Saturday, May 29, 2010

UMNO dan JUDI sama NAJISS!!

masyarakat malaysia kini telah digembar-gemburkan oleh pembangkang tentang lesen Judi Sukan yang telah diluluskan oleh kerajaan Malaysia khususnya kerajaan UMNO.. ada yang menentang dan ada pula yang menyokong.

Sewaktu kita mula2 dilahirkan lagi dalam dunia ini, telah diajar betapa haramnya judi, betapa bahana nyer budaya berjudi dan betapa teruknya kesan judi terhadap diri, keluarga dan masyarakat.. kini kita telah dikejutkan dengan penghalalan perjudian di Malaysia. walaupon sebelum ini telah banyak permis2 judi seperti toto magnum dan pelbagai lagi... isu inilah yang paling menusuk terus didalam hati umat Islam.. lesen paling besar.. dan hebat...

ramai yang cakap judi ini hanya utk orang bukan Islam sahaja.. dan apa status dan kuasa pemimpin yg beragama Islam itu?? malaysia ini perlu mengikut telunjuk penganut bukan Islam ker?? dimana mereka letakkan kedaulatan dan kekuasaan arahan Allah SWT?? manakah yang lebih penting?? menuntut keperluan orang bukan Islam atau menuntut perintah arahan Allah SWT?? masih bayak persoalan yg masih belum mereka kisarkan lagi...

saya ada beberapa soalan untuk diajukan kepada para pembaca yang mungkin dari kalangan UMNO atau PAS. Sanggupkah kita bermati-matian hanya kerana untuk tidak meluluskan lesen judi kepada orang bukan Islam?? letakkan pemikiran kita kearah Akhirat.. apa jawapan anda??

kita telah gadaikan HUDUD dengan alasan menjaga hati dan sentimen perkauman, dan sekarang ini kita telah mewujudkan budaya BERJUDI di kalangan masyarakat yang majmuk. kalau golongan tersebut sanggup gadaikan agama demi kepentingan.. tolong jangan gadaikan juga akhlak dalam bermasyarakatan juga...

sukakan kalian dengan budaya berjudi?
sukakah kalian dengan masyarakat yg suka berjudi??
sukakah kalian dengan mewariskan budaya judi ini kepada anak cucu kita??
sukakah kalian melihat rumah tangga anak beranak bercerai kerana judi??
sukakah kalian melihat anak2 kalian adalah kaki judi??
sukakah kalian dengan bapa yang kaki judi??
sukakah kalian dengan keturunan yang makan dengan hasil judi??
sukakah kalian saudara membunuh saudara kalian yg lain disebabkan judi??

sehingga tergadai singapura dari malaysia juga disebabkan judi!!!

kalau bukan disebabkan oleh sentimen politik skali pun.. kalau bukan disebabkan sentimen agama.. tolonglah jauhi dari bencana JUDI ini... anda suka berjudi ker?

On The Rocks - Bad Romance - 4/23/10

Friday, May 14, 2010

umur ku kini 25 tahun.. jodoh oh jodoh

sedar tak sedar... umur dah 25 thn.. cam tak caya.. tapi aku masih menganggap yang aku masih di usia 20an.. hahah!! teringin sangat nak berkhawin.. dan memang target aku umur 25 thn nak kawin. tapi apakan daya yang aku masih lagi belajar dalam jurusan diploma kejururawatan.. mungkin tahun depan dalam bulan april abis.. tu pom belum tentu dapat ker tak keje.. aku harap2 sangat dapat keje.. sebab aku nak kumpul duit.. nak kawin dan masuk meminag... itu satu masaalah..

