Wahai Sahabatku,
Malaysia Tanah Air ku,
Aku dilahirkan oleh seorang Ibu yang cukup dedikasi,
Ayah bekerja membanting tulang demi sekelumit rezeki halal,
Kecilku diasuh dibela dengan kasih sayang,
Ibu pasakkan dalam sanubariku,
Secebis kebenaran yang bermakna dan mulia,
Berkata benar... perilaku benar... berani kerana benar....
Ibu melarangku dari mengusik adik,
Ayah memarahiku sekiranya daku mengaambil barang orang lain,
Itu adalah perbuatan fitrah yang dilakukan oleh kesemua ibubapa,
Tapi.......
Dewasa ku melihat dunia,
Pelik dan pelik sangat....
Mengapa.. mengapa... mengapa...
Dunia yang ku hidup hari ini
Amat berbeza dengan didikan yang aku terima dari kecil.
Wahai kawanku,
Sesungguhnya Malaysia ku hari ini diselaputi dengan selaput kezaliman,
Rakyat jelata dihamparkan dengan derita disebalik cerita gembira,
Jangan banyak bicara pada yang zalim berkuasa,
Kelak kau jua akan terima padahnya.
Wahai saudaraku,
Kau bersuara.... di penjara,
Kau berhimpun.... di kepong,
Kau mengadu... dianggap fitnah,
Kau kematian... di persalahkan jenazah mu.
Oh kawan...
Aku bingung sangat, tidak mengerti dan keliru,
Apakah yang akan terjadi akhirnya nanti...
Pemimpin rasuah – diberi KEBEBASAN
Penguasa ganas – diucapnya SYABAS
Pendekar pak turut – sekalung TANIAH
Kawan-kawan ku sekalian...
Bimbang... risau... takut...
Bermain di dalam pemikiranku
Apa akan terjadi untuk generasi remaja akan datang,
Sekiranya generasi remaja ku kini tidur membisu?
Kalau rakyat bersuara dianggap suaranya haram,
Menuntut kebenaran dicerca disetiap sudut media massa,
Pemerintah menggunakan kuasa bertindak kejam kepada yg bersuara,
Aduhai Malaysiaku kini.....
Ya Allah,
Zahirkanlah kebenaran dari Mu,
Kejutkan generasi muda ku dari kealpaan mereka,
Bangkitkan semangat mereka cintakan Islam dan kebenaran,
Supaya mereka mensia-siakan tenaga dan ilmu mereka ke jalan Mu Ya Allah.
Ayuh tenaga remaja, belia dan pemuda,
BANGKIT, KENTAL GENGGAM dan MELANGKAH
Halau segala kezaliman yang bertakhta kini,
Kembalikan cahaya Islam di Malaysia ini,
Selerakkanlah segala kerajaan yang membelakangi kedaulatan Islam Mu,
Yang meratah nikmat dunia Mu dengan RASUAH, MENIPU dan ZALIM,
Dek mengekali sedikit.. mungkin secebis kuasa yang dikurniakan.
Aku akan berdiri dan terus berkarya mengukir kebenaran,
Sehingga maut menjemput aku untuk menamatkan segalanya. Ayuh!!!