Monday, October 19, 2009

part time at Guess Kid

huhu! aku dapat cuti 3 minggu. aku mintak part time kat isetan klcc, waaa.. lettih bangat. dan nak ceritakan pengalaman dia dalam nie.. sangat banyak ar.. aku letih nak menaip.. any way.. aku citer skit ar.. erm.. aku kenal ngan kak ina nie sebagai permenant aku.. then.. dia sangat baik.. seronok kerja ngan dia..

Wednesday, October 14, 2009

Final Exam

tak di aku ada exam.. huhu! ini hari terakhir.. pas tu esok ada OSCE. OSCE nie adalah peperiksaan praktikal yg perlu dilaku kan..

pasal exam takdi.. nasib baik ar si muqri nie bagi tiru kertas jawapan dia 3 hari berturut2 selama exam berlangsung.. kalau tak.. tak taw nak buat ape..

aku tak ada feel ar nak study.. tak tau ar.. adesss.. aku dengar member aku cerita.. awek dia bangun sampai pukul 3-4 pagi utk study.. WTF.. aku panling sayang nak bagun 3-4 pagi.. tido lagi syokk..

pas tu.. aku tengok member2 aku semua nyer... nampak agak bodow.. tapi asas kepada nursing mereka hafal.. aku tak tau ar.. macam mana nak masuk kan mood blaja.. adesss... takkan nak meniru sampai bila2 kan?

esok aku ada OSCE.. aku tak kisah.. sebab OSCE nie aku da blatih kat hospital hari tu.. lagi pom lecture yg amik markah tu pom kadang2 leh bagi markah lulus...

thx GOD aku sampai ke tahap nie.. harap2 esok OSCE aku dapat yg lecture yg best2 ar... isk.. risau gak ar...! isk...!!

susah ar nak blaja.. nak amik feel n mood! huhuh! sapa boleh bantu?

Tuesday, October 6, 2009

aku manusia



YANG sangat lemah dan tidak mampu menghadapi ujian-ujian yg telah Kau turunkan utk aku. Akan tetapi aku cuba sedaya upaya yangg termampu utk aku menghadapi segala ujian. Kau kuatkan lah hati aku, jiwa aku, keimanan aku, ketaqwaan aku, zahir ku, batin ku, roh dan jasmani ku. sesungguhnya syaitan yang Kau cipta beserta dengan askar hawa nafsu nya itu, memang sesuatu ciptaan yang hebat dan bijak dalam menghasut manusia walau dengan apa cara sekalipun. hari2 aku mendoakan supaya dijauhkan dari hasutan serta bisikkan dari musuh ketat aku. akan tetapi musuh ketat ini jugalah yang merangkap sahabat karib ku. kadang2 aku berlari2 mencari sinar Mu wahai Tuhan. Dimana sinar yang pernah aku lihat dulu? kemana hilangnya? aku hanya dapat melihat sinar Mu sahaja dan bercita2 untuk bekejaran kesana. Akan tetapi jalanan yang aku lalui untuk menggapai cahaya sinar tersebut sungguh kelam, busuk dan berduri tetapi dindingnya dihiasi pula dengan hiasan-hiasan yang indah semata-mata untuk mengaburi dan menukarkan jiwa matlamat aku untuk membatalkan niat bekejaran sesuatu yang jauh disana. Aku yakin hiasan dinding yang indah-indah itu adalah hasil nukilan dan seni syaitan dan hawa nafsu semata-mata. Aku buta kini wahai Tuhan. Kirimkan aku serpihan cahaya Mu buat aku untuk penyuluh menerangi jalan ini. Kalau tidak disebabkan aku yang melalui jalanan yang kelam ini, pasti mudah perjalanan kini aku untuk bersama-sama menemui Mu suatu hari nanti. Wahai Tuhan yang mempengaruhi seluruh alam juga Maha Pentadbir Galaksi, apapun ujian dan dugaan yang Kau turunkan kepada ku akan ku cuba sedaya upaya yang mungkin bersama dengan pertolongan Mu wahai Tuhan manusia. Tolong aku wahai Tuhan, Tolong aku.... Aku sangat mencintai Mu dengan seluruh yang ada pada Mu. Sangat cinta...

