TL Hazman
ANUGERAH PERSEMBAHAN TERBAIK : TL Anuar
ANUGERAH KHEMAH TERBAIK : TL Yusman

ANUGERAH TEAM LEADER TERBAIK : TL Airs
ANUGERAH LELAKI TERBAIK : Aboi
ANUGERAH WANITA TERBAIK : Asha

terima kasih atas penyertaan dan kerjasama dari anda semua.. saya dan kami sangat enjoy.. insya Allah kalau ada lagi tahun depan.. harap semua dapat join laa... the besssssstt!

Saturday, January 15, 2011

Praktikal paling enjoy!!!


sebelum aku nak ceritakan keseluruhan pengalaman aku kat hospital orang asli... aku nak memperkenalkan orang yang meng'enjoy'kan kami selama praktikal dia sana.. dia adalah PUAN NORMA...

hahaha! best giler lepak dibawah jagaan dia.. dia kata.. buat apa nak kerja dibawah tekanan.. u all semua dah last sem da.. tahun akhir.. patut buat kerja dengan enjoy... hahahah! best giler kan ayat dia... tapi kadang2 tu dia ada dtg tegas dia gak.. marah2.. dan tanya macam2 soalan.. ye laa... dah sem lima.. nama ubat pom tak hafal lagi.. hahah! malu laaa.. adess.. tapi aku tak kisah.. sebab itu mmg tugas seorang cikgu yang marah anak murid yang sangat BEBAL :) tapi bukan aku... hahahah!
apa yang aku cakap best selama praktikal kat Hosp. Orang asli?? sampai aku tak ada masa nak tengok blog aku nie... hahah... hari nie baru ada masa nak tulis...
sebelum2 nie.. korang ada baca pasal artikal aku gi zoo dan muzium kan.. tu semua dibawah rancangan dia ar.. lepas tu.. kami semua gi picnic.. waaa... best giler.. kan batu 12 gombak tu dekat ngan alang sedayu... so kami picnic sebelum menjelang tahun baru... seronok giler... kalau korang nak tengok gambar.. tengok ar kat facebook aku.. hahahah! dan malas aku nak cerita banyak2 kat sini.. sebab letih jari aku nak menaip.. :)
then.. lepas pada tu... puan ajak kami makan kat umah dia.. kat danau kota.. waaa... lagi best.. makan nasi ayam.. puan buat resipi khas utk kami dtg rumah... best kan?? selama aku praktikal yg nak hampir 3 tahun nie... ini adalah tahun paling enjoy... hahahah! bersama dengan puan norma... biar laa dekat ward atau pun luar dari ward.. puan cakap.. kami nie macam anak2 dia jee.. dan puan mmg nampak sifat seorang ibu yang baik... isk... kalau dia marah pom.. marah dia macam kepada seorang anak yang sangat nakal.. dengan tujuan untuk mengajar... heheheh!!
kadang2 aku pon ade gak kongsi cerita dan masalah dengan puan... waa.. bila bercerita tu da macam lepak kedai kopi plakkk... lama giler... dari segi pengalaman kerja sampai kepada keluarga... erm... banyak jugak laa yang best..
tapi yang tak bestt nyer sebab puan tak boleh tulis report utk kita orang... aduhh.. tu yg tak best... terpaksa staff nurse yang tuliss... adoii cam mana nie.. masalah bagi kami... tapi tak pe laa.. tak kisah.. janji tak ada tekanan sewaktu kami kerja... hahahahahah!! terima kasih puan.. sebab memberi banyak tunjuk ajar... :)

Monday, December 27, 2010

sori ustazzzz.....

malam nie... aku ajak kawan2 aku tolong ustaz manaf untuk punggah barang.. kerana ustaz terpaksa pindah rumah hujung tahun nie jugak tanpa diberi notis 3 bulan terlebih dahulu... kejam kan owner rumah tu... dah laaa bini dia beranak.... kete eksident... ayah dan nenek meninggal dalam pada masa yang sama... kene pulak carik rumah sewa dalam masa terdekat.... eh.. eh... da da.. lari topic...

aku tak nak cerita semua tuh.. itu cerita sampingan jee... apa yang aku nak cerita adalah aku dah kemekkan kereta ustaz... aduh... aku macam menambahkan lagi beban dia... dah laa kete pinjam tuh.... isk... bersalah giler dow... da malam nie aku tak leh nak tido... sebab memikirkan kesalahan yang aku da lakukan... isk.. isk....

eh... aku nak sambung cerita balik.... then... antara kawan2 aku yang tolong tu... sebut laa nama mereka disini sebagai tanda menghargai mereka... sebab aku tak sangka diaorang leh dtg tolong malam tu.. padahal dia orang tu pon ada keje lain (padahal nak gi karauke... alasan kat ustaz jee ada keje lain hahahah)...

isk.... yang tolong tu ialah.... EDDIE HUSIN, YUSMAN YUSUF, FADLI HAKIM, HENRI KURNIAWAN, APPUL AZWAR, BOTAK, SYAHRATUL USRA... itu adalah tokoh2 yang terbilang yang dah menolong aku... kalau tak.. aku ngan eddie jee laa yang tolong...

(oit.. aku bukan nak cerita pasal nie... kita cerita pasal kereta kemek tak di... ar... sambung!!)

isk.... disebabkan aku terlalu konfiden bawak kete ustaz tu... aku ingat nak tunjuk terer depan si eddie tuh... yang aku nie pakar dalam bawak kereta... then.. dengan lagaknya... aku pon cakap... "tengok aku masuk dari paking kete dengan cara undur nie... nak blaja biar dengan abang yang macam nie..." riak aku dengan angkuhnya... hahah!

disebabkan terlalu over konfiden.... ZAZSSSSS..... langgar tiang blakang... aduhhhhhh... kemek siot... isk.... aku da blurrrr terus tak ada mood.... menyesal dengan perkataan riak tak di.... aduh... aduh.... aduh... apa aku nak cakap kat ustad nie.... apa aku nak cakap kat ustad nie??? huhuhuhuhu... blurrrr... masa tu aku blurrrr... tak tau nak cakap apaaaa... arghhhhh...

then aku terus amik keputusan untuk memberi tahu ustaz dalam keadaan simpati.. dan harap ustaz tak marah aku... aduh.... ustaz mmg takkan marah... tapi dalam hati siapa yang tahu.... aku nak ganti pom mana ada duit... adoi...... aku blaja lagi... duit ptptn abis aku beli blackberry.... isk... mana aku nak cekau duit....

bila aku da bagi tau ustaz tu... mmg dalam jangkaan aku.. yang ustaz mesti marah dalam hati... tapi dalam keadaan kaver line... isk... aku dapat jugak pantun2 yang berbunyik... "agak ratus jugak laa nak ganti"... huhuhuhuh!!! aku diam membisu dan buat bodo... apa aku boleh buat... minta maaf jee laaa... adesss.....

nasihat : plzz... jangan blagak atau riak atau angkuh... zazsss Allah balas terus atas dunia.. tak ada hutang2 kat akhirat.... ampooonnn kan dosa ku Ya Allah......