Wednesday, January 23, 2013

Kasih sayang Rasulullah kepada Umatnyaa


Salam Maulidaurrasul.. Moga kecintaan dan kerinduan kita pada Nabi Muhammad semakin bercambah dari hari ke sehari. Betapa Rasulullah mempunyai kasih sayang yang amat tinggi.

      Alangkah bertuahnya umat ini kerana dikurniakan seorang Rasul yang memiliki cinta agung yang tulus dan sejati terhadap umatnya. Baginda SAW mengungkapkan cintanya dengan ungkapan-ungkapan cinta yang paling murni dan sejati. Apa sahaja yang dilakukan dan difikirkan oleh Baginda semata-mata demi umatnya sehingga Baginda tidak redha seorang pun umatnya terjerumus ke neraka.

          Allah SWT menjelaskan kecintaan dan keprihatinan Baginda ini melalui firman-Nya dalam surah al-Taubah ayat 128. Malah Rasulullah pernah bersabda: Sesungguhnya perumpamaanku dengan umatku seperti seorang lelaki yang menyalakan api, lalu datang serangga dan kelkatu mengerumuni api itu. Maka aku berusaha menjauhkan kalian dari terkena api itu, sedangkan kalian sentiasa ingin mendekati api itu. (riwayat Bukhari dan Muslim).
       Seringkali kita mendengar kisah kasih sayang Rasulullah saw, kisah Rasulullah saw di saat akhir kematiannya masih bertanyakan kepada Jibrail tentang umatnya. Nabi tersenyum bila Jibrail berkata bahawa umat Muhammad saw akan dihisab terlebih dahulu daripada umat nabi-nabi yang lain dan kalimat akhir yang keluar dari mulut Nabi adalah " Umatku, Umatku, Umatku."
        Betapa Rasulullah begitu merindui umatnya, umat yang hidup selepas kewafatannya. Namun kita sering lupa, lupa pada hakikat rindu yang sebenarnya kerana kerasnya hati kita.
       Betapa Rasulullah menyayangi umatnya, umat akhir zaman yang mulia. Namun kita seringkali lupa kerana rindu kita pada manusia. Betapa Rasulullah begitu kasih akan umatnya, umat yang tidak pernah memandang dan melihat baginda. Namun sehingga ke ahkir hayatnya baginda tidak pernah lupa pada umatnya. Tangisan Rasulullah pada akhir hayatnya adalah tangisan kerinduan baginda kepada umatnya, di sisi Allah mereka mulia.
        Siapa yang dirindukan Baginda Nabi Muhammad? Siapa yang didoakan Baginda nabi Muhammad setiap waktu? Ia adalah kita tapi sudahkah kita mencintai baginda Rasulullah, adakah kita mengingati kasih baginda kepada kita?.
         Renungilah siapa yang menjadi ikon  kita selama ini? Siapa idola anak-anak muda sekarang? Siapa idola-saudara-saudara kita saat ini? Kita bangga dengan ikon artis-artis dan kita bangga dengan pemain-pemain bola sepak. Kita mula lupa pada ikon dan idola kita yang sepatutnya iaitu Nabi Muhammad s.a.w.
         Kita mengaku kita adalah umat Muhammad tapi kita tidak pernah mengikut sunnahnya, kita lupa untuk mencontohi akhlak baginda, kita tenggelam dengan nikmat dunia. Air mata yang sering kita tumpahkan bukan air mata rindu dan cinta kita pada Nabi kita tapi air mata kekecewaan dalam bercinta.
      Kita umat yang lalai dan leka, kita sering terlupa meletakkan cinta dan rindu kita pada baginda. Bersama-samalah kita hidupkan kembali kerinduan dan kecintaan kita kepada Nabi Muhammad s.a.w. Semoga di Padang mahsyar nanti kita akan bertemu dengan baginda Rasulullah. InsyaAllah.
Adakah kita sayangkan Rasulullah saw sepertimana
sayangnya Rasulullah saw kepada kita? Salam Maulidaurrasul.. Moga kecintaan dan kerinduan kita pada Nabi Muhammad semakin bercambah dari hari ke sehari. Betapa Rasulullah mempunyai kasih sayang yang amat tinggi.
       Alangkah bertuahnya umat ini kerana dikurniakan seorang Rasul yang memiliki cinta agung yang tulus dan sejati terhadap umatnya. Baginda SAW mengungkapkan cintanya dengan ungkapan-ungkapan cinta yang paling murni dan sejati. Apa sahaja yang dilakukan dan difikirkan oleh Baginda semata-mata demi umatnya sehingga Baginda tidak redha seorang pun umatnya terjerumus ke neraka.