*sesungguhnya syaitan adalah musuh kamu yang nyata.

Thursday, September 24, 2009

hari raya...



aku beraya tahun nie kat kampung halaman ku di kelantan darul naim.. ada yg best dan ada yg membosan kan.. heheh best laa jumpe ngan sedara2 yg dah lama tak jumpe kan.. dan yg bosan nyer adalah... tak ada member, orang lain sebok dok ziarah rumah ke rumah dengan member2.. aku jerk dok umah macam anak dara.. arghhh.. bosan siot.. mula ar teringat kat gombak.. dok pkir apa yg sedag mereka buat.. mesti best... then aku call ar member aku yg ada kat gombak nie.. Yus dan usra.. hahah mereka kata. lagik bosan... bosan.. bosan... so, kita sama2 ar bosan raya tahun nie... dan mereka kata.. raya mereka bosan tanpa aku.. huhu! yer ker tak.. aku tak taw... yg penting.. sama2 bosan. huhuhuh... so, aku balik kampung pada pagi hari raya yg ke-4. dengan mak sedara aku, konvoi 2 biji kereta. erm.. seronok ar dalam perjalanan balik.. walaupon panas tanpa ekon kereta aku... then.. aku tunjuk beberapa gambar aku sewaktu raya nie yerpp!! hahah! semoga terhibur!!

berbuka puasa bersama legend club

masa : 13 sept. 2009
tempat : maju junction
jam : 0600pm
yang hadir :

1-iqman

2-haiqal

3-yus

4-adlin

5-boy

6-wan GTI dan pasangan

7-man bardos dan pasangan

8-qiu danish dan pasangan

9-black

10-nuar

tempat yg ditempah adalah 20 orang.. tapi yg hadir dalam 13 orang.. Alhamdulillah.. dan perkara yang paling aku kagum adalah wan... dalam2 dia kerja lepas bukak puasa tuh.. dia sanggup dan boleh datang menyertai kami berbuka bersama2.. walau sibuk bekerja tuh... aku respek ar dia.. sebok setara mana pom.. dia boleh join kita orang... wan.. lu memang best... hahah! dan aku ada 2 keping gambar jerk masa berbuka tuh!!!

Wednesday, September 2, 2009

Penagih Cinta....

Andainya aku seorang pejuang
Menghunus pedang di tanah yang tandus dan gersang
Di bumi anbiya kala matahari tegak memancar di atas kepala
Menghayun langkah mujahid laksana ksatria Islam nan agung

Andainya aku seorang pemberi air minuman
Buat sang pahlawan di medan perang
Pasti segera aku beri sebelum diminta
Pasti hilang dahaga mujahid yang mengejar syahid di jalanNya

Andainya aku pembela Rasulullah
Saat baginda di tohmah dan dilempar bahan nista
Biarkan tubuh dan wajahku dipenuhi darah
Lantaran balingan batu dan sampah-sampah
Biarkan, biarkan aku hancur demi insan yang ku cinta

Walaupun aku hanya seekor kuda tunggangan,
Walaupun hanya seekor unta yang membawa kelengkapan perang
Itu lebih bermakna
Kerana memberi khidmat pada sang mujahid
Kerana bersama-sama dengan rombongan jihad fi sabilillah

Tapi aku hanya seorang pengemis
Penagih cinta daripada penagih-penagih tegar yang lain
Tah siDia sudi memandangku ataupun tidak

Akulah si perindu cinta itu
Yang tidak tahu malu
Hanya mahukan cinta tetapi tidak rela ikut berbakti
Tidak mampu memikul beban ini
Hanya mampu mengeluh dan beralasan
Walaupun untuk berjaga sepertiga malampun aku tidak upaya
Hanya bisa nyenyak lena didakap mimpi mainan dunia

Akulah si penaubat itu
Yang menangis minta diampunkan
Yang menyesal minta dikasihani
Tapi kemudian aku gembira dan tertawa semula
Setelah aku lupa, lupa dan lupa
Siapa yang memberi aku nafas di dunia ini
Sungguh aku tidak tahu malu...