satu lagi masaalah ialah dengan calon.. aduh.. aku mmg 100% berserah kepada MU ya Rabbi dan juga pilihan mak aku.. sebab ape. aku kurang yakin dengan pilihan aku sendiri.. sebabnyer?? bila aku terlalu mengharap yg wanita itu bakal atau akan menjadi kekasih yamg halal bagi kuh.. time2 tuh laa rasa macam dia tak sesuai ngan aku... maksud nyer.. pompuan tu lebih hebat dari aku.. aku nie ada apa jeee!! haprakkk jee!! sebab tu laa aku terima jee sesiapa jer lepas nie sebagai jodoh aku.. tapi aku tak pernah letih dan jemu dalam mencari siapakah yg bakal menjadi kekasih di hati ku...

bila keadaan jadi macam nie.,. rasa macam tak sabar nak umur 26 thn.. sebab apa? tak sabar nak kawin laa.. aku da puas lepak ngan kawan2.. dan aku sendiri jelous bila tengok kawan2 berkepit ngan awek masing2.. pergi sana.. pergi sini.. waaaa.. best nyer.. tapi terdekit kat dalam hati nie.. yg aku juga bakal kecapi nikmat sebagaimana mereka kecapi nikmat tu skang.. mungkin aku dilambatkan waktu nyer...

kepada awek2 yg ada kat luar yg sedang membaca blog saya nie.. sekiranya anda ada ciri2 seperti yang tertulis dibawah ini.. sila terus berurasan ngan mak saya terusss...!! dan bincang bagaimana utk saya masuk meminang awak... ^_^

1. dia mesti cantik
2. dia mesti kaya-raya..
3. dia mesti berketurunan baik.. kalau boleh.. biar keturunang PAS hahah!!
4. yg paling pengting dari 3 ciri diatas.. iaitu beragama.. mesti kuat agama.. untuk mendidik saya juga..!!

ok.. selain dari mencari jodoh dan mencari kerja.. aku akan jaga mak-mak-mak aku... maksud nyer.. mak aku sendiri.. mak kepada mak aku.. nenek laa tuh.. dan juga mak kepada isteri aku.. mak mertua.. aku akan jaga mereka sehingga akhir hayat mereka.. aku akan cuba kabul kan segala suruhan dan arahan mereka... aku takkan sia2kan mereka.. apa yg mereka nak aku akan cuba bagi.. terutama skali mak aku laa...!!


ok laa sampai sini sahaja... nanti pepehal.. ada rasa nak luah perasaan.. aku tulis lagi.. nak terus menerus dengan aku... lawati jerk facebook aku/ iqman iberahim/ chow!

Thursday, April 29, 2010

kenapa kita perlu menolak UMNO DURJANA???

1) Perjuangan Umno sebenarnya amat dhalalah (sesat sesesatnya), kerana menolak Islam dan mengasingkan politik dengan agama. Kesan menolak Islam itulah, banyak pihak tidak faham Islam, termasuk rakan kita yang bukan Islam.

2) Tindak tanduk Umno jelas mengkhianati perjuangan Islam, khususnya terhadap PAS. Berpandukan pengalaman lepas, PAS pernah membuat persetujuan masuk BN, maka ada yang menyokong dan menentang, sehingga ada kecelaruan dan munculnya golongan yang menentang kemasukan PAS dalam BN, seperti mana munculnya Bebas Bersatu sebagai serpihan PAS. Akibatnya lagi muncul pula Berjasa ketika PAS diambang kekalahan selepas diganyang Umno melalui peristiwa darurat 1977. Semuanya adalah nilai dan kesan pengorbanan besar PAS atas semata-mata ingin bersama Umno. Namun, pengorbanan itu tidak dihargai oleh Umno. Malah, PAS telah ditendang keluar. Ia sungguh perit bagi PAS untuk berbaik semula dengan Umno atau masuk balik BN.

3) Oleh sebab itu, PAS rela dan menyatakan komitmen tinggi bersama mengukuhkan perpaduan Pakatan Rakyat.