Allah SWT menjelaskan kecintaan dan keprihatinan Baginda ini melalui firman-Nya dalam surah al-Taubah ayat 128. Malah Rasulullah pernah bersabda:

Sesungguhnya perumpamaanku dengan umatku seperti seorang lelaki yang menyalakan api, lalu datang serangga dan kelkatu mengerumuni api itu. Maka aku berusaha menjauhkan kalian dari terkena api itu, sedangkan kalian sentiasa ingin mendekati api itu. (riwayat Bukhari dan Muslim).

       Seringkali kita mendengar kisah kasih sayang Rasulullah saw, kisah Rasulullah saw di saat akhir kematiannya masih bertanyakan kepada Jibrail tentang umatnya. Nabi tersenyum bila Jibrail berkata bahawa umat Muhammad saw akan dihisab terlebih dahulu daripada umat nabi-nabi yang lain dan kalimat akhir yang keluar dari mulut Nabi adalah " Umatku, Umatku, Umatku."

        Betapa Rasulullah begitu merindui umatnya, umat yang hidup selepas kewafatannya. Namun kita sering lupa, lupa pada hakikat rindu yang sebenarnya kerana kerasnya hati kita.

       Betapa Rasulullah menyayangi umatnya, umat akhir zaman yang mulia. Namun kita seringkali lupa kerana rindu kita pada manusia. Betapa Rasulullah begitu kasih akan umatnya, umat yang tidak pernah memandang dan melihat baginda. Namun sehingga ke ahkir hayatnya baginda tidak pernah lupa pada umatnya. Tangisan Rasulullah pada akhir hayatnya adalah tangisan kerinduan baginda kepada umatnya, di sisi Allah mereka mulia.

        Siapa yang dirindukan Baginda Nabi Muhammad? Siapa yang didoakan Baginda nabi Muhammad setiap waktu? Ia adalah kita tapi sudahkah kita mencintai baginda Rasulullah, adakah kita mengingati kasih baginda kepada kita?.
         Renungilah siapa yang menjadi ikon  kita selama ini? Siapa idola anak-anak muda sekarang? Siapa idola-saudara-saudara kita saat ini? Kita bangga dengan ikon artis-artis dan kita bangga dengan pemain-pemain bola sepak. Kita mula lupa pada ikon dan idola kita yang sepatutnya iaitu Nabi Muhammad s.a.w.

         Kita mengaku kita adalah umat Muhammad tapi kita tidak pernah mengikut sunnahnya, kita lupa untuk mencontohi akhlak baginda, kita tenggelam dengan nikmat dunia. Air mata yang sering kita tumpahkan bukan air mata rindu dan cinta kita pada Nabi kita tapi air mata kekecewaan dalam bercinta.

      Kita umat yang lalai dan leka, kita sering terlupa meletakkan cinta dan rindu kita pada baginda. Bersama-samalah kita hidupkan kembali kerinduan dan kecintaan kita kepada Nabi Muhammad s.a.w. Semoga di Padang mahsyar nanti kita akan bertemu dengan baginda Rasulullah. InsyaAllah.

Adakah kita sayangkan Rasulullah saw sepertimana
sayangnya Rasulullah saw kepada kita?