Akulah itu yang tidak tahu malu
Andai terus-terusan berangan mahukan syurga
Tapi tidak mahu ikut serta bersama-sama mereka yang berkorban
Yang menggalas beban-beban amanah
Merekalah hamba Allah kuli dakwah...

Mampukah aku seperti mereka
Yang menghabiskan sebahagian usia dengan berbakti pada sang Pencipta
Yang taat dan patuh pada perintah Allah dan RasulNya
Yang tidak banyak bersoal jawab saat di beri arahan,
"Sami'na wa ata'na"
Tidak beralasan malah rela hati dan berlapang dada
Malu dibandingkan dengan mereka...

Apa tujuan hidupku? Samakah tujuan hidup kita?
Samakah apa yang kita cari? Sehaluankah kita?
Tanya sama diri, apa ertinya hidup kita ini
Kenapa kita masih di sini,
Untuk apa kita dihidupkan?
Apakah kita tidak ada rasa malu?
Andai mengaku Islam tapi tidak melambangkan Islam

Apakah kita malu beridentitikan Islam?
Lalu apakah kita ini sebenarnya?
Sungguh malunya kita andai Nabi tidak sudi mensyafaatkan kita...!

"Tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk mengabdikan diri kepada-Ku" (Adz-Dzaariyat: 56)

Saturday, August 22, 2009

penjenamaan terbaru.. REX AKASHI




nama Sepet Akanishi kini mungkin tidak akan di gunakan lagi.. sebab aku nak pakai nama baru.. hahaha! dan.. suka hati aku ar nak pakai nama ape.. sebab nama Rex Akashi nie hanya di gunakan dalam alam maya nie.. atau di kenali sebagai dunia cyber!!

kepada mereka yg mengenali aku dalam dunia cyber nie macam myspace, facebook, friendster, tagged, blogspot atau mana2 chating... mereka boleh call aku sebagai rex.. atau still iqman jugak..

ini adalah penjenamaan semula atau baru selepas Sepet Akanishi.. lepas nie tak taw apa nama plak.. hahah! so.. thx kepada yg senantiasa ikut perkembangan aku.. waaa.. macam artis dow.. nama ini juga adalah identiti aku untuk bergerak dan berkenalan dalam dunia internet ini...!

rex akashi ini adalah sebagai simbol atau panggilan manja... alaa.. it just nick name ar.. heheh! korank pom ade nick name korank gak..! so.. bagi aku nick name nie mungkin agak stylist skit dan macho.. (macho ker??) hahha!

Kenapa REX?
rex nie diambil dari sepet sebenar nyer.. dulu sepet di eja sebagai sepex... (korank ape taw!!!) so, aku nak ringkas kan... Pex.. macam mat pet jerk.. so aku tukar jerk huruf P kepada R.. maka muncul lahh REX... ok??

Kenapa AKASHI?
akashi nnie.. juga diambil dari akanishi.. dan akanishi nie pelakon jepon yg terkenal tuh.. mmg aku minat giler kat dia.. iaitu.. Jin Akanishi.. so, aku just amik nama belakang dia jek.. akanishi.. dan utk pengatahuan korank.. aku mmg minat giler ngan korea2 nie.. fesyen baju, rambut and everything ar.. awek2 dan amoi2 dia pom cun melecun giler... opss... termelalut plak.. ok sambung balik.. so macam biasa.. aku nak ringkas kan.. aku ubah skit dan buang beberapa huruf.. maka beranak laa Akashi..

itu dia.. ringkas, padat dan berwibawa.. huhuhu!

tapi apa yg penting.. nama diubah ker.. nama dulu tukar ker.. korank tetap kenal iqman iberahim nie jugak.. hahah! jgn risau.. kalau berubah pom.. aku akan berubah kearah kebaikkan.. insya Allah...

TAKBIRRR!!!