4) Begitu pula, semenjak pilihan raya umum 2008 lalu sampai ke hari ini, Umno menuduh PAS sebagai boneka DAP. Sedangkan apa yang berlaku di Pulau Pinang sebelum ini, Umno yang mendapat kuasa majoriti. Pun begitu, pemimpin parti Gerakan yang menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang. Jelas, dalam keadaan itu, meletakkan kedudukan Umno sebagai parti yang menjadi kuda tunggangan (boneka) parti Gerakan. Di samping tidak kurang pula, ada sejumlah kerusi yang sepatutnya Umno bertanding (di kawasan majoriti Melayu), tetapi secara tidak beradab telah menyerahkan kepada pemimpin Gerakan, MCA dan MIC bertanding dengan alasan, kononnya ia simbol permuafakatan kuasa dalam BN.

5) Sekarang PAS dilihat berjaya bersama Pakatan Rakyat. Ia suatu perkembangan baik, memandangkan dulu PAS sendiri rela tidak berkawan dengan DAP, kerana ada pemimpinnya yang menyerang Islam. Sebaliknya sekarang, para pemimpin DAP termasuk Karpal Singh tidak lagi menyerang Islam. Malah berlaku perkembangan yang agak baik apabila sudah ada kalangan pemimpin Pakatan Rakyat (termasuk DAP) sudah mula pandai baca Al-Quran dan kerajaan Pakatan Rakyat pimpinan DAP di Pulau Pinang sudah berani berikrar mengambil contoh gaya pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz. Sedangkan Gerakan, MCA dan MIC begitu lama (sejak merdeka) bersama Umno dalam BN, mereka itu tetap tidak faham-faham agama Islam.


*apa hasil MIC MCA dan gerakkan bergabung dengan UMNO?? mereka paham Islam? bagi mereka yg menyokong umno adalah orang yg tak paham Islam...

Friday, February 26, 2010

Salam Maulidur Rasul

dikesempatan ini.. untuk membanyakkan lagi tulisan blog saya.. ingin saya menyempitkan lagi blog ini dengan tulisan mengenai maulidur rasul.. sepanjang pengamatan saya dalam memerhati gelagat manusia di dunia hari ini.. ada beberapa perkara yang menjadi percanggahan dalam menyambut maulidur rasul.. ada 2 perkara iaitu pearakkan dan bidaah dalam menyambut perayaan yang juga kita panggil 'besday' Nabi Muhammad SAW.

saya mengambil contoh yang pertama iaitu perarakkan.. cerita ini timbul di kerajaan di bawah pimpinan Guang Eng di pulau mutiara, pulau pinang. Ini kerana ada pihak yang menyatakkan bahawa ketua menteri tersebut tidak membenarkan pearakkan dilakukan di sesebuah kawasan yang saya sendiri pun lupa dan tak reti nak sebut.. tapi tajuk utama dia.. tak bagi berarak laa.. itu adalah berita yang saya baca di arus perdana Utusan Meloya.. dan lain pula bila saya baca dan di interview terus dengan ketua menteri itu sendiri yang berbangsa cina. apabila saya membaca kedua-dua akhbar yang mana satu pihak menyatakan Ketua Menteri (KM) pulau pinang itu mengharamkan pearaakan maulidur rasul manakala satu pihak lagi menyatakkan bahawa, bukan mengharamkan akan tetapi mengalihkan tempat pearakkan supaya ia di tempatkan yang lebih selesa.. selain itu juga..

untuk mengukuhkan lagi hujan KM tersebut, beliau menyatakan buat apa nak haramkan.. sedangkan tahun lepas beliau sendiri yg turun padang join bersama perarakkan tersebut. siap berbaju melayu lagi.. pendapat saya pula..saya bangga dengan KM yang berbangsa cina tapi menyambut skali kita dalam perayaan menyambut besday nabi kita.. biarpon dia bersifat hipokrit atau munafik saya tak kisah.. sebab dah memang dia kafir yang menolak Islam 100%.. tapi.. yang dah Islam nie macam mana?? adesss

selain itu juga... saya ingin bertanyakan kepada pihak yg mencetuskan provokasi ini.. apa makna mempertahankan perarakkan maulud nabi bermatian sekiranya perarakkan tersebut tidak dituip roh yg sangat cintakan nabi.. dan juga.. sunnah nabi di buang di merata tempat bahkan tidak diletakkan kan langsung dalam arus pemerintahan masa kini... itu yang mengakibatkan hari maulud nabi tidak popular dikalangan remaja.. akan tetapi hari jadi velenatine yg sangat dinanti2kan.. what the hell?

