Saturday, May 29, 2010

UMNO dan JUDI sama NAJISS!!

masyarakat malaysia kini telah digembar-gemburkan oleh pembangkang tentang lesen Judi Sukan yang telah diluluskan oleh kerajaan Malaysia khususnya kerajaan UMNO.. ada yang menentang dan ada pula yang menyokong.

Sewaktu kita mula2 dilahirkan lagi dalam dunia ini, telah diajar betapa haramnya judi, betapa bahana nyer budaya berjudi dan betapa teruknya kesan judi terhadap diri, keluarga dan masyarakat.. kini kita telah dikejutkan dengan penghalalan perjudian di Malaysia. walaupon sebelum ini telah banyak permis2 judi seperti toto magnum dan pelbagai lagi... isu inilah yang paling menusuk terus didalam hati umat Islam.. lesen paling besar.. dan hebat...

ramai yang cakap judi ini hanya utk orang bukan Islam sahaja.. dan apa status dan kuasa pemimpin yg beragama Islam itu?? malaysia ini perlu mengikut telunjuk penganut bukan Islam ker?? dimana mereka letakkan kedaulatan dan kekuasaan arahan Allah SWT?? manakah yang lebih penting?? menuntut keperluan orang bukan Islam atau menuntut perintah arahan Allah SWT?? masih bayak persoalan yg masih belum mereka kisarkan lagi...

saya ada beberapa soalan untuk diajukan kepada para pembaca yang mungkin dari kalangan UMNO atau PAS. Sanggupkah kita bermati-matian hanya kerana untuk tidak meluluskan lesen judi kepada orang bukan Islam?? letakkan pemikiran kita kearah Akhirat.. apa jawapan anda??

kita telah gadaikan HUDUD dengan alasan menjaga hati dan sentimen perkauman, dan sekarang ini kita telah mewujudkan budaya BERJUDI di kalangan masyarakat yang majmuk. kalau golongan tersebut sanggup gadaikan agama demi kepentingan.. tolong jangan gadaikan juga akhlak dalam bermasyarakatan juga...

sukakan kalian dengan budaya berjudi?
sukakah kalian dengan masyarakat yg suka berjudi??
sukakah kalian dengan mewariskan budaya judi ini kepada anak cucu kita??
sukakah kalian melihat rumah tangga anak beranak bercerai kerana judi??
sukakah kalian melihat anak2 kalian adalah kaki judi??
sukakah kalian dengan bapa yang kaki judi??
sukakah kalian dengan keturunan yang makan dengan hasil judi??
sukakah kalian saudara membunuh saudara kalian yg lain disebabkan judi??

sehingga tergadai singapura dari malaysia juga disebabkan judi!!!

kalau bukan disebabkan oleh sentimen politik skali pun.. kalau bukan disebabkan sentimen agama.. tolonglah jauhi dari bencana JUDI ini... anda suka berjudi ker?

On The Rocks - Bad Romance - 4/23/10

Friday, May 14, 2010

umur ku kini 25 tahun.. jodoh oh jodoh

sedar tak sedar... umur dah 25 thn.. cam tak caya.. tapi aku masih menganggap yang aku masih di usia 20an.. hahah!! teringin sangat nak berkhawin.. dan memang target aku umur 25 thn nak kawin. tapi apakan daya yang aku masih lagi belajar dalam jurusan diploma kejururawatan.. mungkin tahun depan dalam bulan april abis.. tu pom belum tentu dapat ker tak keje.. aku harap2 sangat dapat keje.. sebab aku nak kumpul duit.. nak kawin dan masuk meminag... itu satu masaalah..

satu lagi masaalah ialah dengan calon.. aduh.. aku mmg 100% berserah kepada MU ya Rabbi dan juga pilihan mak aku.. sebab ape. aku kurang yakin dengan pilihan aku sendiri.. sebabnyer?? bila aku terlalu mengharap yg wanita itu bakal atau akan menjadi kekasih yamg halal bagi kuh.. time2 tuh laa rasa macam dia tak sesuai ngan aku... maksud nyer.. pompuan tu lebih hebat dari aku.. aku nie ada apa jeee!! haprakkk jee!! sebab tu laa aku terima jee sesiapa jer lepas nie sebagai jodoh aku.. tapi aku tak pernah letih dan jemu dalam mencari siapakah yg bakal menjadi kekasih di hati ku...

bila keadaan jadi macam nie.,. rasa macam tak sabar nak umur 26 thn.. sebab apa? tak sabar nak kawin laa.. aku da puas lepak ngan kawan2.. dan aku sendiri jelous bila tengok kawan2 berkepit ngan awek masing2.. pergi sana.. pergi sini.. waaaa.. best nyer.. tapi terdekit kat dalam hati nie.. yg aku juga bakal kecapi nikmat sebagaimana mereka kecapi nikmat tu skang.. mungkin aku dilambatkan waktu nyer...

kepada awek2 yg ada kat luar yg sedang membaca blog saya nie.. sekiranya anda ada ciri2 seperti yang tertulis dibawah ini.. sila terus berurasan ngan mak saya terusss...!! dan bincang bagaimana utk saya masuk meminang awak... ^_^

1. dia mesti cantik
2. dia mesti kaya-raya..
3. dia mesti berketurunan baik.. kalau boleh.. biar keturunang PAS hahah!!
4. yg paling pengting dari 3 ciri diatas.. iaitu beragama.. mesti kuat agama.. untuk mendidik saya juga..!!

ok.. selain dari mencari jodoh dan mencari kerja.. aku akan jaga mak-mak-mak aku... maksud nyer.. mak aku sendiri.. mak kepada mak aku.. nenek laa tuh.. dan juga mak kepada isteri aku.. mak mertua.. aku akan jaga mereka sehingga akhir hayat mereka.. aku akan cuba kabul kan segala suruhan dan arahan mereka... aku takkan sia2kan mereka.. apa yg mereka nak aku akan cuba bagi.. terutama skali mak aku laa...!!


ok laa sampai sini sahaja... nanti pepehal.. ada rasa nak luah perasaan.. aku tulis lagi.. nak terus menerus dengan aku... lawati jerk facebook aku/ iqman iberahim/ chow!