seterusnya.. bidaah, isk.. apa laa masaalah u all nak cakap sambut besday nabi nie bidaah.. isk.. i tanya u all yg cakap sambut besday nabi nie bidaah.. ok.. kalau laahh u all mati atau meninggalkan dunia.. atau u all hidup lagi laa.. suka tak kalau kawan2 u ker.. saudara u ker.. ahli keluarga u ker.. buat kejutan atau surpirse besday utk u all?? suke tak?? best tak?? rasa dihargai tak?? padahal benda nie u all tak pernah buat dan tak pernah mintak kan... erm.. macam tuh laa perasaan nabi.. kita (umat dia laa) buat maulud nie sebab nak hargai nabi.. nak ingai hari nabi lahir.. dan kita buat pon nak hayati sunnah hidup dan perjuangan nabi.. lainlaaa kalau sambut maulud nabi dengan arak ker.. konsert2 ker.. pesta sex ker.. kalau i pom i tak suke.. isk.. bagi golongan u all nie.. i tak nak sebut laa u all dari golongan mana.. i takut blog i kene gam plak.. heheheh! so yg paham tu paham jee laaa.. yg tak paham tu.. kene slalu laa gi masjid dengar kuliyyah ustat2 tu ek...!!!

uhuhu! panjang sangat tulis nie.. letih da tangan.. sebenar nyer banyak lagi nie idea nak tulis.. tapi.. macam malas lagi nie.. tak pe laa.. kalau ada isu lain yg utk saya bahaskan.. saya akan bahaskan.. kalau ada silap ejaan tu biasa laa.. tak yah tegur.. paham2 jee.. tapi kalau ada tersilap bahasa.. tersantun budi terlajak kata... bagi taw laa yg tak puas hati.. insya Allah.. saya akan cuba betul kan...!!! dah letih.. tak nak tapi lagi.. huhu!

jom kita selawat bersama2.. sepanjang hari ini... bukan hari nie jee .. hari2 laaa!


wasalam...

Saturday, February 20, 2010

madah pujangga....

1-pengharapan, mengharap dan berharap atau sama maksud dengannyer.. adalah sesuatu penantian yg sia-sia sebenar nyer.. sepatutnya kita kena senantiasa bersedia untuk menempuh hidup yg susah di masa yg akan datang... dan yg paling pasti.. bergeraklah dengan kaki sendiri tanpa bertemankan dengan sesiapa pon.. itulah yang akan membuatkan anda akan dihormati..

2-susah nak meletakkan cinta kepada Allah sebagai cinta yg pertama di hati kita.. akan tetapi kita boleh menyandarkan cinta kita kepada Allah, sekiranya 'orang' yang kita cintai itu juga mencintai Allah lebih dari segala-galanya.. maka itulah di nobatkan sebagai cinta kerana Allah...

*akan di update dari semasa ke semasa.. layari facebook saya : akanishi_boy@yahoo.com

Tuesday, February 16, 2010

camping and travel

sempena cuti raya cina.. aku dan kawan pergi bercamping dan travel ke PD dan Melaka.. hahaha! ntah laa... bosan dan letih... tak tau ape yg aku dapat.. masa, duit dan tenaga aku abis kat sana.. isk.. nasib baik laa ada yus dan ed.. ada gak laa saat2 gembira aku ngan diaorang.. kalau tak.. mampos aku tak pergi camping dan travel tuh...

ape yg aku nak luahkan... sungguh membosan kan... isk.. tak ada feel camping.. macam lepak kat umah lagi best pom ade... adesss... mengarut!